Friday, 22 May 2015

PEMILIK KILANG SAWIT CEMARKAN SUNGAI SEGALIUD BANYAK IKAN-IKAN MATI KERACUNAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

TERNAKAN IKAN SANGKAR MATI...akibat pemilik kilang sawit berhampiran membuat sisa-sisa kumbahan air bertoksik ke dalam sungai.


SEGALIUD:- Tindakan para pemilik kilang sawit  di Segaliud yang membuang air kumbahan bertoksik  terus mengalir kedalam sungai berhampiran telah mengakibatkan sepsis habitab seperti ikan udang banyak yang  mati disebabkan air sungai  tercemar.

Para penternak ikan sangkar di dalam sungai itu sebagai sumber pendapat harian mengalami kerugian besar kerana tidak dapat menjual ikan dipasaran kerana semua ikan didalam sangkar itu semuanya mati keracunan disebabkan terkena sisa-sisa buangan toksid  kedalam sungai yang dimaksudkan.

Kata penduduk yang namanya tidak mahu disebut meminta jasa baik Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya agar dapat datang kelokasi dimana pemcemaran ini berlaku sambil membawa para pegawai Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar.

“Kami selaku nalayan kecil dikampung Segaliud ini hanya bergantung nasib   terhadap  menternak ikan sangkar sebagai sumber rezeki mata pencarian kami untuk menyara kehidupan keluarga kami.

“Jadi kalau semua ternakan  kami mati di mana lagi kami mencari sumber untuk pendapatan  harian kami disebabkan pemilik kilang sawit tidak bertanggungjawab  dengan sewenang-wenangnya membuang sisa-sisa toksik dan air kumbahan yang beracun kedalam sungai ini.” Jelas penduduk itu lagi


No comments:

Post a Comment