Sunday 17 May 2015

KEADAAN SABAH KHUSUSNYA SANDAKAN SUDAH TIDAK SELAMAT MANA ESSCOM....DAKWA WONG

OLEH SHAIMON S JUMADI


INI BANGSA PALING KEJAM daripada rejim Israel kalau mahu bunuh manusia macam bunuh binatang tiada titik tolak ansur  rasa kesian atau rasa berdosa 
SANDAKAN:- Kejadian penculikkan malam tadi yang membabitkan dua warga tempatan seorang lelaki dan perempuan yang berlaku di restoran Ocean King Pasir Putih dekat sini  oleh sekumpulan penculik Abusayyap bersenjata api M16 telah menjadi tanda tanya kepada masyarakat setempat.
 
Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong yang turut berada ditempat kejadian semalam setelah menerima panggilan bertanya macam mana penceroboh atau penculik empat orang yang bersenjata api M16 itu boleh masuk ke kawasan perairan Sandakan sedangkan kawalan ketat oleh ESSCOM dipintu masuk lautan Pulau Nunuyan dan Pulau Berhala Laut dipenuhi oleh kawalan rapi oleh Polis Maritim, Navy dan Tentera.
 
“Saya mahu tanya sama ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman sebagai Pengerusi Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri Sabah yang bertangungjawab sepenuhnya  dalam menjaga keamanan di seluruh Sabah kenapa nampaknya sekarang ini kes penculikkan dan rompakan bersenjata semakin hari kian meruncingkan kenapa pihak ESSCOM yang telah diperuntukan RM600 juta buat kerja macam acuh tak acuh saja” Ujar Wong.

Wong berkata lagi seandainya pihak ESSCOM yang telah ditugaskan menjaga keselamatan diperairan Sabah dari Sandakan sehingga kawasan Ezzone ke Kudat masih tidak cukup terkawal masih  banyak kes-kes samun penculikan yang sukar dibendung.


Selanjutnya Wong menegaskan sebagai Ketua Menteri Sabah bukan sahaja harus  bertanggungjawab beliau, tetapi juga ikhlas mencari penyelesaian untuk menambahbaik keselamatan negeri kita.

Wong juga ingin mengingatkan Musa Aman bahawa kes jenayah telah meningkat dan bertambah serius baru-baru ini, sebagai contohnya, beberapa kes pembunuhan yang dasyat berlaku di Sukau pada bulan April dua kejadian di Ladang Tung Sang  dan satu kes lagi di Ladang Malanking dan kes Ketiga di Ladang Sawit di Lahad Datu.
 
Rakyat sekarang sudah marah tambah Wong kenapa dalam kawasan Bandar begitu mudah pengganas dari lautan sulu  bolos memasuki perairan Sandakan dengan sewenang-senangnya di mana ESSCOM yang mengadakan perintah berkurung (Curfew) dilautan sejauh 50 batu nautika dari daratan. Ini telah menunjukkan keselamatan Sabah telah semakin serius dan ini adalah amat membimbangkan.

 Beliau juga menambah kata  jika sekarang darat utama Bandar Sandakan boleh dicerobohi dengan begitu senang, maka keselamtan tempat lain di Sabah juga tergugat dan rakyat berasa khuatir.

Wong berkata, Musa Aman sebagai pemimpin berasal dari Sandakan harus mendesak kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah ini bekalkan tentera sebanyak manapun  kera mereka  seperti Polis, Maritim, Tentera dan Navy buat serbuan disemua pulau yang ada diperairan Sandakan kerana dipercayai penculik-penculik itu masih berada dipulau-pulau berhampiran bersembunyi

“Nampaknya rakyat di Sabah  sekarang dari segi keselamatan mereka  terang-terang sudah tidak terjamin dan  para pemimpin Barisan Nasional (BN) sering melaung-laungkan kononnya  Sabah kini dalam keadaan selamat apa yang selamat cakap tak serupa bikin indah khabar dari rupa” tegas Wong lagi.

“Para pemimpin Barisan Nasional (BN) diperingkat Persekutuan sering melaung-laungkan seperti kata Datuk Shahidan Kassim Menteri di Jabatan Perdana Menteri bukan main lagi suara lantang bahawa di Sabah semuanya dalam keadaan selamat rakyat tak perlu takut.

Sekarang sudah terbukti bahawa Sabah adalah selamat dalam bulan April kes rompak bersenjata tiga kali berlaku dua mengorbankan  nyawa  melayang dan satu kes lagi separuh mati dalam bulan Mei kes penculikan melarikan dua orang warga tempatan seorang lelaki dan seorang perempuan di katakan Sabah selamat” Tanya Wong lagi


Wong berkata lagi menghairankan kononnya kawalan ketak oleh ESSCOM tapi ramai PATI masih menjual telur penyu dan rokok seludup berseluasa di Bandar dan di Batu 8 Jalan Labuk tiada tangkapan buat oleh pihak polis  atau pihak Kastam inilah menjadi satu teka teki yang main di kepala otak masyarakat Sandakan anggota ESSCOM bukan main ramai lagi  berkeliaran di Bandar hingga memakai topeng tetapi masih ramai juga PATI berkeliaran  macam tak takut pula sama pihak keselamatan.

No comments:

Post a Comment