Saturday, 26 April 2014

MPS PERLU ATASI MASALAH BANJIR KILAT DI KEDUA-DUA TAMAN PERUMAHAN MERPATI DAN TAMAN NURI



Written By  Admin
Saturday April 26 2014

OLEH: SAIMON S JUMADI
POTO: CHANG TIEN LOY



PENDUDUK  KECEWA...sudah berkali-kali diberitahu kepada pihak MPS tiada sebarang tindakan diambil





 LIBARAN:- Masalah banjir di kawasan dua taman perumahan iaitu antaranya Taman Nuri dan Taman Merpati bukan masalah baru ini sudah bertahun-tahun  dihadapi oleh kedua-dua penduduk taman perumahan yang dimaksudkan tetapi tiada sesiapa pemimpin kerajaan BN yang mahu ambil tahu mengenai fenomena tersebut.



Bila hujan lebat tidak  sampai tiga jam saja  kedua-dua taman perumahan tersebut mudah   dilanda banjir kilat dan menenggelami kesemua  ruang dalam rumah sehingga banyak harta benda penduduk rosak.



Menurut seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Salleh  punca masalah banjir  kilat ini adalah disebabkan system saliran longkang yang tidak betul inilah menyebab utama kenapa kedua-dua kawasan perumahan tersebut begitu mudah dilanda banjir kilat.



Kata Salleh perkara ini sudah  berkali-kali dimaklumkan kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) tetapi sehingga kini tiada reaksi dan tindakan diambil untuk menangani masalah tersebut.



“Nanti kalau kita panggil Ahli Parlimen pembangkang  dari kawasan lain khususnya DAP bilang mereka  kita tidak hormat Ahli Parlimen Libaran dan lawan taukey tapi malangnya bila  kita dah maklumkan namun sampai sekarang tiada sebarang tindakan buat.



“Kami tak kisah sesiapa saja yang bantu kami sama ada dia  MP  pembangkang atau MP BN yang penting masalah kami di kedua-dua tempat ini dapat disampaikan kepada pihak MPS untuk diselesaikan dan kami harap bila tersiarnya berita ini di portal online Free Sandakan Today pihak-pihak yang berkaitan agar dapat mengambil tindakan drastic  terhadap masalah banjir ini” ujarnya






No comments:

Post a Comment