Tuesday, 8 April 2014

MOHAMAD MENTEK DICABAR LETAK JAWATAN PENGARAH ESSCOM KERANA GAGAL MENANGANI PENCULIKAN DI SABAH


Written by Admin
Tuesday April 08.2014

OLEH: WAN SALMAN WAN DZULKIFLIE

KUALA LUMPUR:- Ekoran Kes penculikan di Reef Resort Semporna baru-baru ini   Penasihat DAP Lim Kit Siang menuntut agar Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dibubarkan sekiranya badan itu tiada kuasa dalam menangani kes seperti penculikan yang berlaku di perairan Semporna minggu lalu.

Katanya, badan pemerintah itu tidak sepatutnya bertindak dengan tidak bertanggungjawab seperti itu selepas menerima peruntukan RM300 juta.

"Esscomm sepatutnya ditutup jika selepas rakyat Malaysia belanja RM 300 juta, ia hanya boleh kata 'tiada kuasa' selepas dua wanita diculik dari sebuah resort di Semporna Rabu lalu," kata Lim dalam kenyataannya.

Lim mengulas kenyataan ketua komunikasi korporat Newmond Tibin Jumaat lalu yang dilaporkan sebagai berkata, Esscom tiada kuasa secara langsung terus untuk memberi arahan kepada 10 daerah Zon Pantai Timur Sabah (Esszone).

Newmond dilaporkan sebagai berkata semua daerah tersebut mempunyai ketua polis daerah sendiri di bawah Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib dan tugas Esscom hanyalah menyelia agensi terlibat.

"Inilah contoh terbaru pentabiran memalukan Malaysia, satu demi satu agensi menafikan tanggungjawab dan menolaknya kepada agensi lain, seolah-olah rakyat Malaysia ini bodoh.

"Selepas membelanjakan lebih RM 300 juta, rakyat Sabah dan Malaysia diberitahu Esscom tidak bertanggungjawab dengan keselamatan mereka. Jika begitu, kenapa tubuhkan Esscom?,” soal Lim.

Esscom ditubuhkan tahun lalu selepas pertentangan dengan satu kumpulan bersenjata dari Sulu di Lahad Datu Sabah, yang menyebabkan sembilan orang anggota pasukan keselamatan Malaysia dan sekurang-kurangnya 67 penceroboh maut.

Menurut Lim, Parlimen sepatutnya membubarkan Esscom jika badan pemerintah itu tidak memberi penjelasan yang memuaskan mengenai peranan mereka.

"Jelas RM 300 juta yang dibelanjakan ke atas Esscom adalah pembaziran dan tiada alasan boleh diberikan dengan membelanjakan sejumlah besar duit untuk membina bangunan besar hanya untuk memainkan peranan mengkoordinasi 10 daerah polis.

"Sabah dan Malaysia tidak memerlukan satu projek 'gajah putih' berharga RM 300 juta," kata beliau.

Rabu lalu, pelancong dari China Gao Huayun,29 dan seorang pekerja resort dari Filipina Marcy Dayawan @ Mimi, 40 diculik tujuh lelaki bersenjata di Singamata Adventures and Reef Resort, di pantai Semporna.

Dua individu tersebut dipercayai dibawa ke Selatan Filipina tetapi masih tiada permintaan wang tebusan dibuat.

Kes ini terjadi kira-kira empat bulan kes pembunuhan seorang pelancong Taiwan dan penculikan seorang wanita.

Sebenarnya Mohamed Hj Mentek tidak layak jadi Pengarah ESSCOM  sekurang-kurang  orang yang  layak memegang jawatan Pengarah ESSCOM adalah seorang mantan  General Tentera atau  mantan Ketua Polis Negeri.

Betul  kata Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh  semasa sesi perbahasan di sidang Parlimen pagi tadi bahawa kejadian penculikan yang berlaku di Reef Resort Sempurna baru-baru ini yang membabitkan dua wanita amat memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ghapur juga turut mencadangkan agar Esscom dibubar saja atau pengarahnya dimansuhkan  biar disandang oleh Perdana Menteri sendiri baru ada kuasa mutlak ada kuasa sepenuhnya, kalau Mohamad Hj Mentek siapa pandang dia Ketua Polis Negeri dan General Tenterapun tak mahu pandang dengan Mohamed Mentek hannya mantan Pengarah Jabatan Imigeresen saja.

Baru Mohd Mentek temberang pagi sidang media seorang diri tanpa di temani oleh Ketua Polis Negeri dan General Tentera  dengan bangganya menyatakan bahawa di perairan Pantai Sabah selamat  keselamatan para pelancong asing terjamin tidakpun sampai tiga jam bercakap dengan media jam 4.00 petannya berita RTM,TV3 mengumumkan bahawa dua orang pelancong telah diculik di Resort Pom Pom .

Ini satu tamparan hebat kepada Mohamed Mentek kerana cakap tak serupa bikin dari mula hari itu Mohamed Mentek sebagai Pengarah Esscom tidak lagi mendapat penghormatan dari mana-mana pegawai Polis atau Tentera

Seperti yang didakwa oleh Ghapur kebanyakannya para operator di resort-resort dikepulauan Semporna telah dimonopoli orang asing yang tiada sebarang document mungkin ini juga mereka secara tidak langsung menjadi dalang penculikan mereka bersekongkol dengan orang luar untuk mendapat wang tebusan yang lumayan

Kerajaan khususnya pihak  polis hari ini harus mengenakan tindakan keras kepada para pemilik resort tersebut yang menggaji orang asing tanpa dokumen yang sah jangan main biar saja ramai  lagi orang jadi mangsa penculikan.





No comments:

Post a Comment