Sunday 15 November 2015

KHIR JAMIL SALAHGUNA DANA YAPEIM UNTUK KEGUNAAN PERIBADINYA

DANA YAPEIM UNTUK ANAK YATIM
( derma rakyat bangun ekonomi, pendidikan orang miskin)

OLEH: ISMAILY BUNGSU

YAPEIM ditubuhkan oleh kerajaan dan dananya didapatkan kesan derma orang ramai/rakyat Malaysia dan juga ahli korporat.

Tujuannya jelas membantu orang miskin dan anak-anak yatim untuk membangunkan hal ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Dana yang ada bukan dana kerajaan tetapi orang ramai untuk sama membantu mereka yang miskin termasuk anak-anak yatim yang sangat memerlukan.

Anehnya kenapa saja seorang menteri bernama Khir Jamil menggunakan wang berkenaan untuk ia ke luar negera konon atas tugas rasmi disamping bermain golf?

Kelihatannya menteri berkenaan sesuka hati menggunakan wang derma rakyat untuk terbang ke sana sini atas nama menjalankan tugas rasmi.

Kebetulan pula yang menduduki kerusi terpenting di YAPEIM itu terdiri keluarga sendiri dan ini sudah jelas salah guna kuasa.

Nampaknya di mana saja ada kesempatan mereka terus rembat tanpa peduli dan ini nampaknya amat keterlaluan.

Meskipun barangkali menteri berkenaan beralasan pemergiannya ke Amerika untuk tugas rasmi tetapi menggunakan dana khas untuk orang miskin dan anak-anak yatim adalah tidak lojik dan tidak masuk akal.

Cukuplah dulu wang zakat dirembat untuk untuk bayaran guaman dan sekarang dana YAPEIM pula dijadikan mangsa.

Dengan ini pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu 

Malaysia macam-macam ada.




KEMELLIA.......TIADA AEDES TIADA DENGGI PASTIKAN KAWASAN PERUMAHAN ANDA SENTIASA BERSIH

DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI

DALAM memerangi atau membasmi Nyamuk Aedes  di kawasan-kawasan perumahan tertentu ia memerlukan tenaga dan bantuan daripada segenap penduduk di kawasan  barulah berjalan dengan lancar.

Sikap toleransi dan bekerjasama berganding bahu antara sesama penduduk setempat harus sentiasa terjalin akrab ini membolehkan apa saja aktiviti-aktiviti yang dijalankan  disetiap sudut sudah pastinya menempuh kejalan kecemerlangan.

Dalam kontek ini memang tidak dapat dinafikan mereka yang tinggal di kawasan perumahan  sama ada bentuk Teres, Semi Detach atau rumah Flat dan rumah pangsa  mereka jarang mengenali antara satu sama lain dan ini jelas mereka buat hal masing-masing.

Barang kali kalau rumah Teres dan Semi Detach dan flat itu telah menubuhkan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) dan Rukun Tetangga (RT) barulah tempat ini terdapat sedikit sinaran cahaya menerangi hati penduduk-penduduk berkenaan.

Itulah luahan seorang Aktivis Masyarakat Dato Seri Paduka Dr Kemellian Hassan menjelaskan mengenai perkara ini ketika di wawancara oleh Wartawan Free Sandakan Today  melalui panggilan telefon malam tadi.


Katanya sebagai pendekatan masyarakat magmuk di satu-satu kawasan perumahan sebagai Wakil Rakyat yang mewakili kawasannya sebagai contoh kalau di Elopura wakil rakyat tadi haruslah pro aktif dan enovatif dalam menyatukan dan merapatkan siratulrahim di kalangan penduduk yang berbilang kaum dan kepercayaan anutan agama budaya yang berbeza agar mereka sentiasa harmoni menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain.

ADUN-ADUN yang mewakili di kawasan taman perumahan harus melantik salah seorang yang agak berpengaruh untuk membentuk satu jawatankuasa sama ada JKDB atau Rukun Tetangga (RT) dengan tertubuhnya jawatankuasa itu ini membolehkan mereka berintraksi sama satu lain sama ada dengan penduduk itu sendiri ataupun pihak-pihak kerajaan.

“Berbalik kita bagaimana untuk menghapuskan nyamuk aedes yang semakin hari semakin berbahaya kepada penduduk maka kawasan perumahan yang tidak mempunyai badan JKDB atau Rukun Tetangga haruslah menghubungi pihak-pihak tertentu untuk mengadakan gotong royong bagi membersihkan saliran parit dan longkang yang airnya bertakong” tegasnya.

“Saya hanya mampu berbicara melalui portal ini sekadar memberi pandangan yang bernas dengan tujuan untuk kebaikan bersama Insya Allah jika mereka ingin dan memerlukan bantuan  saya boleh bantu mengikut kemampuan saya” katanya lagi.

Pastikan kawasan anda tiada Aedes tiada denggi amalkan menjaga kebersihan itu dijadikan lah  satu budaya kepada diri kita agar terjamin kesejahteraan penduduk setempat.


Saturday 14 November 2015

KERAJAAN ENGGAN AMBIL TINDAKAN KEPADA KONTRAKTOR TERLIBAT AKTIVITI PENGAMBILAN TANAH....


SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI

 
PUNCA  dan akibat banjir kilat bercampur lumpur yang sering melanda di kawasan taman-taman perumahan termasuk dijalan-jalan raya ada beberapa factor yang menyebabkan ia berlaku tragedy seumpama itu.

Pertama factor kurang perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti majlis-majlis perbandaran-majlis-majlis daerah yang kurang mengambil perhatian  dalam pelaksanaan kerja-kerja pembersihan atau penyenggelaraan saliran longkang-sistem saliran perparitan yang tidak teratur dan tidak semporna inilah penyebab utama sering dilanda banjir kilat.

PENGAMBILAN TANAH....Akibat banjir lumpur disemua kawasan perumahan

Faktor  kedua sesuatu kawasan sering dilanda banjir lumpur ini berpunca daripada tabiat kerakusan pihak-pihak pemaju yang terlalu mementingkan soal kemajuan dan pembangunan dengan menerokai dan pengambilan tanah-tanah di lereng-lerung (carun) bukit yang tidak terkawal, bila mana hujan lebat dalam tiga hari begitu tanpa henti disini bermula banjir lumpur yang melimpah ruah mengalir sama ada kejalan-jalan raya atau kekawasan perumahan yang berhampiran.

Walaupun sering berlaku  tanah runtuh (landslide) di kawsan-kawasan tertentu yang terang-terang boleh menjejaskan nyawa manusia tetapi pihak kerajaan seakan-akan tidak peduli akan kesusahan orang yang menjadi mangsa keadaan, di mana rumah-rumah mereka dilandar baniir bercampur lumpur dan harta benda mereka rosak seperti kenderaan-kenderaan, namun pihak kerajaan enggan mengambil sebarang tindakan keatas prilaku yang menyebabkan insiden ini berlaku.

Bila mana pihak kerajaan terus-meneruskan dan membiarkan kontraktor-kontroktor yang melakukan pengambilan tanah di cerun-cerun (lerang-lerang) bukit yang mengakibatan banjir lumpur  tanpa kawalan disinilah mula pihak-pihak kontraktor semakin besar kepala tanpa ada rasa belas kesihatan  terhadap sesama manusia.;

“Apa kami peduli kamu rugi kamu punya pasal kamu mati kah apa kami mahu ambil peduli sedangkan kerajaan tidak akan mengambil tindakan undang-undang jadi apa perlu kamu buat” kata beberapa kontraktor yang sempat ditemui yang nama mereka enggan fisebutkan disini.

Yang penting projek kami berjalan lancar soal banjir lumpur yang melanda di kawasan perumahan dan dijalan-jalan raya itu mereka punya pasal tiada kena mengenakan dengan kami” kata mereka lagi

Dengan itu mereka sambil mengucapkan terima kesih kepada kerajaan kerana tidak mengambil sebarang tindakan keatas para kontraktor yang berbuat demikian walaupun mereka benar-benar mengancam nyawa penduduk.


Mungkin ini adalah dasar kerajaan Malaysia yang suka rakyatnya mati sedanglan mereka telah terang-terang tahu akan bahayanya banjir lumpur tetapi kontraktor yang menjadi penyebab dibiarkan begitu saja main biar saja apa lagi kontraktor-kontraktor berkenaan bertambah besar kepala mereka macam katak  (kaduk) naik junjung.

KERANA SIKAP KERAKUSAN KONTRAKTOR-PEMAJU BANYAK TEMPAT DI LANDA BANJIR LUMPUR.....KEMELLIA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SAYA amat tertarik bila saya membaca artikel Sorotan Dari Meja Editor  yang bertajuk (KONTRAKTOR SEMAKIN BESAR KEPALA MATI-MATILAH KAMU APA KAMI PEDULI KAMU DILANDAR BANJIR LUMPUR) yang telah diportal online The Sabah Insider.net pada November 14,  2015.

Aktikel yang berunsurkan kritikan ini memang wajar saya amat menyokong apa yang telah ditulis oleh penulis itu mengenai fenomena banjir kilat dan banjir lumpur yang kerap menlanda di kawasan-kawasan taman perumahan dan melimpah ke jalan-jakan raya.

Ini semuanya memang berjumpa daripada sikap kerakusan dan tamak kepada pihak pemaju yang ingin meraihkan keuntangan besar tanpa memikirkan soal keselamatan nyawa manusia yang menjadi mangsa korban akibat tragedy itu.

BANJIR LUMPUR.... Sekitar kawasan perumahan di Penampang


Begitulah luahan oleh seorang wanita yang merupakan aktivis masyarakat iaitu Dato Seri Peduka Dr Kemellia Hassan yang memang prihatian terhadap permasalahan rakyat di sekelilingnya.

Dalam kontek ini sepatutnya pihak kerajaan harus bertindak tegas dan mengambil sebarang tindakan terhadap kontraktor-kontraktor yang terbabit dalam kerja-kerja pengambilan tanah-tanah di lereng-lereng  dan diatas bukit bukau.

Kerana akibat pengambilan tanah-tanah tersebut tanpa adanya kawalan maka berlakunya banjir lumpur disatu-satu kawasan perumahan yang mengakibatkan kegurian besar yang telah dihadapi oleh penduduk-penduduk berkenaan yanbg menjadi mangsa keadaan.

PUNCA BANJIR LUMPUR.....Akibat aktiviti pengambilan tanah di atas bukit dan dicerun-cerun bukit



Kenapa pihak kerajaan suka membiarkan fenomena ini berlaku  tanpa adanya tindakan diambil terhadap pihak yang bertanggungjwab menjadi penyebab utama punca banjir kilat atau banjir lumpur.

“Saya fikir kalau pihak kerajaan mempunyai sikap ketegasan terhadap para kontraktor yang terlibat berbuat demikian sudah pastinya perkara tanah runtuh (landslide) disatu-satu tempatan tidak akan terjadi bukan membiarkan walaupun telah mengancam nyawa penduduk setempat.

Apa lagi para kontraktor terbabit semakin hari semakin naik taucang besar kepala sebabnya kerajaanpun tiada ambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Contohnya banjir kilat yang menimpa di Penampang ini terang-terang berpunca kalau bukan masalah system perparitan atau punca pengambil tanah-tanah berhampiran.


Sungguh menghayat hati mereka yang tiba-tiba tanpa dirancang kemudian dilanda banjir kilat bercampur lumpur yang banyak menanggung kerugian kerana harta benda  semuanya musnah.

MANGGAPAI BULAN

KARYA: MISMAILY BUNGSU
KATAnya mama hidup di bumi teramat banyak sangat cabaran dan dugaannya, lalu ia menjelaskan bumi ternyata untuk hidup susah bukan untuk senang.

Di depan sekitar kita ada saja yang cukup membebankan fikir dan meski kekadang kita tidak suka itu terpaksa dihadapi yang kekadang kita sendiri menahan sakit pedih luati bosan muak benci dan segala macam sakit hati pedih perit seksa derita payah.

Yang kaya menindas yang miskin papa dan yang miskin hina jadi mangsa.
Yang lemah jadi mangsa sikuat dan yang berkuasa terus mabuk kuasa segala yang ada meski bukan hak mereka rampok curi masuk ke kantung sendiri tanpa peduli apa dosa pahala.

Mereka tidak pernah memikirkan soal hak orang lain dan mereka jadi rakus, tamak, haloba dan kekadang jahatnya bukan main sanggup pula memakan bangkai saudara-saudaranya sendiri dan inilah keanehan hidup di bumi yang terbuka kala kemanusiaan sudah hilang di mata hati.

Memang rasa benci sangat itu ada dan kebencian itu rasanya sudah sampai ke titik menjejak amarah yang melampau tetapi kata-kata KONG FUI TSU yang menyatakan bila kemarahan itu timbul, maka ingatlah akan akibatnya nanti. Dikenang segalanya itu!

Kenyataan KFT itu lagi menguatkan iman dan menambah kekuataan diri bila semula mengingat sabdanya Nabi Muhammad s.a.w yang menjelaskan bahawasanya marah itu merosak iman, bagai barang yang pahit merosak madu.
Begitulah kesannya.

Meski demikian, kekadang teringat juga katanya HAMKA yang mengatakan kalau kita ini manusia biasa tidak punya sifat amarah, maka rasanya kita ini semacam malaikat dan itu saya bersetuju segalanya.

Tetapi perlu saya jelaskan di sini, semua orang kena hati2 terhadap insan yang tidak pernah marah sebab sekali dia marah bakal menyusahkan dan ini diakui sendiri oleh JOHN DRYDEN.

Kesimpulannya jelas hiduppun susah, mati lagi susah, malah kalau setengah mati lagi susah kesan menyusahkan orang. Ah, tidak mungkin kita menyusahkan orang lain kecuali untuk mati disemadikan nanti.

Barangkali ada dua pilihan saja untuk terus hidup di bumi Allah atau kembali ke pangkuan Allah tetapi rasanya terbaik memilih hidup di bulan.

Hidup di bulan memang lebih baik banding hidup di bumi!

KAWASAN DUN GUM-GUM ADA KEMUDAHAN INTERNET...KATA ZAKARIA

GAMBAR KELIHATAN:-Zakaria menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta Seminar Pembangunan Diri dan Keluarga kelmarin

                       
OLEH: BERKURAPAN A/L BERPANAUAN

SANDAKAN:  Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat menambah pendapatan keluarga.

“Penyediaan tamu-tamu niaga di setiap kawasan dan tidak terkecuali di Gum Gum ini pun sudah ada kemudahan awam termasuk internet,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris di sini kelmarin.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, menyatakan demikian semasa menyempurnakan majlis penutupan seminar Pembangunan Diri dan Keluarga anjuran Yayasan Sabah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Gum Gum di Mini RTC, Kampung Gum Gum.

Justeru itu, Zakaria mengajak masyarakat di Gum Gum agar mengambil peluang dan ruang yang disediakan oleh Kerajaan dalam meningkatkan tahap ekonomi keluarga.

Beliau berharap Gum Gum dengan lokasi strategik menjadi nadi pembangunan pelancongan akan turut mendapat perhatian kerana satu-satunya Pusat Pemulihan Orang Utan terletak di kawasan ini dan juga pekannya terletak kira-kira 16 batu dari pusat Bandar Sandakan.

“Inilah masanya untuk masyarakat di Gum Gum bersedia menerima kepesatan pembangunan yang akan dibawa ke pekan ini kelak,” tambah Zakaria.

Katanya, jika kawasan Gum Gum pesat membangun maka penduduknya akan memperolehi dan mendapat limpahan sekaligus membawa perubahan kepada tahap ekonomi mereka.

Turut hadir ialah Datin Hajah Raisah Haji Jubar, isteri kepada Zakaria ,pegawai-pegawai dari Yayasan Sabah serta Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Gum Gum termasuk PPMnya Kamal M Said, para pemimpin masyarakat setempat.





Tuesday 27 October 2015

SESI DIALOG DAN CERAMAH AMANAH DAPAT SAMBUTAN



OLEH: SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:  Parti Amanan Negara (AMANAH)  yang diketuai oleh Mohd Sabu yang menjawat-jawatan Presiden telah berkunjung ke daerah Sandakan baru-baru ini.

Setelah berada di Sandakan  satu sesi Dialog dan Ceramah yang  Parti Amanah telah diadakan di Kampung Bokara.;

Turut hadir pada sesi dialog dan ceramah tersebut ialah Haji Hamzah Abdullah  Pengerusi Amanah Sabah Ust Hasauddin Mohd Yunus Naib Presiden dan Adin Ismail Ketua Penerangan PKR Batu Sapi.

Antara agenda utama yang dibincangkan pada sesi dialog dan cemarah tersebut ialah menerangkan tentang perjuangan Parti Amanah kepada rakyat disamping mengatur strategi  parti bagaimana untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU 14 nanti.

Untuk memantabkan perjuangan Amanah perlu mendapat kerjasama bersepadu dengan Pakatan Rakyat  antaranya PKR dan DAP barulah mendapat sokongan kuat daripada pelbagai golongan rakyat di Negara ini.

Sunday 25 October 2015

DUA BERANAK RENTUNG DALAM KEJADIAN KEBAKARAN DI TUARAN



OLEH: THOMAS SINGGIUK

TUARAN:- Kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di pekan Tuaran berhampiran Maktab Ken Tuaran telah menyebabkan dua beranak rentung di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi itu, dua mangsa yang ditemui rentung dikenali sebagai Fauziah, 48 dan anaknya, Habiburahman, 8.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Mohamad Asnan Led berkata, mangsa pertama ditemui pada pukul 3 pagi di bahagian bilik tidur tingkat bawah manakala mangsa kedua ditemui pada pukul 4.24 di depan tandas.
"Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.29 pagi dan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.22 pagi," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi” Katanya kepada media