Friday, 18 April 2014

NAZMAHWATI MEMANG LAYAK JADI KETUA CABANG PKR SEMPORNA 2014-2017




Written by admin
Friday April 18 2014-04-18

DARI MEJA PENGARANG KANAN FST
SAIMON S JUMADI





PENGLIBATAN kegelanggang politik Nazmahwati Walli anak jati Semporna dan merupakan seorang wanita muda yang berwawasan jauh berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat harus diberikan peluang untuk meneruskan  bagi menerajui kepimpinan Parti KeAdilan Rakyat (PKR)  khususnya di daerah Semporna.

Para penyokong PKR khususnya ahli-ahli PKR bukan saja diperingkat Cabang, Ranting bahkan hingga keakar umbi harus memberikan sokongan padu kepada Nazmahwati untuk memimpin PKR daerah Semporna untuk sesi 2014/2017 dan tarikh 3 Mei ini adalah tarikh keramat sebagai penentuan untuk Nazmah menjawat-jawatan  sebagai Ketua Cabang Semporna.

Perwatakan Nazmah yang lemah lembut dan tidak suka bercakap besar senang dijumpa tidak kira siapa saja membuat rakyat dan para penyokong PKR Semporna begitu disenangi ramai.

Semasa Nazmah menjawat jawatan Ketua Srikandi PKR Semporna  selama satu penggal penglibatan dan perjuangannya kepada PKR tidak mengenal hujan dan panas beliau rajin masuk kampung keluar kampung yang terletak dipersisiran pantai kepulauan di Semporna.

Pada masa itu saya masih  menjawatan jawatan Ketua Biro Wilayah  Sandakan, Tawau dan Semporna dengan portal online Sabahkini.Net turut serta mengiringi lawatan-lawatan Nazmah dan rombongannya masuk keluar kampung  dan kedatangannhya memang mendapat sambutan yang amat menggalakan.

Harapan  para penyokong PKR Semporna setinggi gunung Kinabalu yang terlalu mengharap kepada pucuk pimpinan  PKR Pusat memilih Nazmahwati sebagai calon PKR  bagi kawasan Parlimen Semporna tetapi melincong jatuh ke tangan orang lain.

Soal menang atau kalah itu bukan persoalannya yang penting coba dahulu barang kali rezeki belum menyebelahi Nazmah lantas calon PKR pada PRU 13 lalu diberikan kepada orang lain namun tewas juga.

Para penyokong PKR Semporna  telah nampak sendiri bahawa Nazmah bukan seorang wanita  yang mudah putus asa atau suka  merajuk walaupun niat dan hasratnya hendak menjadi calon pada PRU 13 lalu tidak kesampaian namun Nazmah terus berjuang dengan PKR sehingga ke hari ini.

Kecekalan dan ketabahan dan kesabaran hati yang ada pada jati diri Nazmah  yang terus berada  dalam kanca politik khususnya di parti PKR ia menjurus  memberikan keyakinan kepada semua rakyat di Semporna bahawa Nazmah berpotensi sebagai seorang pemimpin wanita serba boleh jika diberi peluang kali kedua ini pada PRU ke 14 nanti.

Harapan saya  dan merayu minta para penyokong PKR agar mengundi calon Ketua Cabang PKR Semporna pada 3 Mei ini sebagai ala tuju dan penentuan nasib Nazmah untuk memang jawatan Ketua Cabang PKR Semporna hanya Nazmah sajan yang layak jadi  pemimpin nombor 1 PKR di Semporna.





No comments:

Post a Comment