Thursday 28 May 2015

JIKA ANDA MAHU JADI JUTAWAN SEGERA SERTAILAH TONE EXCEL SEKARANG......ANITA



OLEH:  SHAIMON S JUMADI
FOTO ANITA SALAHDUDIN



BAKAL JADI JUTAWAN SEGERA.... Anita menyertai Tone Excel kehidupannya semakin berubah hidup senang lenang


SANDAKAN:- Promoter Tone Excel Cawangan Sandakan Anita Salahudin@ Honey Nita berkata Majlis  Sesi Dialog bersama Lembaga Pengarah Tone Group yang dilangsungkan dibilik mesyuarat Pejabat Tone Excel Cawangan Sandakan di Bandar Megah malam tadi yang betul-betul memberi menfaat kepada ahli-ahli Tone Excel Group.

INILAH WAJAH-WAJAH Bakal menjadi Jutawan di Sandakan menjelang tahun 2018 kerana Tone Excel

Sesi dialog yang bermula pada jam 8.00 pm dan berkahir jam 12.00 tengah malam telah dihadiri seramai 300 orang sebahagian daripadanya ahli-ahli Tone Excel Group yang datang dari pelbagai tempat.

 “ Usaha Tangga Kejayaan Bersama Tone Excel itulah tema sebenar pada sesi dialog  yang dianjurkan oleh Tone Excel Cawangan Sandakan” Kata Anita.

Kata Anita penglibatan masyarakat terhadap peniagaan Tone Excel di daerah Sandakan ada 6 orang 2 bumiputera dan 4 orang Cina telah bergelar Jutawan Tone Excel  kerana memperoleh keuntungan down line mengisi reload Tone  Excel telah mencecah pendapatan bersih antara RM16.000 hingga  RM20.000 setiap bulan.

“Ini saja caranya untuk membasmi kemiskinan tegar jika masyarakat golongan miskin tegar mahu menjadi kaya raya hidup mewah digelar Kelongmerad maka anda menyertai Tone Excel ini  jika ada mempunyai down line seramai 200 orang anda hanya tinggal duduk nongkrong dan goyang kaki di rumah tetapi income tetap masuk  keakaun anda sahaja” kata Anita.

Tambahnya lagi masyarakat kalau mahu hidup mewah jangan terlalu bergantung dan mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata berapa sen sangat batuan yang dibagi kepada setiap individu melainkan anda berdikari  sendiri dan joint Tone Excel mulai sekarang.

“Insya Allah anda dalam  setahun dua tahun jika anda mempunyai down line seramai 400 orang bukan alang kepelang pendapatan memang lumayan  kamu tengok kehidupan saya berubah lebih jauh sebelum saya menyertai Tone Excel sekarang pendapatan saya memang sukar dihitung “ujarnya.
  
“Kalau anda mahu jadi jutawan segera macam mee segera menjadi ahli Tone Excel  daftarlah sekarang bukannya mahal hanya RM95.00 sudah kena caj GST mahu kah anda hidup senang lenang macam saya   duduk nongkrong  dirumah setiap bulan duit masuk makanya anda jangan sia-siakan masa anda ayuh  joint Tone Excel” tegasnya.



Monday 25 May 2015

HAKIKATNYA BANGSA MURUT TERUS TERPINGGIR DALAM ARUS PERDANA PEMBANGUNAN

· 
DARI HATI KEHATI UNTUK TATAPAN BANGSA MURUT
NURLIYANA ABDULLAH

SAYA bangga sebab dilahirkan sebagai bangsa/suku Murut yang kalau bercakap cukup lembut dan hormat orang tua serta berbudi bahasa luhur hormat tetamu.

Saya juga bangga kerana Antenom merupakan pejuang unggul yang paling berani mementang Inggeris di Rundum hingga mati ditembak oleh inggeris yang mendatangkan polis bantuan dari Sandakan ketika itu.

Saya bangga kerana pejuang lain sebenarnya bukan asal Sabah tetapi dato nenek mereka dari luar.

Mat Salih dari filifina dato neneknya, Albert Kwok yang membunuh 30 Jepun asal Sarawak, Sharif osman dan lain juga sama seperti Pak Musa dan Shahbandar, cuma Kamunta tetapi sedikit menyokong orang asing akhirnya.

Zaman Jepun kita kenal Julius stephen/Bapa Donald Stephen asal sedikit australia, Ambo Ali tidaklah sehebat mana dan demikian juga yang lain dipancung di Petagas.
Kerana itulah saya bangga dengan bangsa saya sendiri itu Murut yang punya Pahlawan bernama Antenom.

Disamping itu, saya juga bangga kerana budaya Murut yang rajin berkerja pada tanah, bertani dan berburu tanpa mengharapkan apa2 dari orang lain dan saya juga bangga bahasa murut itu bahasanya kalau diucapkan cukup lembut dan halus bunyinya banding Cina kalau 3 orang berkumpul dalam lift sama seperti sebuah pasar raya bisingnya.

Orang Murut boleh hidup kalau dibuang dalam hutan di mana-manapun, cuma sekarang ada orang Murut berusaha hidup dipinggir laut pantai tetapi itu tidak menjadi sebab Murut ini sudah biasa tinggal di hutan-hutan belantara  sedikit yang ada sungai.

Di kampung saya memang lebih kurang sama seperti dulu dan sungai masih diharapkan untuk mendapatkan air sebab kerajaan belum mampu menyediakan air paip dan api letrik juga lemah dan tidak cukup tenaganya yang menyebabkan alat2 letrik selalu saja rosak.

Tenom Kemabung, sebenarnya masih banyak yang harus diperbaiki meski sudah merdeka sekitar 50 tahun dan YBnya sendiri gagal berbuat sesuatu untuk menaikkan taraf hidup bangsa murut dan ini cukup menyedihkan.
Meski murut ini seperti diabaikan oleh kerajaan dan tanah tempat mereka bercucuk tanam sejak dan sebelum merdeka dimohon oleh orang politik yang berkuasa dan kesannya dihalau terhalau terpaksa lari ke Sipitang meninggalkan Tenom asal usul mereka. saja YB yang perjuangkan bangsa yang dihalau ini?

Tiap lima tahun  mereka datang ke pondok kami dan merayu sambil kasih beberapa keping zink dan tangki biru, bberas Nasional 10 kg wang tunai antara RM50.00 hingga RM100.00 dan  sambil itu mohon minta diundi dan sesudah menang mereka lari entah ke mana dan sesekali muncul sebentar dan kembali ke kota untuk menghimpun harta agar bernama jutawaan naik mercedes dan King Ninja sambil bergaya berlagak orang kaya dan bangga dipanggil YB.

Akhirnya beginilah, kalau ada perubahanpun hanya sedikit dan tidak seperti bangsa lain yang hebat dan berjawatan tinggi di jabatan kerajaan, sedang Murut meski ada kelulusan hanya layak berkerja di super market gaji cukup makan dan ada kalanya pergi ke malaya berusaha mendapatkan rezeki halal.
Lebih teruk bila dikatakan yang Murut ini mudah kena urut.


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2015 6 CAWANGAN DAP BERJALAN LANCAR

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Mesyuarat  Agung Tahunan 2015  Cawangan-Cawangan  Parti Tindakan Demokratik (DAP telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat DAP Bandar Litat dekat sini kelmarin.

Pengerusi DAP Sandakan Stephen Wong telah mempengerusikan mesyuarat tersebut yang membabitkan 6 cawangan DAP antaranya yang terlibat Cawangan  Singapore Street, Cawangan Batu Sapi,Cawangan Karamunting,Cawangan Bandar Kim Fung,Cawangan Bandar Indah dan Cawangan Pekan Prima.

Dalam ucapan peramian Pengerusi DAP Sandakan Stephen Wong antara lain mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli DAP yang begitu setia terhadap pucuk pimpinan parti.

Katanya lagi kerajaan BN memerintah banyak masalah timbul satu demi satu  kes penculikan  di Sabah semakin menjadi-jadi yang terbaru kes penculikan ialah seorang pemilik Restoran Ocean King dabn seorang pelacung.

Pelaksanaan GST juga membebankan rakyat terutama sekali golongan miskin tegar harga barangan semakin hari kian mahal melambung tinggi termasuk isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kehadiran mereka di Sabah ini banyak kes-kes jenayah yang dilakukan 80 peratus melibatkan PATI.

”Sebagai contoh kes rompakan bersenjata sehingga Pengurus Ladang Sawit Tung Sang ditembak mati, kedua membabitkan warga tempatan dan kes ketiga pemilik ladang sawit di Lahad Datu dibunuh sampai mati.” Ujarnya.






Sunday 24 May 2015

PROGRAM MEMBARA SEMARAK KEJIRANAN HARUS TERUSKAN DEMI PERPADUAN RAKYAT...KATA RAHIMAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI


LINDA TSEN DAN RAHIMAH bergambar dengan Ali Lembaga Tadika Tai Tung

 

BATU SAPI:- Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi Rahimah Asrah berpendapat Program Membara Semarak Kejiranan  dan Hari Keluarga Bersama Datuk Linda Tsen Thau Lin MP Batu Sapi anjuran bersama Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi,Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Batu Sapi dengan kerjasama TADIKA Tai Tung bermenfaat kepada penduduk setempat untuk mewujudkan semangat kejiranan yang perlu dipupuk.

Ini adalah pertama  kali kata  Rahimah program sebegini dianjurkan terutama kasih di kawasan kaum Tiong Hwa khusus di Taman Mawar.

“Ini sejajar dengan kewujudan MPKW di kawasan Parlimen Batu Sapi yang berperanan untuk menjalinkan serta mengeratkan hubungan mesra di kalangan masyarakat majmuk.

“Saya selaku Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi yang juga merangkap Pengerusi MPKW Parlimen P185 Batu Sapi akan memikul tanggungjawab yang berat untuk membantu para kaum wanita khususnhya dikawasan Batu Sapi dalam pelbagai aspek” Ujarnya

Inilah peranan sebenar tugas dan tanggungjawab saya sebagai pemimpin Wanita UMNO dan Pengerusi MPWK Parlimen Batu Sapi untuk mencapai aspirasi dan inspirasi  wanita Batu Sapi dalam membangunkan bidang ekonomi dan lain-lain bidang.


Majlis Program Membara Semarak Kejiranan itu perlu diadakan disetiap kawasan perumahan ataupun kampung kerana melalui program ini pesertanya sendiri adalah penduduk setempat dapat mengenali antara satu sama lain dalam pergaulan semua eknik tidak kira Bumiputera, Cina dan India inilah tujuan MPWK menganjurkan program seumpama ini.

Perjuangan Wanita UMNO adalah merupakan tunjang dan tulang belakang kepada UMNO Bahagian maka wajar untuk membantu bagi meningkatkan perjuangan  dipersada politik tanah  air  kita kena bergerak cergas kearah merealisasikan perjuangan itu untuk sama-sama menggebling tenaga agar sasaran dan matlamat akan dapat dicapai.

Saya amat bersyukur kerana  mendapat dua pemimpin khususnya  di kawasan Batu Sapid an  Sekong iaitu Datuk Linda Tsen Thau Lin sebagai Ahli Parlimen dan Datuk Hj Samsudin Yahya  sebagai Ahi Dewan Undangan Negeri di mana kedua-dua pemimpin ini berjiwa rakyat seiring dan sejalan dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai wakil rakyat di kawasan  Batu Sapi dan Sekong semakin menyerlah

Kata Rahimah program Membara Semarak Kejiranan dan Hari Keluara Bersama Datuk Linda Tsen Thau Lin Ahli Parlimen Batu Sapi sebagai pengisian program tersebut ialah Pertadingan Melukis  Mewarna dan Pertandingan Nyanyian oleh murid-murid Tadika  Tai Tung.

Ketika memberikan ucapan alu-aluan di majlis tersebut Rahimah antara memuji sikap ibubapa kerana mendorong serta menggalakan anak-anak mereka menyertai pertandingan melukis di sinilah mulanya ibubapa untuk memupuk semangat kepada anak-anak diperingkat Tadika lagi supaya rajin belajar.

“Anak-anak adalah sebagai pewaris untuk memimpin Negara dari itu ibubapa harus menggalakan anak-anak mereka terus rajin belajar sehingga mencapai kecemerlangan agar dewasa ini 
jadi bangsa yang berguna kepada masyarakat dan negara” Ujar Rahimah lagi.

Rahimah berkata usaha murni dan peranan para guru-guru Tadika Tai Tung menganjur  program sebegini harus diteruskan dan ibubapa harus menyokong apa juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak Tadika untuk kepentingan anak-anak mereka untuk masa hadapan.

Sementara dalam ucapan perasmian Linda Tsen  antara lain mengucapkan  terima kasih kepada Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi  yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan keluaga (MPKW) Batu Sapi Rahimah Asrah dan pihak Tadika Tai Tung  atas kejayaan menganjur program tersebut.

Kata Linda Tsen kerjasama  seumpama ini tidak hanya pada hari ini  saja ianya harus diteruskan  pada bila-bila masa sahaja demi memupuk kerjasama yang erat dikalangan pemimpin,guru-guru dan juga para ibubapa bagi menjalinkan keharmonian kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.







Saturday 23 May 2015

MP BATU SAPI LINDA TSEN TURUN PADANG JUMPA RAKYAT

OLEH: AZMI AZMAN

 
GAMBAR KELIHATAN…..Linda (5 dari kanan) berjumpa dengan penduduk ketika lawatan beliau ke Kampung Tabah Baru

BATU SAPI:- Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah mengadakan lawatan ke kawasan beliau untuk berjumpa dengan masyarakat setempat.

Turut bersama dalam program lawatan Linda ialah Ketua Pegawai Perhubungan Kong Nyuk Thou serta Ketua Wanita UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah dan Ahli Jawatankuasa beliau.

Di Kampung Tabah Baru, Linda serta rombongan telah dibawa meninjau kemudahan asas yang ada di perkampungan berkenaan oleh Ketua Kampung Ramlin Silah dan para pemimpin kampung yang lain.

Dalam lawatan itu juga, beliau sempat bertemu dengan penduduk kampung untuk mendengar keluhan dan rintihan berhubung masalah yang dihadapi mereka.

Linda juga memberitahu penduduk bahawa beliau akan memberi perhatian kepada pemintaan mereka untuk membinakan sebuah balai raya di kampung itu bagi tujuan antaranya mengadakan aktiviti-aktiviti keramaian penduduk kampung.



PROJEK PELEBARAN JALAN BATU 8 HINGG BATU 16 DITANGGUH LAGI WONG TIDAK PUAS HATI

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BINCANG....MP Sandakan Wong kelihatan sedang berbincang dengan Jurutera Bahagia JKR sejurus selepas buat tinjauan keatas projek tersebut


SANDAKAN:- Projek pelebaran  Jalan Batu 8 hingga ke Batu 16 Jalan Labuk yang sehingga kini belum siap-siap lagi  Ahli Parlimen Sandakan Stephen (DAP)  Wong tidak berpuas hati dengan penangguhan projek tersebut.

Beliau menggesa pihak Jabatan Kerja Raya memantau ketat perkembangan projek, kerana kelewatan persiapan projek tersebut menjejaskan lalu lintas dan ekonomi Sandakan, dan seterusnya mengganggu kehidupan masyarakat.

Beliau meninjau ke lokasi berkenaan  baru-baru ini, setelah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai kelewatan projek pelebaran jalan raya tersebut. Beliau juga berjumpa dengan jurutera JKR Andrew, untuk menyampaikan aduan dan ketidakpuasan hati beliau.

Wong berkata, tong yang terletak di bulatan Batu 9, melarang pemandu menggunakan bulatan tersebut, pemandu hanya boleh memutar balik ke arah bandar dari bulatan Sungai Padang Batu 11, ini menimbulkan masalah lalu lintas yang serius. Beliau menggesa pihak JKR mengatasi masalah tersebut, dan kemudiannya dimaklumkan bahawa penutupan bulatan tersebut adalah bersifat sementara sahaja. 

Beliau berkata, yang paling tidak memuaskan ialah, projek pelebaran jalan raya batu 8 hingga 16 Jalan Labuk masih belum siap sejak April 2012 hingga April tahun ini (2015). Jumlah panjang jalan raya adalah 8km dan menelan kos sebanyak 105 juta ringgit, secara puratanya kos pembinaan lebih daripada sepuluh juta ringgit bagi setiap kilometer, apa sebabnya penangguhan berkali-kali sehingga kini masih belum disiapkan?

Tambah beliau, selain daripada kos pembinaan sebanyak 105 juta ringgit bagi projek pelebaran jalan raya tersebut, terdapat 11 juta ringgit peruntukan tambahan untuk kerja-kerja pemindahan tiang elektrik, kabel, paip air dan lain-lain. Pada awalnya, dijangka siap pada bulan April 2012, selepas itu ditangguhkan ke bulan Oktober 2013, masih tidak dapat siap. Pada kali ketiga, dilanjutkan ke bulan April 2015, dan dijamin pasti dapat siap dalam jangka masa tersebut, tetapi kini bulan Mei 2015, jalan tersebut masih belum lengkap, dan dipercayai memerlukan sekurang-kurang 6 bulan lagi untuk disiapkan.

Wong berasa kecewa dan tidak faham mengapa projek pelebaran jalan 8 km itu begitu sukar untuk disiapkan.

Beliau berkata, sebelum ini penangguhan adalah disebabkan pemindahan tiang elektrik, kabel dan paip air. Walaupun terdapat peruntukan tambahan sebanyak 11 juta ringgit untuk tujuan pemindahan, tetapi kini masih terdapat banyak tiang elektrik yang belum dipindah, jangan-jangan wang telah habis dibelanja, tetapi kerja belum lagi dijalankan.

Beliau pernah menghantar surat kepada JKR pada bulan November tahun lalu, untuk menggesa pihak berkenaan menyediakan jalan sementara semasa projek dijalankan, untuk memastikan aliran lalu lintas lancar. Semasa peninjauan, didapati masih terdapat sebahagian jalan yang tidak rata, menjejaskan lalu lintas.

Selain itu, beliau juga bimbang dengan projek pelebaran jalan Batu 16-32. Beliau berkata, projek tersebut adalah dalam Rancangan Malaysia Ke-9, tetapi sehingga kini menjelang Rancangan Malaysia 11, ia masih belum selesai, ini adalah tidak adil kepada orang Sandakan.



GOLONGAN MISKIN RAKYAT MALAYSIA TERTEKAN DAN FOBIA GARA-GARA GST BARANG MAHAL....WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKLAN:- Gara-gara kerajaan melaksanakan  Perkhidmatan Cukai Barangan (GST maka dengan itu harga barang-barang keperluan harian naik melambung tinggi ramai golongan wanita khususnya suri rumahyang meneaga keluarga rasa tertekan.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong berkata tindakan Kerajaan menaikkan harga barang, menyebabkan pasaran merosot dan keupayaan membeli lemah, ini juga merupakan kesan GST yang bermula sejak 1 April.

Wong berkata demikian semasa berucap di Majlis Sambutan Hari Ibubapa anjuran Wanita DAP Sandakan. Beliau membidas kerajaan BN tidak mempedulikan bantahan rakyat terhadap pelaksanaan GST.

Wong berkata, semasa kerajaan BN mencadangkan pelaksanaan GST 6%,  Pakatan Rakyat membantah, tetapi ahli parlimen BN ada yang tidak faham, dan ada yang faham tetapi menipu rakyat bahawa GST baik untuk rakyat.

Beliau bertambah, parti pembangkang membantah pelaksanaan GST di dalam persidangan parlimen, tetapi bilangan ahli parlimen parti pembangkang  tidak seramai BN, akhirnya cadangan GST diluluskan.

Kata beliau, yang paling lucu ialah sebelum pelaksanaan GST, pemimpin BN menyokong penuh terhadapnya, tetapi selepas pelaksanaan, pemimpin-pemimpin BN barulah sedar akan kesan 
GST yang menyebabkan harga barang melambung tinggi, dan menunjukkan GST tidak baik untuk rakyat, menerima rawatan di hospital swasta pun dikenakan GST.

Wong berkata, baru-baru ini terdapat sebuah kedai roti di Semanjung didakwa di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, kerana menaikkan harga dan untung 1 sen, lalu didenda 110 ribu ringgit, tetapi kenaikan harga oleh syarikat kroni kerajaan BN pula tidak diambil tindakan, ini menunjukkan kerajaan BN tidak adil.

Beliau berkata, baru-baru ini tarif air juga melambung tinggi, tarif minimum ialah RM4, sektor perniagaan minimum RM22.50, sektor perindustrian pula minimum RM70. Dulu kadar seunit ialah 90 sen, kini dinaikkan sehingga RM1.60. Dipercayai banyak barang juga akan dinaikkan harga selepas ini. Beliau ibaratkan “menyokong GST adalah seperti menyokong kerajaan BN membazirkan cukai yang dibayar rakyat”, contohnya RM42.1 billion pada 1MDB.  

Wong berkata, rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerajaan BN, serta penindasan terhadap Sabah, telah menimbul ketidakpuasan hati rakyat. Ramai pemimpin di Sabah bukan sahaja tidak membantu orang Sabah, malah berpihak kepada kerajaan BN, mengkhianati kepentingan dan hak rakyat, contohnya Dasar Kabotaj yang menyebabkan rakyat Sabah terpaksa menghadapi harga barang 30% hingga 40% lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung.

Beliau bertanya kepada kerajaan BN, mengapakah Sabah sahaja yang menghadapi harga barang tinggi? Kerajaan BN juga membenarkan pengutipan  caj penyambungan elektrik sebanyak RM3300 di Sabah, dimana Semenanjung hanya dikenakan RM250. Malangnya tiada seorang pemimpin BN di Sabah yang berani menyuarakan isu-isu ini bagi pihak rakyat.

Selain harga barang tinggi, tahap keselamatan Sabah juga bertambah bahaya, pengganas berani menculik orang di darat. 

Apakah pandangan kerajaan BN dan bagaimanakah kerajaan berhadapan dengan rakyat?  Pilihan raya umum bakal datang, diharapkan rakyat Sabah sedar apa yang perlu dilakukan, dan bersiap sedia seawal yang mungkin, menolak kerajaan yang tidak bertanggungjawab.

ULASAN KENYATAAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN DATUK HASSAN MALIK

Sebagai mengulas kenyataan menteri berkenaan banyak pembohongan daripada kebenaran kata beliau (Hasan Malik) GST menguntungkan semua rakyat di Negara ini kita tidak nampak di mana keuntungan sama rakyat sehingga sesetangah rakyat di Negara ini terutama sekali golongan miskin jadi fobia kerana tidak mempu menanggung keluarga yang ramai disebakan harga barangan terlalu mahal jika dibandingkan sebelum GST.

Berikut kenyataan Hasan Malik
Rakyat mula sedar GST menguntungkan

May 20, 2015
Kesimpulan itu berdasarkan jumlah aduan kenaikkan harga barangan dan penipuan yang semakin menunjukkan penurunan
KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini sudah mula sedar bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap barangan tertentu tidak membebankan.

HASSAN MALIK....GST memang menguntungkan rakyat termasuk golongan miskin


KUALA LUMPUR:- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hassan Maek berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan jumlah aduan kenaikkan harga barangan dan penipuan yang semakin menunjukkan penurunan.
“Saya lihat rekod kita menunjukkan aduan semakin menurun. Persepsi saya ialah rakyat sudah mula memahami bahawa GST ini sebenarnya bukan menyusahkan sesiapa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Buku ‘Coffee Table’ Hasan Malek ‘Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat’ di Gloria Jeans Coffee, Menara PNS, Bangsar South City pada Rabu.
Hasan berkata, penerimaan rakyat jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan cukai kepenggunaan iaitu GST sebenarnya menguntungkan rakyat.
“GST ini menguntungkan rakyat,” katanya.
Jelasnya, penilaian aduan yang dibuat pihak KPDNKK menerus pelbagai kaedah, seperti, easy adu, e-aduan, mykira, malalui telefon serta pusat anti percatutan.
“Semua kemudahan yang kita sediakan itu, mencatatkan penurunan, kamu semua boleh semak statistik di pejabat KPDNKK,” katanya. POSTED BY FREE MALAYSIA TODAY (FMT)


Friday 22 May 2015

PEMILIK KILANG SAWIT CEMARKAN SUNGAI SEGALIUD BANYAK IKAN-IKAN MATI KERACUNAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

TERNAKAN IKAN SANGKAR MATI...akibat pemilik kilang sawit berhampiran membuat sisa-sisa kumbahan air bertoksik ke dalam sungai.


SEGALIUD:- Tindakan para pemilik kilang sawit  di Segaliud yang membuang air kumbahan bertoksik  terus mengalir kedalam sungai berhampiran telah mengakibatkan sepsis habitab seperti ikan udang banyak yang  mati disebabkan air sungai  tercemar.

Para penternak ikan sangkar di dalam sungai itu sebagai sumber pendapat harian mengalami kerugian besar kerana tidak dapat menjual ikan dipasaran kerana semua ikan didalam sangkar itu semuanya mati keracunan disebabkan terkena sisa-sisa buangan toksid  kedalam sungai yang dimaksudkan.

Kata penduduk yang namanya tidak mahu disebut meminta jasa baik Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya agar dapat datang kelokasi dimana pemcemaran ini berlaku sambil membawa para pegawai Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar.

“Kami selaku nalayan kecil dikampung Segaliud ini hanya bergantung nasib   terhadap  menternak ikan sangkar sebagai sumber rezeki mata pencarian kami untuk menyara kehidupan keluarga kami.

“Jadi kalau semua ternakan  kami mati di mana lagi kami mencari sumber untuk pendapatan  harian kami disebabkan pemilik kilang sawit tidak bertanggungjawab  dengan sewenang-wenangnya membuang sisa-sisa toksik dan air kumbahan yang beracun kedalam sungai ini.” Jelas penduduk itu lagi


FAUZIAH, ADLIN AMAN RAMLI DAN HATTAN MULUT BECOK JADI JURI BINTANG MENCARI BINTANG

PANDANGAN DARI KACA PENONTON
RANCANGAN BINTANG MENCARI BINTANG TV3

JURI MULUT BECOK... Uji Ahmad Daud Juri mulut becok-celupar tidak menunjukkan seorang juri profesional.


RAMAI penonton TV3 rancangan Bintang Mencari Bintang  amat membosankan bila mana penerbit rancangan tersebut mengemukakan JurI  yang sentiasa mulut becok (celupar) kalau memberikan komen  kebanyakkanya negatif  sering menjatuhkan maruah para peserta yang bertanding.





LELAKI..Hattan .Mulut becok bila mengandali sesuatu pertandingan macam orang hilang akal



Jarang sekali kita sebagai penontong mendengar juri ini  memberi komen yang positif memberikan semangat yang bergobar-gobar agar peserta tadi rasa senang  hati dan gembira untuk meneruskan mengikuti pertandingan Bintang Mencari Bintang.



GANJIL kalau lelaki mulut celupar seperti Adlin Aman Ramli





Orang yang dimaksudkan itu ialah tidak lain tidak bukan Fauziah @ Uji Ahmad Daud benar-benar membosankan kerana mulutnya terlalu becok-celupar kalau mengatakan orang tidak pernah berfikir kedua tiga kali sembarangan saja ngomong sama ada orang itu tersinggung atau  sebaliknya.


 TIGA ORANG JURI Juara Pujaan Ziana Julie dan Ramli mendapat tempat di hati peminatnya  contoh terbaik.

Kenapa TV3 dan penerbit rancangan Bintang Mencari Bintang tidak   mencari orang yang benar-benar layak menjurikan rancangan itu carilah orang yang memang  berwatakan jenaka seperti Jihan, Lucy Chong Tan Ting A,R Badul atau pelawak Sepa mereka adalah tergolong daripada lawak jenaka.

Mengambil orang dijadikan juri tidak kena pada tempatnya apa saja rancangan kalau Uji Ahmad Daud yang menjadi  juri semua orang meluat bila melihatnya  gaya caranya yang berunsur kurang ajar suka mencaci menghina orang mencerca, mencelah inilah hakikat sebenarnya peranan yang dipraktikan oleh Fauziah Ahmad Daut.

Bertaubatlah Uji Ahmad Daud jaga sikit mulut itu mentang-mentang pelakon glamour konon berlagak kalau bercakap tidak berfikir dahulu sama ada percakapannya itu disenangi peserta dan juga para penonton.

Kalau lelakinya pula mulul  celupar becok ialah Datuk Hattan dan Adlin Aman Ramli  pun mereka dua kali lama dengan Uji Ahmad Daud  memang cocok kalau mereka jadi suami isteri sama-sama mulut becok suka ngomong sembarang kalau menjurikan sesuatu program sama ada bentuk pertandingan Nyanyian atau lawak jenaka betul-betul menjengkelkan hati penonton dan juga para peserta itu sendiri.

Sebagai juri dianggap professional  kalau memberi komen seharusnya menggunakan bahasa yang baik berbudi bahasa contoh  terbaik seperti  Datuk Ramli MS  dan juga  seperti penyanyi Julie Adzlizan dan Ziana Zain  sebagai juri Juara Pujaan orang suka mendengarnya malahan ramai yang salute dengan  mereka


Sekirinya penerbit program Bintang Mencari Bintang terbaca atikel ini fikir-fikrlah kalau mengambil atau melantik orang sebagai juri apa saja pertandingan tajaan TV3 tolonglah jangan ambil orang-orang yang disebut sebagai mulut becok-celupar itu bikin menjatuhkan imej TV3 sahaja  di mata para penonton diseluruh Negara.