Wednesday, 9 April 2014

WALAUPUN KRISIS KEHILANGAN PESAWAT MAS MH 370 BELUM SELESAI HUBUNGAN CHINA DAN MALAYSIA MASIH BAIK

Written by Admin
Wednesday April 09.2014

OLEH: SHAIMON S  JUMADI



SANDAKAN:- Ekoran  tragedi kehilangan pesawat MAS MH 370  yang dikatakan   terbang menuju ke Beijing China dan  sehingga ke hari ini belum lagi ditemui dan timbul lagi masalah baru tentang penculikan yang berlaku di Semporna  telah menimbulkan  pelbagai spekulasi antara satu sama lain hingga  mencetuskan kebimbangan bahawa China akan memutuskan hubungan deplomatik dan menyekat ekonominya  dengan Malaysia


Dalam pada itu Seorang usahawan sarang burung walit yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa khususnya di China, melahirkan keyakinannya kejadian penculikan di sebuah pusat pelancungan atas air di Semporna tidak akan menjejaskan hubungan baik antara peniaga-peniaga Malaysia dengan negara tembok besar itu.

Pengerusi Persatuan Industri Sarang Burung Walit Sabah (SABA), Datu Mohd Faisal Datu Haji Bachtiyal (gambar)  berkata ini kerana pasaran burung walit terus mendapat permintaan tinggi yang membolehkan kerjasama dua hala semakin erat tambahan lagi kedua-dua belah pihak saling membantu memperluaskan rangkaian sedia ada.

Beliau tidak menolak kejadian berkenaan pada persepsi mungkin menjejaskan industri tetapi pihaknya yakin pasaran burung walit akan berjalan seperti biasa berikutan kerjasama ekonomi bukannya baru malah negara telah pun berjaya mengembangkan perusahaan ini secara eksport ke China yang terkenal sebagai pasaran terbesar dunia.
 
Katanya, keyakinan ini memandangkan kepercayaan rakan-rakan niaga dari China yang tinggi kepada industri sehinggakan membolehkannya dapat berkembang maju dan mengekalkan prospek perniagaan pasaran di landasan yang cukup stabil.

Pengarah Urusan kepada Syarikat Gerak Borneo Sdn Bhd ini sedia membantu dalam apa jua cara termasuk memastikan kerjasama yang terjalin erat terus diperkukuhkan lebih-lebih lagi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang sentiasa siapsiaga dalam memastikan kedaulatan negara terutama melibatkan keselamatan pelancong yang datang ke sini. 

"Kita yakin dan percaya hubungan dua hala yang begitu baik dengan rakan-rakan niaga dari China akan kukuh oleh sebab potensi perusahaan yang berasaskan sarang burung walit telah menambahkan lagi kepercayaan mereka untuk melabur di negara ini khususnya melalui Sabah.

"Tiada apa yang apa perlu dirisaukan sekali pun timbul masalah besar seperti kes penculikan di Semporna baru-baru ini termasuk juga kejadian kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang sehingga sekarang belum ditemui sejak dilaporkan hilang pada awal pagi 8 Mac lepas sewaktu dalam perjalananan ke Beijing.

"Ini kerana, kita bersama-sama rakan niaga dari negara berkenaan saling membantu iaitu kami boleh mengimbangi industri sedia ada terus stabil berikutan kerjasama yang kukuh membolehkan kami mampu menjaga industri untuk terus bertapak kukuh tanpa sebarang masalah sekali gus menyumbang ekonomi negara khasnya di negeri ini.

"Justeru, sebagai pengusaha sarang burung walit di rantau Asia Tenggara yang mempunyai hubungan baik dengan rakan-rakan niaga dari China ... saya akan berusaha meyakinkan mereka bahawa tahap keselamatan di Malaysia khasnya di pantai timur negeri ini tetap terkawal.

"Mereka tidak perlu risau sebab pihak berkuasa keselamatan melalui ESSCOM sentiasa siapsiaga pada setiap masa bagi memastikan keselamatan rakyat terutama para pelancong terjamin apatah lagi di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman yang sentiasa mengambil berat aspek keselamatan dengan mengambil langkah-langkah drastik demi kesejahteraan semua.

"Oleh hal demikian, saya akan berusaha untuk menarik lebih ramai lagi peniaga-peniaga dari negara luar yang ingin untuk melabur dalam perniagaan yang berasaskan sarang burung walit itu," jelasnya semasa ditemui pemberita di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, Faisal menyatakan rasa simpatinya terhadap kejadian penculikan yang didakwa berlaku pada kira-kira jam 10.30 malam di sebuah resort berhampiran Semporna menyebabkan Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai serta seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, dilarikan sekumpulan tujuh lelaki bersenjata selepas menceroboh pusat pelancungan itu.

Beliau yakin pihak berkuasa keselamatan terutamanya ESSCOM yang dilengkapi pelbagai kepakaran dari segi aset dan keupayaan anggotanya akan dapat menangani kejadian ini dengan segera.  

"Saya juga sedih dengan kehilangan pesawat MH370 yang masih belum ditemui. Apa yang penting, keluarga penumpang termasuk anak-anak kapal kepada pesawat malang berkenaan dapat bertenang dan bersabar.

"Kepada keluarga penumpang dari China, harap mereka bersabar sebab pihak berkuasa Malaysia menerusi pelbagai agensi keselamatan sedang bertungkus-lumus mengesan pesawat yang hilang dari radar dengan bantuan beberapa negara.

"Kita amat menghargai kerjasama negara China dalam misi pencarian pesawat tersebut. Ini membuktikan bahawa kerjasama yang berputik sejak sekian lama terus subur dan sebagai pemain utama dalam konteks ekonomi pula ... kami akan terus mengukuhkan hubungan baik itu demi masa depan industri perusahaan sarang burung walit khususnya di rantau Asia Tenggara ini," tambahnya.




No comments:

Post a Comment