Wednesday 23 April 2014

AHLI-AHLI U,MNO PERLU MENANAM SEMANGAT KERJASAMA YANG INTIM DEMI MENGUKUHKAN PERJUANGAN UMNO....AMPONG




Written by Admin
Wednesday April 23.2014


OLEH: AZMI AZMAN

 
SANDAKAN:-  Ahli-Ahli UMNO kawasan Sandakan disarankan menanamkan  semangat jati diri serta wujudkan kerjasama yang intim antara satu sama lain untuk mengekalkan semangat perpaduan yang jitu di dalam perjuangan UMNO Bahagian Sandakan.

Demi memantapkan perjuangan UMNO Sandakan kita  harus melupakan persengketaan dan bergeseran  dalaman parti kerana fenomena ini  jika berterusan tidak membawa sebarang keuntungan  kita malahan akan timbul berpuak-puak dan akan mencetuskan perbalahan.

Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon berkata demikian kepada ahli-ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sandakan semasa beliau mempengerusi Mesyuarat Bulanan AJK itu dipejabat UMNO Sandakan petang tadi.

Walau bagaimanapun Ampong merasa gembira kerana kerjasama yang ditunjukkan semua ahli-ahli sama  ada diperingkat akar umbi, cawangan, bahagian, wanita,pemuda dan puteri begitu menyerla dan komited.

“Apa yang kita fokus sekarang ialah menyusun semua jentera di peringkat cawangan supaya kemas dean teratur untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke 14 (PRU-14) walaupun masanya masih jauh lagi tapi ini sebagai persedian” ujarnya.

Ditanya mengenai keengganan ketua-ketua cawangan yang lain tidak mahu bersatu kembali  semula demi memukuhkan perpaduan “Kita sudah berusaha sedaya upaya memujuk mereka mempelawa mereka supaya kita bersatu semula dan lupakan cerita lama lagipun ini hanya masalah kecil hanya  perebutan jawatan yang sudah termaktub dalam dasar UMNO tetapi nampaknya mereka tidak melayan jemputan kita walaupun kita berniat baik tetapi langsung tidak mendapat respon apa  lagi kita nak buat.”ujarnya.

Ampong juga amat berpuas hati kerana banyak cawangan-cawangan UMNO, yang membabitkan  wanita dan pemuda  yang lain sudahpun menjalankan tanggungjawab mereka telah mengadakan mesyuaratnya masing-masing ini satu petanda baik kerana mengikut arahan parti

No comments:

Post a Comment