Wednesday, 23 April 2014

MB nasihatkan pegawainya berhenti ugut S Manikavasagam

 0 0 0 New

By Admin

  Rabu  April 23, 2014
Cara tersebut tidak betul dan tidak boleh digunakan untuk bertanding
S Manikavasagam 





PETALING JAYA:  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menasihatkan dua pegawainya supaya tidak lagi mengugut penyelaras DUN Bukit Melawati, S Manikavasagam yang mencabar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi jawatan ketua cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan bulan depan.
Dua pegawai berkenaan dikenal pasti sebagai Lim Lai Seng dan Mustapha Mohd Talib yang bertugas sebagai pegawai Khalid.
“Pegawai tersebut dinasihatkan agar tidak lagi berbuat demikian, kerana ini bukan satu cara yang baik untuk mendapatkan undi.
“Cara tersebut tidak betul dan tidak boleh digunakan untuk bertanding,” kata Khalid dalam sidang media hari ini.
Ugutan itu didakwa dibuat susulan keengganan Manikavasagam untuk memberi laluan kepada Khalid mengekalkan jawatan sebagai ketua cabang Kuala Selangor.
Manikavasagam berkata dua pegawai berkenaan mengugut untuk memastikan beliau digugurkan sebagai penyelaras DUN Bukit Melawati.
Beliau berkata, mereka juga mengugut untuk mengenakan tindakan yang sama terhadap semua petugas Pusat Khidmat Masyarakat PKR di kawasan itu.
Manikavasagam yang juga bekas ahli parlimen Kapar, berkata ugutan itu disampaikan menerusi panggilan telefon kepada pegawai beliau pada Isnin lalu.
“Mereka telefon pekerja saya di pejabat ugut jangan ikut saya berceramah kerana menurut mereka dalam masa terdekat saya akan dilucut jawatan sebagai penyelaras DUN,” kata Manikavasagam.
Susulan perkara itu, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan menyiasat aduan berkenaan.
Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata, pihaknya akan meneliti bukti yang dikemukakan Manikavasagam sebelum mengambil apa-apa tindakan.
“Kalau betul ada laporan dari dia ini saya akan siasat, kemudian kalau betul ianya (ugutan itu) datangnya daripada pejabat MB (Menteri Besar) juga kita akan siasat dan kita akan ambil tindakan.
“Kita akan masukkan ke dalam agenda JPP sebab JPP bermesyuarat dua

No comments:

Post a Comment