Sunday, 20 April 2014

KETUA WANITA UMNO SANDAKAN RASMI MESYUARAT AGUNG KE 30 PBTM



Written by Admin
Sunday April 20. 2014

OLEH: SAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Masyarakat di negara ini khusus di Sandakan harus menghargai  jasa-jasa dan pengorbanan yang pernah dicurahkan  oleh para mantan Angkatan Tentera kita semasa mereka berkhidmat mempertahankan kedaulatan negara terutama sekali berdepan dengan musuh-musuh  yang coba menghancurkan negara kita.

Bila mereka sudah bersara jasa-jasa  mereka jangan sesekali kita melupakannya kerana semasa mereka berkhidmat dan menjaga yang  ditugaskan di perbatasan mereka telah menggadai nyawa mereka semata-mata mempertahankan negara kita agar tidak diceroboh oleh musuh-musuh luar.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke 30 Persatuan Bekas  Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sandakan petang tadi yang diadakan di Bilik Mesyuarat  Dewan Masyarakat Sandakan dekat sini.

Noraini juga penaung persatuan itu berkata pihak kerajaan pada hari ini memang tidak pernah meminggirkan mantan angtan tentera yang pernah berbakti kepada bangsa, agama dan juga tanah air.

“Walaupun mereka sudah bersara pihak kerajaan terus memberikan pelbagai bantuan untuk membolehkan mereka terus mengharungi kehidupan yang lebih baik”.

“Saya sebagai penaung PBTM akan sentiasa memberi bantuan semampu saya untuk membolehkan PBTM menjalankan aktiviti-aktivitinya yang berunsur kebajikan” ujarnya.

Selain itu Noraini menyeru kepada mantan-mantan angkatan tentera yang sudah berpencen tetapi belum menjadi ahli PBTM agar mereka tampil kedepan untuk mendaftar diri sebagai ahli PBTM hanya mereka saja yang menjadi ahli PBTM akan diambil perhatian dan akan mendapat pelbagai bantuan yang disaluran oleh kerajaan.

Setakat ini PBTM hanya mempunyai keahlian seramai 316 orang sahaja   dan mereka yang belum mendaftar jadi ahli janganlah berlenga-lenga lagi datanglah kepejabat PBTM di tingkat 4 Wisma MARA.

Terdahulu Pemangku Pengerusi Mohd Naim Abdullah dalam ucapannya beliau mengucapkan juta terrima kasih kepada Noraini atas sumbangannya sebanyak RM12,000.00 untuk tabung aktiviti PTBM.

“Kami selaku ahli PBTM tidak melupai jasa-jasa Norani  dan semoga Allah akan memberikan gajaran dan pahala dan dimurahkan rezekinya” ujarnya



No comments:

Post a Comment