Monday, 15 December 2014

PUNCA KEKURANGAN TONG/BOTOL GAS SUKAR UNTUK MENJUAL DAPUR GAS BARU KEPADA PENGGUNA


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sejak kekurangan botol/tong gas sama ada  jenama Petronas mahupun Shell  dipasaran kini amat dirasai oleh pengguna setempat.

Di daerah Sandakan  lebih 20 kedai menjual tong  gas berisi antaranya kedai Syarikat Welcome,  Chung Min Hing dan termasuk  beberapa buah kedai lagi lainnya tapi mereka tidak menjual tong gas yang berisi kepada pelanggan mereka hanya  menjual tong gas itu untuk gatian  refill sahaja (isi semula)

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai punca kekurangan tong gas shell atau  petronas  ini  adalah disebabkan tong-tong gas berkenaan kebanyakannya  dijual di negara jiran iaitu Filipina dengan harga satu tong gas kosong mencecah RM200.00 yang tong berisi pula mereka jual harga RM300.00

Kata sumber itu pelanggan masih boleh dapat tong gas kosong dengan sekali hos dan kepalanya dikedai India tetapi mereka jual setong harga RM350.00 harga itulah  yang telah ditawarkan kepada pelanggan yang berminat untuk membeli tong gas kosong.


Dalam  tinjauan  wartawan kami dikeberapa primes menjual dapor gas rata-rata peniaga itu menjelas mereka agar sukar untuk menjual dapor gas baru  sejak kekurangan tong gas yang ada dipasaran sekarang.

1 comment:


  1. Ya diakui Kedai Keling di simpang Taman Megah memang menjual tong gas berisi dengan harga mahal RM320 setong. Manakala Tong refill RM30 setong. Top up pun nak pau juga RM0.50 satu. Cekik darah... Kedai pun banyak tikus berkeliaran. Bagaimana boleh berlaku begini. KPDNHEP tolong buat lawatan dengan penyamaran. Kasihan rakyat Sabah...

    ReplyDelete