Witten by Admin
Saturday April 05.2014
OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: AZMI AZMAN
SANDAKAN:- Dalam perjuangan mana-mana parti tidak kira parti pembangkang atau parti
penyokong kerajaan memang terdapat masalah dalaman ini sudah jadi lumrah namun perselisihan
faham tidaklah berpanjangan sebab dalam satu parti satu agenda satu tekad satu
azam.
Pergeseran dalaman parti tidak seharusnya berpanjangan ini boleh
berlakunya perbalahan dan
perpecahaan sesama sendiri siapa yang rugi, yang untung ialah parti-parti pembangkang kerana
mereka suka UMNO/BN kucar kacir ini
disebabkan ahli-ahli UMNO yang kalah
tidak mahu menerima hakikat atas kekalahan tersebut hingga tercetusnya
bermusuhan.
Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj
Ampong Hj Puyon berkata demikian sewaktu berucap di majlis perasmian Serentak 4
Persidangan Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Sandakan yang
diadakan Di Dewan Masyarakat Sandakan pagi tadi.
“Walau bagaimanapun kehadiran
ketua-ketua cawangan pada pagi ini saya amat terharu dan gembira inilah
semangat juang yang kita mahu pemilihan sudah lama selesai kita bersatu semula buka lembaran baru.
“Saya sendiri tidak menduka kerusi
tempat duduk hanya disediakan untuk 200 ahli sahaja tetapi yang datang lebih dari pada 300
orang ,saya amat hargai kehadiran mereka kerana dengan adanya semangat kental yang jitu maka
perjuangan UMNO Sandakan semakin kukuh dan kuat bagi mereka yang tidak mahu berbaik-baik
semula tidak mahu bersatu saya redha
sebab kita sudah berusaha sedaya upaya mengajak mereka supaya berdamai tetapi
nampaknya pujuk dan rayuan kita hanya sia-sia saja sebab tidak mendapat respond
” tegasnya.
Kata Mesyuarat bulanan sama
ada cawangan, Bahagian,Pemuda,
Wanita dan Puteri diadakan setiap bulan ini
adalah arahan daripada Ibu Pejabat UMNO Pusat tujuannya adalah untuk
menyusun dan mengemaskinikan jentera masing-masing.
Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Wanita
Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong,
Ketua Pemuda Bahagian UMNO Sandakan Fakarudin Tan Sri Hj Ampong dan Ketua
Puteri UMNO Bahagian Sandakan Siti Debah Majid.
Sementara Bendahari UMNO Bahagian
Sandakan yang juga Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Elopura Mohd Abdul
Hamed mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan SSJ Music Show
Promoter (Band Melody Group) kerana menyediakan PA Sistem untuk kegunaan majlis
tersebut dan amat memuaskan.
No comments:
Post a Comment