Monday, 1 December 2014

MPS BERI KEMUDAHAN UNTUK PATI BERJAJA SECARA HARAM


OLEH: SHAIMON S JUMADI
 
SANDAKAN:-  Kegagalan  pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) membuat pemantauan terhadap para penjaja asing yang berjaja secara haram di Terminal Bas telah dipertikaikan oleh masyarakat setempat.

Kita tidak tahu  sama ada mereka diberikan lesen penjaja ataupun dikenakan bayaran oleh pihak MPS terhadap para penjaja asing yang kian hari kian bertambah bilang penjaja di terminal itu.

Pada mulanya mereka menjual buah-buahan dan sayur-sayuran  sahaja kini muncul lagi penjaja haram telah menjual ikan.

Sebenarnya pihak MPS tidak berlaku adil kalau orang tempatan menjual dikawasan larangan sudah semestinya barang-barang niaga mereka dirampas dan dikenakan kompauan tetapi kalau PATI menjual di mana-mana saja tempat mereka enggan diambil tindakan  sehingga fenomena ini menjadi isu hangat dikalangan penduduk tempat



Kalau tempat itu jadi kawasan larangan sepatutnya pihak MPS membuat papan tanda amaran letakkan diterminal  berkenan nyatakan “Amaran Sesiapa Sahaja Tidak Boleh Berniaga Di Tempat Ini Mereka Akan Di Denda” apabila mereka terlihat adanya papan tanda amaran itu sudah semestinya mereka tidak berani berniaga ini saja jalan terbaik.

Dalam tinjauan Wartawan kami ke terminal tersebut memang nyata ramai para penjaja asing berjaja bermacam-macam jenis barang dijual disitu.





No comments:

Post a Comment