Saturday, 26 April 2014

PENGARAH RELA SABAH DIDAKWA GUNA KAD PENGENALAN PALSU?


 Written by Admin

Saturday April 26.2014


OLEH: CHARLES P ANDIANG

 
ORANG MAHU HIDUP GUNA IC PALSUPUN TAK KISAH SIAPA BERANI TANGKAP SAYA....SAYA CABAR KAMU NAMPAK BINTANG DI BAHU BAJU SAJA KIRI DAN KANAN





KOTA KINABALU:- Pihak berkuasa khususnya pihak polis mahu pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN)  seharusnya buat siasatan terperinci mengenai dakwaan tentang kedudukan  beberapa orang yang menjawat jawatan dalam Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) antaranya Samsudin Lawe, Peer Mohd Kadeer dan Datuk Jerry Amduting yang didakwa menggunakan kad pengenalan palsu 
Disebabkan fenomena ini dibiarkan begitu saja oleh pihak kerajaan lantaran PASUKAN Sukarelawan Malaysia (RELA) Sabah terus mengalami kemelut setelah ada pihak mendakwa Pengarahnya, Samasudin Lawe dan ramai ahlinya termasuk Peer Mohd Bin Kadeer adalah pemegang mykad projek; malah terkini Ketua Pesuruhjaya Ahli Kehormat Rela Sabah, Datuk Jerry Ambuting Bin Mohd Said turut menggunakan kad pengenalan palsu?
Jerry dikesan menggunakan Mykad PALSU bernombor 660509-12-5543 dalam Notis Kebankrapan daripada Jabatan Insolvensi yang disiarkan media tempatan pada 2009.
Menurut notis berkenaan, Jerry yang beralamat di No 25, Lorong 17, Taman King Fisher, Likas, Kota Kinabalu, Sabah; dijatuhi hukuman Muflis oleh Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu pada 9 Julai 2009 melalui Petisyen K29-406 Tahun 2008 oleh Electronis Electrical (S) Sabah Sdn.Bhd (169291-H).
Semakan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara mendapati Mykad bernombor 660509-12-5543 tidak wujud di dalam sistem JPN. Begitu juga dengan rekod Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Persoalannya, bagaimana Jerry boleh menggunakan MyKad palsu berkenaan dan mahkamah boleh membenarkan saman dihantar dan Petisyen Bankrap dikeluarkan kepada Jeffrey jika Mykad yang digunakannya adalah PALSU kerana tidak wujud dalam sistem JPN?
Mengikut data JPN dan SPR, Jerry menggunakan MyKad yang bernombor 620509-12-5613 untuk menjadi pemilih berdaftar di Bangka-Bangka, Taman King Fisher, DUN Karambunai dan Parlimen Sepanggar.
Nombor MyKad yang sama juga digunakan ketika memperolehi pingat kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada 2007, namun nombor kad pengenalan lamanya tidak dapat dikesan.
Tidak diketahui dokumen apa yang digunakan Jerry untuk menjadi Pegawai Kehormat RELA yang menerima gaji (elaun) awam dan dilaporkan menggunakan kedudukannya untuk menjual 'Pingat dan Pangkat' RELA dengan harga di antara RM3,000 sehingga RM30,000.
Kehebatan Jerry boleh dilihat dan beliau boleh dihubungi melalui FACEBOOK  kata sumber itu lagi

 

No comments:

Post a Comment