FRIDAY,
December 19, 2014
BY STAFF BERITA
SEMASA
Aduan Rakyat Bekas
Pensyarah : Kolej Swasta di Federal Highway Hisap PTPTN Pelajar & Jual
Sijil!Kepada kerajaan Malaysia umumnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia
tercari-cari salah satu punca berlaku lambakan kalangan anak muda yang
mengangur di Malaysia?
Di sini ada
jawapannya. Skim PTPTN telah membuka peluang dan ruang golongan kepada
kapitalis yang tercari-cari peluang untuk menambah kekayaan walaupun dengan
secara yang tidak betul apabila menjadikan kalangan anak muda yang tercicir
untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terutamnya ke IPTA
secagai sasaran mereka.
Sedih Berita
Semasa melihat situasi dan nasib mereka apabila kolej-kolej swasta yang tumbuh
bagaikan cendawan hanya mahu mengaut keuntungan semata mata tanpa memikitkan
kualiti para graduan mereka. Jikalau anak-anak anda masuk sekalipun ke Kolej
Profesional mara jauh lebih baik daripada kebanyakan kolej swasta yang ada di
Malaysia sekarang ini seperti _______, ___________, dan banyak lagi sebenarnya
yang “hisap darah pelajar”. Bersama-sama ini, Berita Semasa dedahkan aduan
rakyat melibatkan bekas pensyarah kolej tersebut yang tampil membongkar apa
sebenarnya yang berlaku di kolej tersebut :
Aduan Rakyat Bekas
Pensyarah Kolej Swasta
Salam semua… Saya
tak tahu nk mengadu dekat siapa pasal masalah yang saya dan ade beberapa rakan
sekerja saya. Untuk tidak mengelirukan semua pihak, saya akan cerita dari A
sampai Z++ mengenai kepincangan college yang paling bermasalah.
Lokasi Kolej
Untuk tak
mengaibkan semua orang, saya rahsiakan nama kolej tersebut (walaupun dalam hati
ni menangis nak bgatu). Cukup la kalau saya kata lokasinya betul-betul tepi
highway persekutuan kuala Lumpur (Federal Highway).
Masalah
Saya diambil
bekerja sebagai pensyarah. Jadi saya pun gembiralah. Niat nak mendidik anak
bangsa. Bila saya masuk dalam tu baru saya tau betapa busuknya perangai
memasing bermula dari perangai Datin (owner) kolej tu sehingga perangai
management seterusnye kepada perangai lecturer lain yang buruk hati/phd.
Memanglah tak
semua perangai macam tu, tapi kalau anda masuk dalam tu. Sebab seminggu sahaja
saya berada di sana saya dapat lihat perangai seorang-seorang. Baru saya tahu,
kenapa saya diambil bekerja disana. Tak lebih untuk mendapatkan MQA
(akreditasi) kolej. Kalau sesiapa yang tak paham, maksudnye, kalau course itu
tak dapat akreditasi, student yang sudah habis belajar tidak boleh graduate lah
senang cerita.
Saya skipkan
dahulu cerita busuk hati dean/head tu, sebab saya malas nk pepanjang cerita.
Kalau buat slot Akasia sure konfem saya femes jadi watak yang dihina/budak
suruhan.
Masalah HR
HR dekat kolej ni
sumpah paling tak bertamadun, suka suka dia sahaja tukar SOP. Kalau anda hendak
tahu, SOP akan berubah IKUT suka hati. Tetapi ini semua hasil ehsan DATIN
tersebut. Kalau dalam kepala otak dia, dia nak tukar cuti… secara automatik,
semua akan dapat emel perubahan SOP.
Sebab masa
mula-mula saya masuk, saya under kontrak, kalau kami mahu berhenti, cukup bagi
sebulan notis sahaja. TUp Tup dalam 2 minggu macam tu, datang orang HR suruh
sign sahaja surat tanpa tunjuk dulu ape surat tu.. Then baru dia kasi salinan..
bile baca balik salinan, surat tu mengatakan tempoh resignation sudah berubah…
‘under contract, nak berhenti kena kasi 2 bulan notis’….
Saya sudah rasa
pelik, tetapi saya terpaksa ikut je la. Dah sign dah pun.
Bebanan Kerja
Setahu saya, semua
lecturer tidak dibenarkan untuk mengambil lebih dari 4 subject. Ini pun saya
baru tau (sebab saya tak pernah masuk education line). Waktu saya dekat kolej
tu. Saya mengajar 8 subject. Best tak.
Dengan masa nak
makan nya, dengan nak solatnye. Memang terkejar2. Management tutup mate je sebb
pada die, semua orang banyak keje.. Bukan setakat itu je, kami lecturer kena
cari sendiri material nak mengajar/ kena photostat yang jauh/kena mengadap
student yang rata-rata dari kalangan pendidikan yang rendah.
Diberhentikan
Kerja
Part ni paling
sedihhhh……..tragikkk….paling rasa nak bakar kolej swasta itu. Saya diberhentikan
ngam-ngam selepas MQA. Gila!!!!! Sangat GILA TAK ADIL!!! TAK MASUK AKAL!!!!
Kalau siapa nk tahu.. persediaan MQA ini memang teruk.
·
Dari dokumen sampailah hari
pembentangan tu.
·
Bayangkan saya masuk-masuk
sahaja dokumen terdahulu tiada.
·
Jadi saya dengan lagi 2
lecturer kena siapkan file untuk 40 subject.
·
Kena bukak balik kotak-kotak
di stor, cari balik assignment student, exam paper, segala bentuk dokumenlah..
·
Dah la style lecturer dahulu
lain.
·
Kami bertiga inilah yang
berhempas pulas.
Apabila selepas
dapat MQA tu, kami diburuk2kan oleh Dean yang tidak berhati peruk apabila
tergamak mencanangkan dekat semua orang yang kami ini tak buat kerja. Yang kami
ini serba serbi buruk la. Padahal semua lecturer di situ dah tau dah
perangainya bagaimana. Semua buat pekak telinga.
Ada hati suruh
orang panggil dia dengan panggilan Dr. kateeeenyeee… orang patut panggil die
Prof. Tapi bile tanya apa journal yang dipublish?? die boleh jawab tak tau??
bahkan nak buat table dlm microsoft word pun tidak tahu…. Saya memang dah lama
syak, something wrong perempuan tua ni. Mungkin dia beli je qualification die.
Culture dekat
situ, semua kena kipas Datin, macam kami ini yang marhain ini, memang tidak la
nak kipas2. saya pun fikir cukup hanya saya buat kerja saya. Bukannya saya gila
kuasa pun. Dan itu lah yang terjadi, Dean itu tadi setiap hari canang cerita
buruk dekat Datin. So Datin ini tanpa usul periksa ni.. Dia terus berhentikan
saya tanpa notis. The best part is……………. KAWAN SAYA LAGI 2 ORANG PUN SEKALI
KENA BERHENTI.
(fyi: dapat title
datin pun sebab jadi bini ke 2 seorang Datuk)
Kami pun
terpinga-pinga… malas nak argue.. angkat kaki.
Pengajaran
Pengajaran buat
saya, orang MELAYU sendiri yang MAKAN Melayu. Saya sendiri rasa betapa peritnye
kena. Seolah-olah kami ini cuci tahi orang. Yang saya dapat tahu, lepas kami
berhenti, ade 3 orang masuk menggantikan tempat kami yang merupakan anak buah
kepada dean itu tadi. Saya cakap terus terang, apa yang diorang buat langsung
tak boleh diterima akal. dan saya tak boleh maaffkan sampai mati. Kawan saya tu
sudah ade keluarga kena tanggung. Hangus begitu je periuk nasi. Mungkin datin
tu kaya, pakai aston martin, tapi kekayaan tak mencerminkan hati budi seseorang
tu.
Satu sudut saya
bersyukur, Allah tutup reseki saya dekat situ supaya saya boleh tengok ade
jugak orang islam yang gila mengejar harta, dunia, pangkat. Dulu dengar ingat
cerita lawak sahaja. Now kene sendiri… memang baru percaya.
Untuk Ibu Bapa/Yang
ingin Sambung Belajar
Sila Jauhi
KOLEEEEJ ini.
Saya cakap bukan
atas dasar saya benci dan sudah kena macam2 dekat kolej ini. Tapi kerana kolej
ini mengamalkan sistem ‘jual sijil’ sahaja. Sedih bila orang melayu sendiri
yang makan masa depan anak-anak melayu. Jangan lah kasi sapa-sapa masuk sini
sebab akademik teruk. Student saya, saya tak pernah jumpa dalam kelas, mid term
tidak pernah datang, apabila meeting saya failkan budak ni (SELAYAKNYAALAH), oh
management marah saya, sebab katenye STUDENT INI PTPTN, WALAU MCM MANA PUN KENA
LULUSKAN SEBAB INI SUMBER DUIT KOLEJ saya rasa mcm nk hantuk kepala dekat
dinding. Padan la student anggap kita lecturer macam sampah sahaja.
Kalau macam ni,
dorang ni hisap duit student je.. So lagi 20 tahun, student baru akan menyesal
fikir apa yang die dapat masa belajar dulu. Nothing!!.. Dapat hutang ada. Kalau
nak masuk kolej private, lebih baik masuk yang ternama skit dan ada student cina.
Saya bukan racist, tapi kita bole compare student ini, cara mereka belajar.
P/s: Saya dapat
tahu ade lagi ramai lecturer kene berhenti, cuma lain school dari saya… harap
lingkup lah suatu masa nanti.
Yang benar,
Belajar dari
Pengalaman.
Berhati-hati. Apa
pula kata anda? Adakah anda juga mempunyai pengalaman dan pengajaran yang boleh
dikongsikan bersama?
P/S : Saranan
Berita Semasa jika mana-mana yang ditindas di tempat kerja contoh boleh adukan
ke kementerian dan biro pengaduan awam.
sumber : Berita
Semasa
Posted by sabahkini.net
No comments:
Post a Comment