Written
by Admin
Monday April 14. 2014
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN:- Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong
menyifatkan program ilmu Dakwah dan Ekonomi
yang julung-julung kalinya
diadakan di Negeri Sabah khususnya di daerah Sandakan dengan tema Jutawan Dunia dan Jutawan Akhirat anjuran Kiswah Travel Service sudah tentu program ini banyak membawa menfaat
kepada peserta khususnya umat Islam itu sendiri.
Katanya lagi Islam kini sentiasa berdepan
pelbagai cabaran dan arus modenisasi dua
tanpa sempadan yang bergelar alam cyber maka Umat Islam
yang arus pemikirannya serta pegangan Agamanya sangat jauh menyimpang dari Agama yang
tercinta ini serta sedikit
terkebelakangan bila diukur dari sudut ekonomi.
Noraini berkata demikian ketika berucap
merasmikan Program Jutawan Dunia dan Jutawan Akhirat anjuran bersama Badan
Dakwah Islam Sandakan, Syarikat Kiswah Travel Service dan Wanita UMNO Bahagian
Sandakan yang di adakan Dewan Masjid daerah Sandakan pagi kelmarin.
Noraini menambah program yang dianjurkan pada
hari ini amat bertepatan dengan masanya dan seterusnya dapat menjunjung Syariat Islam
dengan melengkapkan Rukun Islam yang ke lima iaitu menunaikan Ibadah Haji dan
Umrah ke Kota Mekah Al- Mukarromah dan Kota Madinah Al Munawwarah, oleh itu
kita seharusnya berganding bahu memikul amanah dengan sentiasa melaksanakan
medium Dakwah Islamiah sambil mengajak setiap Umat Islam agar kembali dekat
dengan Allah S.W.T.
“Sebagai seorang hamba Allah agar sentiasa
berpegang dengan sunnah Baginda Rasulullah
S.W.T seeperti Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari yang mana
Sabda Rasulullah S.W.T. yang
bermaksud “Semulia-mulia di kalangan
manusia di antara kamu ialah yang dapat memberi menfaat kepada manusia yang
lain” ujar Noraini.
"Lantaran usaha murni yang dianjurkan oleh Kiswah Travel Service ini sudah sampainya untuk seluruh Umat Islam di daerah Sandakan agar sama-sama menyokong dan melibatkan diri secara aktif di dalam menjadikan Kota Madina, Kota Mekah dekat dihati kita" jelas Norani.
No comments:
Post a Comment