Wednesday, 23 April 2014

Perkasa bantah pembinaan ‘Taman Persahabatan China-Malaysia’ di Putrajaya Ketara Betul Ibrahim Ali anti bangsa Cina

By Admin

Wednesday  April 23, 2014
Janganlah atas nama pelancongan atau duit semata-mata, kita lupa di mana bumi dipijak
dato ibrahim ali 




PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mendesak Putrajaya Holding terutama Pengerusinya Tan Sri Aseh Che Mat supaya mengekalkan identiti Putrajaya seperti sedia kala dan corak bangunan serta pemandangan yang berteraskan patriotisma negara yang asli.
Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali cadangan pembinaan ‘Taman Persahabatan China-Malaysia’ di Putrajaya yang bertujuan sebagai simbol hubungan erat antara Malaysia dan China adalah tidak perlu.
“Janganlah atas nama pelancongan atau duit semata-mata, kita lupa di mana bumi dipijak, dan pelancong juga datang dengan pelbagai cara,” katanya dalam satu kenyataan media kepada FMT.
Ujarnya lagi, batalkanlah hasrat tersebut dan pindahkanlah ke Jalan Petaling ataupun Pulau Pinang.
“Adakah negara China akan membina tapak warisan Melayu di tengah-tengah kota Beijing?” soalnya.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga diminta untuk memajukan warisan budaya bangsa di Jalan Melayu di Kuala Lumpur.
“Tidak mungkin, Aseh langsung tidak ada walaupun sedikit semangat patriotisma dalam kalangan pentadbir dan teknokrat Melayu seperti bangsa lain.
“Saya bukan anti mana-mana budaya, tetapi saya tegas berpendirian setiap negara dan bangsa mesti mempunyai nilai patriotisma yang wajib di pelihara,” katanya.
Bernama semalam melaporkan, pembinaan taman bercirikan Lingnan, China itu akan dibuat di tanah 0.24 hektar di tapak kekal 11.7 hektar Festival Bunga dan Taman Putrajaya, yang lebih dikenali sebagai Floria Putrajaya.
Majlis pecah tanah dan penanaman pokok kelmarin disempurnakan anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), Hu Chunhua dan  Aseh.
Dalam ucapannya Aseh dilaporkan berkata projek yang membabitkan kos RM1.5 juta yang disalurkan kerajaan China melalui Persatuan Rakyat Dongguan dijangka siap pada
Sementara pendapat beberapa orang politik tanah air di negara ini berkata paling ketara Ibrahim Ali anti orang cina sama ada cinia di negara China ataupun cina di negara Malaysia.
PERKASA pernah mencabar negara China kalau nak sekat ekonomi dengan negara Malaysia tidak ada masalah teruskan saja dan Ibrahim juga  pernah mencabar kalau negara China tak nak  beli minyak sawit di Malaysia pun lebih baik kenapa Malaysia terlalu takut dan tunduk dengan negara China.
Ibrahim Ali juga pernah berkata dahulu kalau dia jadi Perdana Menteri Malaysia bangsa pertama yang diusir dari bumi Malaysia ialah bangsa Cina kedua India 

No comments:

Post a Comment