Monday 15 December 2014

Tokoh Perfileman Negara, Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia



OLEH: SUHAILI SUHAIMI


PETALING JAYA:-Seniman legenda perfileman Melayu, Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia pada Isnin pagi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Allahyarham yang berusia 79 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.40 pagi selepas menghidap masalah paru-paru atau dipanggil ‘Massive Phumonea’.

Pada 25 Novermber yang lalu Allahyarham telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Dilahirkan pada 1 Januari 1935, Allahyarham cukup terkenal menerusi filem-filem Melayu era Studio Jalan Ampas dan Cathay Keris. Antara filem Melayu terkenal lakonan Allahyarham ialah Sumpah Pontianak, Bawang Putih Bawang Merah, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Yatim Mustapha dan Matinya Seorang Patriot.

Allahyarham pernah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarhamah Seniwati Roseyatimah atau nama sebenarnya Rosnah Jasni pada tahun 1967. Seniwati Roseyatimah pergi meninggalkan Allahyarham terlebih dahulu pada tahun 1987 akihat penyakit barah.

Allahyarham Datuk Mustapha Maarof meninggalkan dua orang anak iaitu Azlynna, 44, dan Mohamad Rezainuddin, 39. Jenazah akan dimandikan di Sentul dan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Jalan Ampang.
Al-Fatihah.


No comments:

Post a Comment