Wednesday 16 April 2014

PENDEKATAN YANG TERANCANG DAPAT MENARIK SOKONGAN RAKYAT.....KHAIRY



Written by Admin
Wednesday April 16.2014

OLEH: SAIMON S JUMADI



SANDAKAN:- Pendekatan yang terancang dan sentiasa mengambil tahu akan dapat menarik sokongan rakyat terutamanya golongan anak-anak muda untuk menyertai parti keramat itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Khairy Jamaluldin berkata  asas kepada kejayaan parti apabila ahli sentiasa merancang dengan pelbagai idea yang mampu mendekatkan mereka dengan masyarakat akar umbi yang memerlukan pembelaan.

"Mempelbagaikan aktiviti adalah satu usaha yang sangat baik bagi kita menyelami apa jua permasalahan mahu pun keperluan golongan muda yang merupakan pengundi.

"Saya teruja dan berbangga bila mana pelbagai aktiviti mendekati rakyat sentiasa dilaksanakan oleh Pemuda Umno di bahagian masing-masing. Ini menunjukkan komitmen yang begitu padu dalam usaha memastikan pembelaan tanpa mengira sesiapa pun," jelasnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Pemudaku Rumahku Pemuda Umno Bahagian Batu Sapi di Kampung Sundang, Batu Sapi, dekat sini, baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia itu menambah bahawa pemuda akan terus tampil membantu rakyat memandangkan ia adalah perjuangan utama pergerakan tersebut. 

Katanya, ahli-ahli pemuda tanpa mengira di mana mereka berada sentiasa memegang tekad bagi membantu dan sekali gus menangani apa jua permasalah rakyat akar umbi.

"Salah satu bukti usaha-usaha murni parti apabila sehingga kini pihak kerajaan sentiasa mementingkan kebajikan dan keperluan rakyat.

"Keutamaan yang diberikan termasuklah Sarawak kerana mengambil kira sumbangan besar kedua-dua negeri dalam memenangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada sesuatu pilihan raya.

"Kerjasama yang baik antara pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat telah melancarkan segala pelaksanaan projek pembangunan khususnya di negeri ini," ujar beliau.

Pada majlis itu, Pemuda Umno Batu Sapi membina tiga rumah baharu untuk penduduk setempat tidak berkemampuan di kampung berkenaan di mana Khairi telah menyerahkan kunci rumah kepada setiap penerima.

   
Hadir sama Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut, Masiung Banah; Adun Sekong, Datu Hj  Samsudin Yahya; Ahli Parlimen Batu Sapi, DatukLindaTshen Thau Lin; Ketua Pemuda Umno Sabah, Haji Yamani Hafiz Datuk Seri Musa; Ketua Pemuda Umno Batu Sapi, Mohd Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan dan Ketua Wanita Umno Batu Sapi, Rahimah Asrah serta Ketua Puteru Umno Bahagian, Hazulizah Md.Dani.

No comments:

Post a Comment