Tuesday, 9 December 2014

AHLI UMNO DAN AHLI KOMPONEN BN HARUS BERSATU BERGANDING BAHU......AMPONG

OLEH:  AZMI AZMAN
FOTO: APEK ANSUKOI

 
SANDAKAN:- Ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) disaran akan sentiasa berganding bahu untuk memikul tanggungjawab masing-masing dalam mempertahakan perjuangan parti BN yang menjadi tunggak dan nadi pemerintahan negara sekarang.


Dengan adanya gadingan mantab dan kerjasama yang intim sesame  ahli komponen BN sudah semestinya jentera BN khususnya di daerah Sandakan dapat menawan semula kerusi BN yang jatuh kepada pembangkang pada PRU 13 lalu.


Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Puyon membuat saranan itu  demikian ketika berucap merasmikan Majlis Program Membara Jasamu Dikenang 2014 anjuran bersama UMNO Bahagian Sandakan dan JASA Sandakan.
  
“Kekalahan calon BN pada PRU13 lalu ini adalah disebabkan permainan kotor  orang dalam sendiri yang mahu menghancurkan calon BN kecundang  dan sebaliknya memberi ruang kepada calon pembangkang untuk meraikan kemenangan untuk kerusi Parlimen Sandakan” ujarnya.


“Jadi kekalahan itu ia boleh dijadikan satu ikhtibar kepada semua penyokong dan pengundi BN agar fenomena sebegini tidak akan berulang lagi pada masa PRU14 nanti apa yang penting ahli-ahli komponen BN seperti UMNO,LDP, UPKO, PBRS, MCA,MIC dan Gerakan harus berganding bahu untuk menentukan calon BN tidak kecundang sebaliknya meraikan kemenangan yang besar” Katanya.

Tambahnya ahli-ahli diperingkat semua cawangan sama ada Putri, Pemuda dan Wanita UMNO harus bergerak turun padang untuk mencari ahli baru UMNO di samping itu mereka harus membuka kaunter bagi  mengadakan program daftar pemilih baru. 

Sambil itu Ampong berterima kasih kepada ahli-ahli komponen BN iaitu LDP kerana setiap UMNO mengadakan apa saja program mereka telah menghantar beberapa orang  ahlinya untuk hadir sama.

Dalam pada itu  sermai lebih 40 orang ahli UMNO yang telah berjuang sama-sama dengan  UMNO mula UMNO ditubuhkan di Sabah mereka masing-masing menerima hamper daripada Ketua Bahagian itu  sebagai menghargai perjuangan mereka.

Turut hadir  pada majlis itu Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan, Noraini Sulong, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Fakarundin Tan Sri Ampong, Ketua Putri Bahagian UMNO Sandakan Siti Aibah Majid dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Elopura Mohd Abdul Hamid Hj Utung


No comments:

Post a Comment