Saturday, 13 December 2014

PASAR LAMA DAERAH SANDAKAN MERUPAKAN KHAZANAH WARISAN .....LENYAP BEGITU SAJA

SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
 













KERAKUSAN pihak tertentu untuk kepentingan diri sendiri sehingga menyebabkan bangunan Pasar Umum di daerah Sandakan yang merupakan khazanah warisan diroboh begitu saja.

Seharusnya bangunan ini dikekalkan sehingga hari ini kalaupun pihak tertentu hendak menambahkan bangunan yang lain seperti yang ada sekarang ini akan tetapi bangunan Pasar Umum lama janganlah diroboh dikekalkan.

Alang kah baiknya bangunan pasar lama  itu dinaik taraf  dijadikan pasar seni sebagai  pusat perniagaan barang-barang antik atau produk-produk diperbuat daripada anyaman atau  buluh dan rotan.


Dengan adanya pasar seni bagi menempatkan jualan produk-produk tempatan itu  sudah tentu  ini satu tarikan kepada para pelancong luar dan dalam untuk berkunjung dipasar itu.


Pasar Umum lama itu banyak membawa kenangan manis kepada masyarakat setempat khusus anak watan Sandakan  kerana bermacam-macam jenis perniagaan yang ada didalam pasar itu, selain tempat menjual sayur-sayuran,buah-buahan ikan masin itu  di bahagian bawah manakala disebelah atasnya tempat menjual pakaian,barang-barang runcit dan gerai makan minum.

Sepatutnya pihak yang berkenaan sebelum  merobohkan bangunan pasar umum itu terlebih  dahulu minta pandangan daripada orang-orang tertentu yang tahu tentang sejarah pembinaan pasar itu kerana bangunan pasar lama itu  boleh dijadikan khazanah dan warisan  turun-menurun hingga ke cucu cicit.

Dalam beberapa buah bangunan lama yang masih kekal sekarang selain bangunan pejabat Pos, masjid jamek dan bangunan Mahkamah Tinggi ini  khabarnya tak lama lagi akan diroboh.

Yang paling ketara sekali Masjid Jamek  nyaris-nyaris diroboh ini mengenai   status tanahnya pula  mujurlah ada beberapa hamba Allah yang berani menentang untuk mempertahankan  kedudukan masjid yang berusia lebih 100 tahun itu kalau tidak musnah juga seperti pasar lama.

 
Sayang sekali bangunan Pasar lama diroboh  bagi generasi baru kelahiran pada 2003 sudah pasti  tidak dapat melihat bangunan khazanah itu mereka boleh melihat daripada gambar sahaja apapun fenomena itu sudah berlaku “nasi sudah menjadi bubur” POSTED BY THE SABAH INSIDER.net





2 comments:

  1. Tringat masa kecil2...paling best jalan2 dekat pasar payung-payung(siapa ingat?) tapi masa cepat berlalu..sayang seribu kali sayang...
    Bangunan mahkamah tinggi tu...cuba di sebagai tarikan pelancong...jangan dirobohkan...jangan dihapuskan semua warisan yg ada di sandakan...boleh di jadikan muzium juga...

    ReplyDelete
  2. Dimana saya boleh dapat orang sumber yang boleh ceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah pasar lama sandakan ini?

    ReplyDelete