Thursday 3 April 2014

WONG MINTA PENJELASAN MENTERI KERJA RAYA TENTANG PEMBINAAN LEBUH RAYA KK,TAWAU DAN SANDAKAN

Written by Admin
Thursday April 03.2014


OLEH: SHAIMON S JUMADI


KUALA LUMPUR:- Dalam sesi perbahasan dan soal jawab di sidang Parlimen baru-baru ini Ahli Parlimen kawasan Sandakan  Stephen Wong Tien Fatt  minta Menteri Kerja Raya bekalkan sebarang “feasibility study” tentang pembinaan lebuhraya untuk menyambungkan Kota Kinabalu-Sandakan-Tawau, dan asas-asas yang menyokong cadangan Menteri pada 25 November 2013 di Dewan bahawa lebuhraya ini tidak “praktikal” diminta oleh rakyat Sabah walaupun selepas 50 tahun penubuhan Malaysia.


Jawapan:

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kenyataan YB Menteri Kerja Raya di Dewan Rakyat pada 25 November 2013 yang lalu itu merujuk kepada cadangan pembinaan lebuh Raya bertol di Sabah dan Sarawak yang kini masih belum dapat dilaksanakan seperti mana konsep penswastaan lebuh jaya bertol di Semenanjung Malaysia.


Lebuh jaya bertol memerlukan bilangan trafik yang tinggi demi memastikan pelaksanaannya berdaya maju. Pada masa kini jumlah trafik di jalan-jalan utama Sabah dan Sarawak masih lagi rendah, kecuali di bandar-bandar utama seperti Kuching dan Kota Kinabalu. Sehubungan itu, kerajaan akan terus menggiatkan usaha untuk membina dan menaik taraf jalan – jalan utama tanpa tol sedia ada di Sabah dan Sarawak, khususnya Jalan Pan Borneo yang akan dinaik taraf secara berperingkat sehingga tahun 2025 dan Jalan – jalan Persekutuan utama.











No comments:

Post a Comment