Wednesday, 2 April 2014

FAHAMAN ISLAM SYIAH,AL-ARQAM DAN WAHABI ADALAH AJARAN SESAT DAKWA SAMSUDIN

Written by Admin
Wednesday 02 April 2014


OLEH: SHAIMON S JUMADI




SYIAH,AL-ARQAM DAN WAHABI AJARAN ISLAM SESAT...SAMSUDIN







SANDAKAN:- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya berkata Ilmu yang tidak bermenfaat, iaitu ilmu yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada diri jasmani dan rohani manusia, juga bukan santapan sebenar  hati kalbu manusia,

Contoh yang terdekat seperti ilmu kebal, ilmu hitam ilmu awed muda yang berbahaya, ilmu senjata kemusnahan awam (Weapons of Mass Destruction) seperti Nuklear dan sentaja kimia  dan ilmu untuk mengklon haiwan dan manusia harus di hindari ini semuanya syirik dan kurafat.


Katanya amalan dan perbuatan diluar amal saleh, iaitu amal yang bertentangan dengan syariat Islam juga tidak diterima sebagai santapan sebenar hati kalbu dan akal manusia.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program  Wacana Pemantapan Akidah 2014M-1435H Peringkat Daerah Sandakan anjuran bersama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) JHEAINS,   dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia  (YADIM)  di Dewan Masyarakat Sandakan pagi tadi.

Selain itu Samsudin menjelaskan Iman yang menyeleweng, ilmu yang membawa dosa, semua itu tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada hati kalbu dan akal manusia, namun sebaliknya semua itu akan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan hati kalbu dan hati seseorang.

“Harus disedari bahawa penghayatan kebenaran Aqidah, kesatuan iman,ilmu dan amal merupakan salah satu rahsia keunggulan agama Islam yang melayakan agama  yang termulia ini yang kita cintai ini dengan sebenar-benar kecintaan dipanggil sebagai agama tawhid yang hakiki” jelasnya.


Tambahnya kefahaman  Agama Islam Syiah, Wahabi dan Al-Arqam adalah ajaran sesat dan fahaman Islam songsang yang  menjurus membawa kehancuran iman dan akhlak  kepada manusia yang bernama Muslim di muka bumi Allah ini.

“Ini jelas pembawaan dan ajaran Syiah  yang diajarkan  adalah bertentangan dengan akidah Islam sebenar kerana segala azan (bang)  telah ditokok tambah dan melakukan pembunuhan sesama sendiri dan membinasakan diri sendiri dengan senjata tajam  sehinga luka dan berdarah kononnya setia dan cintakan Allah seperti yang kita sama-sama lihat sendiri melalui slot Video yang ditayangkan itu.

Sebagai memitik ucapan Mufti  Kerajaan Negeri Sabah Ustaz Hj Bungsu Aziz Hj Jafar menjelaskan di Indoneia seramai 22 juta umat Islam telah dimurtadkan oleh Christianity dan semasa Ache dilanda Tsunami  beberapa persatuan dari Amerika yang datang ke daerah itu kononnya mahu membantu mangsa di sana namun sebalinya anak-anak Islam mereka dicolik dan di bawa ke Singapura, Britain dan ke  Amerika kemudian  dimurtadkan.
  
Program  tersebut yang merupakan kali pertama diadakan di daerah Sandakan  Dewan Masyarakat Sandakan telah dibanjiri lebih 3,000 manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum masyarakat Islam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua USIA Negeri Sabah yang juga Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon, Timbalan Presiden MPS yang juga Pengerusi Badan Dakwah Islam Sandakan Haji Mohd Hamsan Hj Ag Supain, Ketua USIA Bahagian Sandakan Datuk Hj Alipudin Hj Puyon  Ketua daerah Sandakan Hj Awang Damit Abdul Rahim, Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong dan Ketua-Ketua Jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri.



No comments:

Post a Comment