Saturday 31 December 2016

FST.... UCAPAN TAHUN BARU 2017


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2017



KAMI  PENGERUSI DAN AHLI-AHLI ; LEMBAGA FREE SANDAKAN TODAY ONLINE (FST)  MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2017 KEPADA  SEMUA PEMBACA MEDIA PORTAL FREE SANDAKAN TODAY ONLINE -FST SELURUH MALAYSIA






MANAGEMENT  AND  STAFF  SELAMAT  TAHUN  BARU 2017














TAK KENAL SEJARAH WARISAN DIKATA LANUN.....FST



OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Saturday December 31/2016

DALAM minggu ini begitu panas diperkatakan dan ada saja nota entah siapa penulis ditujukan kepada saya dan nota itu melebar di grup-grup Whatsapp dan Facebook.

Pertanyaan itu pelbagai dan antaranya disebut soal logo WARISAN yang ada layar. Layar itu dikaitkan dengan LEPA-LEPA  dan lepa-lepa pula dikaitkan dengan LANUN.

Siapa sebenarnya yang melanun? Apakah orang Semporna yang terkenal dengan LEPA-LEPA keturunan lanun?

Lanun ada di mana-mana ada dan sejarah lanun banyak banyak di dunia juga ada yang melanun, malah lanun yang ada sekarang ini terdiri kalangan pemimpin yang rakyat amanahkan untuk pimpin negara jaga khazanah negara bangsa.

Mereka yang kaitkan LOGO Warisan berbentuk layar itu dikatakan LANUN ternyata tidak betul dan mereka sengaja saja mencari masalah untuk sengaja mengaibkan kepimpinan WARISAN.

Mereka lupa bahaya di zaman Tunku Abdul Rahman juga menggunakan layar atas nama parti perikatan ketika itu dan ketika Sabah merdeka diguna juga logo layar melalui slogan Sabah Maju Jaya dan apakah mereka itu lanun semuanya yang memerdekakan Malaya dan memerdekakan Sabah?

Dikata BODOH marah pula tetapi diajar tidak mahu mengerti atau memang pura-pura bodoh/tak hairan Iman Shafie tahan berhujah dengan 10 ilmuan tetapi tak tahan dengan seorang yang jahil ilmu.

Layar yang WARISAN gunakan itu tidak ada kaitan dengan lepa-lepa sebalik asasnya diambil dari BAHTERA NABI NUH. Saya ulang Bahtera Nabi Nuh. Faham?

Nabi Nuh kala di zamannya pernah menyatakan bahawa suatu waktu akan datang banjir besar, lalu ia bina sebuah bahtera yang cukup besar dan ramai yang tidak percaya hingga Nabi dikatakan gila tetapi tujuannya hanyalah menyelamatkan umat manusia, haiwan dan juga tumbuhan.

Memang ketika itu seperti dijanjikan banjir besar melanda dan ada yang naik ke kepala Nabi Nuh termasuk haiwan berpasangan diselamatkan dan kemudian tumbuhan.

Nah, berdasarkan bahtera itu penyelamat umat manusia ketika itu, maka kepimpinan WARISAN ambil sejarah itu dan gunakan layar sebagai penyelamat rakyat Sabah dan itu sebab diajak menaiki layar WARISAN untuk menyelamat Sabah dari pemimpin yang rakus dan tamak serta haloba.

Itulah sebenarnya pengertian layar yang digunakan oleh WARISAN seperti yang terdapat dalam logo parti berkenaan.

Kenyataan bertubi-tubi yang WARISAN itu lanun adalah jelas kalangan mereka buta sejarah dan sengaja memutar belitkan fakta dan soalnya apakah DS Shafie, Darell, Jaujan, Junz dan Peter itu kalangan lanun?

Jika lanun berapa bilion dana negara mereka lanun hingga rakyat dikenakan membayar hutang melalui GST?

Demikianlah sikap kalangan kita bila tidak tahu sejarah atau memang tahu lalu dikaitan seolah mereka yang di Semporna itu Lanun dan kenyataan itu jelas menghina mereka yang di Semporna malah menghina kepimpinan WARISAN yang berusaha menyelamatkan Sabahan dan Sabah.

Apapun tuduhan, kepimpinan WARISAN tetap dengan visi mereka terus berjuang demi rakyat Sabah dan Sabah mesti diubah.

SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
Tolak BN
Tolak BN
Tolak BN

Friday 30 December 2016

FST....KORUPSI JABATAN AIR SABAH DS SHAFIE TIDAK TERLIBAT


( DS Shafie tidak terlibat)

OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Friday 30/2016/ December

BERULANGKALI saya katakan kasus korupsi Jabatan air Sabah seorang DS Shafie tidak terlibat.

Pertama alasan saya DS Shafie sebagai menteri tidak berhak meluluskan apa-apa projek secara award ikut peraturan kerajaan dan dia bukan penjawat awam.

Malah semua menteri juga sama tidak ada kuasa meluluskan apa-apa projek yang diberi secara award.

Yang berhak dan ada kuasa hanyalah Menteri Kewangan Malaysia dan Menteri Kewangan Sabah iaitu Najib dan Musa Aman sendiri. Ini Fakta bukan auta.

Ini sudah berpuluh kali saya jelaskan. Kemudian projek secara tender itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Malaysia dan jika di Sabah dipengerusikan oleh Setiausaha tetap Kementerian Kewangan Sabah. Mereka yang meluluskan melalui satu jawatankuasa dan seorang menteri tidak berHAK.

Kenyataan DS Shafie  meluluskan adalah auta/tuduhan meroyan sebab rata-rata yang asyik menuduh itu adalah kalangan yang tidak tahu sistem kewangan di Malaysia dan kena baca peraturan Treasury Instructions.

Selain itu kedua pegawai yangh menyimpan duit di rumah dan di pejabat serta ada akaun ratusan juta di luar negeri bukan pegawai federal tetapi pegawai negeri makna terus berhubungan dengan kerajaan negeri.

Lagi seorang DS Shafie langsung tidak kenal dan tidak pernah ketemu kedua pegawai yang dimaksudkan, malah kedua pegawai dimaksud amat akrap dengan ketua menteri Sabah dan keluarga sebab pernah hadiri acara di rumah orang tua Teo sendiri. Ada bukti-bukti jelas.

Kenapa harusnya dikaitkan dengan seorang DS Shafie Afdal yang tidak tahu apa-apa dan lagi semua peruntukan yang disalurkan ke Sabah itu adalah hak kerajaan Sabah untuk mengatur projek nego atau tender tertutup, terhad atau terbuka dan ketika itu DS Shafie tidak lagi berhak dilibatkan sama.

DS Shafie Afdal dalam ucapannya di mana-mana mahukan SPRM siasat secara terperinci soal siapa yang terlibat dan bukan main tuduh-tuduh melulu yang tujuannya mahu memburukkan nama pemimpin WARISAN itu.

Rakyat Sabah mahu tahu siapa dalangnya dan tidak mungkin seorang pengarah dan timbalan pengarah sendiri yang melakukan dan sila juga siasat syarikat merawat air di Sabah miliknya Teo yang mendapat kontak berjuta-juta untuk selama sekitar 15-20 tahun.



SUNGAI TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA? FST


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH-FST
Friday December 30/2016

KADANG-kadang orang kita ini olah dan perangainya dipandang mata cukup cantik dan baik. Solatnya tidak tinggal dan selalu diperlihatkan tetapi di sebalik olah yang nampak baik itu ada hal yang tidak senonoh dicarinya luang dan peluang.

Selalu kena sindir sinis dan ada yang direct nasihati tetapi tidak peduli seolah permainan pula dan orang semacam ini kena batang hidung suatu hari baru sedar dan insaf.

Dalam perhubungan sesama, jagalah diri dan jagalah nama dan jagalah tingkah ketika usia sudah demikian dan malu kalau ketahuan yang di rumah selalu menunggu.

Kekadang kita ini meski seolah tidak ada apa-apa demi menjaga hubungan baik, tetapi ada masanya akan MELENTING juga kesan sabar itu ada hadnya.

Kekadang sungai yang tenang jangan disangka tiada buaya sebalik yang tenang dan sopan dan beragama itu selalu saja mencipta masalah dan ini memang memalukan sangat.

Zaman sekarang nampak sangat yang selalu membuat masalah di mana-manapun ialah yang kelihatan baik, alim, beragama sebalik yang jarang menimbulkan masalah mereka yang tidak seagama.

Yang mencuri, mengumpat, hina kutuk dan ambil kesempatan orang kita sendiri dan rasanya perlulah ketika berdiri di cermin muka setiap pagi sebelum kerja kena perhatikan wajah sendiri.

Janganlah bersikap, tak dapat satu dicari kesempatan yang lain dengan harapan mengena untuk dijadikan mangsa. Kesihan yang baru tidak tahu apa-apa mudah diperangkap.

Kesihan yang demikian di rumah ada di tempat kerja juga ada dan inilah namanya yang dikatakan " curi tulang atau pasang spare".

Alaihai!

Thursday 29 December 2016

FST.....RESEPI HIDANGAN HARI INI NASI AMBANG


RESEPI NASI AMBANG

KIRIMAN: SHAIMON S JUMADI
Khamis Disember 29/2016

BAHAN-BAHANNYA

01     Nasi Putih Satu Talam/Nyiru
02     Ayam kari Kering (Semuanya Kering Tanpa Kuah)
03     Kurmah Kering
04     Macam Kicap Daging/Ayam Kering
05     Acar Timun Kering
06     Rempeyek/Bergedel Kentang
07     Sambal Lode
08     Ayam Satu Ekor Kakinya Diikat (Ayam Ingkung)
09     Suhun campur bedal ayam-hati ayam

CARA-CARA MEMBUATNYA
01.Nasi putih letak di dalam talam/nyiru
02.Di bahagian tepinya disimpan lauk pauk seperti yang dinyatakan diatas tadi ditengah-tengah nasi tersebut letakan seekor ayam bulat rebus- goring (Ingkung)
03.Makan guna daun simpur atau  daun pisang
04.AMALAN:
Nasi Ambang jadi tradisi suku Jawa di Selangor-Kajang- Sungai Besar Sabak Bernam  masih diamalkan juga Jawa Johor Pontian-Kota Tinggi-Parit Jawa-Muar dan Mersin Di Sabah Kampung Jawa I Kg Jawa II Sandakan Kg Jawa Lahad Datu dab Kampung Jawa Kuhara Tawau


SELAMAT MENCOBA

FST...RESEPI BERGEDEL KENTANG HIDANGAN HARI NINI

RESEPI BUAT BERGEDEL UBI KENTANG

KIRIMAN: SHAIMON S JUMADI
Khamis Disember 29/2016

BAHAN-BAHANYA:
01.   Ubi Kentang 1kg
02.   Udang Kering 500 kg
03.   Daging 500 kg
04.   Telor Ayam
05.   Lada Putih
06.   Tepung Gandum 100gm

CARA-CARA MEMBUATNYA:

01 Ubi Kentang Direbus kupas kulitnya
02 Dilenyet-lenyet hingga lumat di dalam bekas atau lesung batu
03 Masukan hudang kering yang sudah dikisar atau
04 Masukan daging  gaul dengan ubi kentang  yang sudah dilenyet-lenyet itu.
05 Ambil tepong gandung 100gram
06 Masukan telor ayam  3 hingga 4  biji yang dikocok-kocok kedalam tepong tersebut kemudian gaul/kacau tepong hingga sebati.
07 Kemudian ubi kentang dikepal-kepal jadi bulat
08 Ulit dengan tepung tadi kemudian goreng hingga warna kemerah-merahan…….boleh dihidang sudah
SELAMAT MENCOBA



Wednesday 28 December 2016

FST.....DASAR KERAJAAN BN/UMNO SIKIT-SIKIT PANGGIL POLIS ORANG SUMBAT DALAM PENJARA




OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Rabu Disember 28/2016

DATUK Seri  Shafie Afdal pernah berkata pejuangan itu memerlukan pengorbanan dan tanpa pengorbanan tidak akan ada hasilnya. Memang begitulah.

" Cakap saja panggil polis" Kata DS Shafie lagi dan kelihatannya
di Malaysia ini meski bercakap di parlimen terus saja mahu ditangkap siasat sedang parlimen itu kebal suarakan mahunya rakyat.

Saya jelaskan kepada DS Shafie yang kerajaan Malaysia ini kerajaan lawak sebab asyik menakut-nakutkan saja dan oleh sebab rakyat kian berani bersuara, maka bermacam akta mereka cipta untuk memenjarakan rakyat.

" mereka ingat saya takut " tiba2 DS Shafie menyampuk dan saya ketawa, sedang DS Shafie yang tadi serius juga ikut ketawa, cuma ketawa agak perlahan. Memang lucu.

Kalau dulu zaman kecil nampak polis, kita selalu saja takut dan sekarang polis kena main-main semakin orang tidak hormat sebab ketua polis negara tumbuk mata Anwar dalam penjara yang tangan anwar diikat. Benar-bacul  bacul dan penakut menumbuk orang yang diikat tangannya. Memalukan dan seorang pondan tidak akan melakukan perkara semacam itu.

Memang kerajaan Malaysia ini lucu, sebab takut kedapatan segala rahsia, lalu mereka cipta akta OSA yang mengosakan atau merahsiakan perbuatan bobrok sang menteri hingga laporan audit negara banyak dirahsiakan dan itu jelas tangan rakyat diikat dan bersuara saja penjara sudahnya.

" Sikit-sikit panggil polis " Kata DS Shafie memang menyebabkan saya ketawa, malah kucing saya juga ikut ketawa sambil memperli tabiat dan olahnya manusia masa kini. Lucu dan bangang. Inikah yang namanya kebebasan?

Kebebasan apa yang bentuknya jika kerajaan demikian? Sedang binatang di hutan bebas ke sana sini dan bebas bersuara sebalik manusia ada pula sekatannya dan yang di atas bebas pula berkata apa saja mahunya di TV tetapi bila diajak berdebat seorang PM jawab debat bukan budaya kita.
Kesihan mereka ini cakapnya hebat maha berani dan gelar diri sebagai pahlawan bugis tetapi penakutnya bukan main dan kalau memang BUGIS, saya hormat sebab Bugis asali memang berani, bertanggungjawab dan yang ada dalam diri Najib bukan darah Bugis sejati. Darah apa ya?

Siapa sebenarnya mengancam, kami yang mengancam atau kami yang diancam alias ditakuti-takuti dengan segala macam akta untuk menyumbat ke penjara? Binawi!

SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah

FST........SESB GAGAL ATASI BLACK OUT ELEKTRIK DI SANDAKAN-SABAH....DAKWA WONG



OLEH: SHAIMON S JUMADI
Wednesday December 28/2016


SANDAKAN:- Bekalan  elektrik di Sabah khususnya di Sandakan  yang sering kali berlakunya Black Out setiap hari merugikan para pemilik  pelbagai kilang dan peniaga  restoran dan sebagainya.

Sejak di zaman pemerintahan BERJAYA sehingga kehari ini  di bawah pemerintahan BN masalah elektrik di Sabah  khasnya di Sandakan tidak pandai selesai.

 Difahamkan pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mejoriti saham adalah dipegan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB)  sepatutnya pihak SESB  mencari jalan alternative punca bekalan elektrik selalu black Out  dan bukannya  membiarkan perkara tersebut terus belarutan hingga menyussahkan para pengguna.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt berkata ketika di hubungi oleh wartawan Free Sandakan Today Online (FST) hari ini mengenai  masalah tersebut.

Kata Wong lagi perkara masalah bekalan elektrik selalu black out di Sabah sudah berkali-kali dibahaskan di sidang parlimen  dan telah di ketahui oleh menteri berkenaan iaitu Datuk Dr Maximus Ongkili akan tetapi tiada juga perubahan langsung.

Wong simpati para pemilik perusahan seperti kilang-kilang dan juga bengkel-bengkel termasuk para peniaga restoran apabila ada gangguan  bekalan elektrik terputus (black-out) sudah tentu mereka mengalami kerugian  besar yang ditanggung.


FST...;. SESETENGAH ORANG ISLAM KATA UCAP MERRY CHRISTMAS HARAM TAPI ZINA -JUDI - RASUAH KATA MEREKA HALAL


( Tegur saya jika salah tapi beri hujah)

OLEH: NURLUYANA ABDULLAH-FST
Wednesday December 28/2016

ZAMAN internet ini macam-macam  kita baca seolah yang di internet itu benar dan tiada lagi yang benar selain internet.

Yang di internet ada yang menyesatkan dan kekadang ada hukum terlalu menyusahkan sedang Islam itu mengajar hidup sederhana dan tidak menyusahkan umatnya.

Kita tahu negara kita ini beza dengan negara Arab yang 100% muslim, sedang di Malaysia ini negaranya pelbagai bangsa, agama, kepercayaan dan budaya yang berbeza.

Negara kita ini hampir sama dengan negara di Eropah yang penduduknya pelbagai agama dan ini kena faham.

Ada yang mengatakan setiap datangnya hari Krismas, depavali atau tahun baru cina haram hukumnya mengucapkan selamat hari krismas, depavali dan tahun baru cina itu.

Kenyataan semacam ini harusnya dihalusi diperjelaskan secara detail dan elak menerima secara membabi buta.

Seperti yang saya katakan Islam itu sederhana tetapi ada mengambil sikap keras dan ada yang sederhana/lembut, makna ada dua pilihan.

Misalnya ada yang mengatakan ucapan krismas itu haram dan bagaimana jadi haram? Inilah yang saya fikirkan dan cuba kita bincang secara terbuka.

Di Malaysia ini bila dimusim raya, mereka yang tidak islam datang ke rumah kita dan kita sambut dengan baik sebab itu ajaran islam hormat tetamu dan bila musim krismas, depavali atau tahun baru cina dikata haram hukumnya mengucapkan kata selamat hari krismas. Kenapa begitu keras sekali?

Orang berbuat baik kepada kita dan kita pula mengatakan tidak baik dan haram hukumnya dan ini tidak benar dan saya fikir bertentangan dengan ajaran agama Islam. Betulkan jika saya silap sebab saya baru belajar.
Cuba kita perhatikan keputusan majlis agama Islam di Eropah dan mereka memutuskan tidak salah dan tidak haram malah harus kata mereka di Eropah.

Majlis agama islam di Eropah yang terdiri ulama/bijak pandai hal agama memutuskan demikian tidak salah kecuali menghadiri masa mereka mengadakan upacara dan itu tidak boleh dan makanan yang dimakan haruslah halal dan itu keputusan majlis agama di Eropah. kenapa pula ada yang mengatakan haram?

Keadaan di Eropah dan Malaysia ini memang hampir sama dan beza dengan di Arab.

Memilih sederhana itu tidak salah sebab bila kita ucap selamat hari krismas tidak semestinya kita reda agama mereka, tetapi kita ucap kesan menghormati perayaan mereka dan bukankah menghormati itu ajaran agama islam sendiri yang bersikap sederhana?

Kekadang di internet ini banyak sangat bahan boleh didapatkan dan jika mereka terbaca yang bersikap keras, maka keraslah jadinya agama itu tetapi jika terbaca yang lembut/sederhana, maka sederhanalah yang kita dapatkan tapi harus dimengerti yang Islam itu mengajar hidup sederhana dan menghormati orang lain.


Tuesday 27 December 2016

FST.....JKR DIMINTA MENURAP SEMULA KEROSAKAN JALAN LAMA BATU 8 JALAN LABUK

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: JUMAT URIP
Selasa Disember 27/2016


SUNGEI SIBUGA:- Kerosakan Jalan Raya lama batu 9 Jalan Labuk dekat sini sudah sekian lama dialami oleh penduduk kampung tiada sesiapa yang ambil peduli untuk mengatasi masalah tersebut.

Pihak yang berkenaan khususnya Jabatan Kerja Raya  (JKR)  yang telah dimaklumkan berkali-kali  mengenai kerosakan jalan tersebut yang semakin teruk itu masih membisu seribu bahasa tanpa mengambil perhatian.

Macam mana mahu sokong kerajaan BN nanti PRU14 nanti masalah kecil macam inipun sukar dipantau  di harap ADUN Sungei Sibuga dan Ahli Parlimen Libaran yang terbaca berita yang tersiar di portal Free Sandakan Today Onlie (FST) dapat mengarahkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf dan menurap semula jalan yang dimaksudkan itu demi memberikan keselesaan  kepada  pengguna setempat bagi menikmati kemudahan dari kerajaan BN.


FST...... TIDAK JUJUR SUDAH KAHWIN MENGAKU BUJANG


( mula kenal kekasih, dia kata dia pandu lori pasir)

OLEH: NURLUYAMA ABDULLAH –FST
Disember 2016/27 Selasa

KATA orang di sekitar kita ini ramai yang tidak jujur. Tidak jujur terhadap isteri/suami. Berkahwin dikatanya bujang, tau-tau di rumah ada anak lima. Lucu!

Bila dating cukup bergaya, pakaian hebat pandu mercedes atau ninja atau BMW tetapi kereta pinjam atau sewa sementara dan ketahuan tidak punya pekerjaan tetapi hanya mendapat rezeki komisen kesan lobi projek.

Ada kalanya di tangan jari cincin dua tiga yang kadang-kadang seperti bomoh dan di tangan dia bawa beg penuh geran tanah tujuannya untuk mendapatkan pembeli dan menipu dapat duit untuk bergaya jadi orang kaya baru haruman dari paris.

Ada pula yang mengatakan dia ada lesen kelas A projek dapat projek mega dan kala duduk ia dengar-dengarkan projeknya berjuta-juta sambil jeling-jeling  dan tiba-tiba ia duduk di depan saya(demi Allah) terus saya SOUND yang dia salah orang dianggapnya kita ini murahan. kesihan!

Inilah dunia penuh dengan teka teki, penuh dengan kepura-puraan dan setiap wanita kena jaga diri jangan sampai terjumpa hidung belang suka bergaya tetapi POK SILAP dan akhirnya ramai lelaki tak ada kerja, bini yang kasih makan suami sedang suami tadi joli jual minyak tembirang.

Mula jumpa kekasih saya, dia kata dia ambil pandu naik lori 15 ton angkat pasir/batu dan jumpa minum kedai mama 30 minit sahaja, teman saya hairan bila disebut pandu lori pasir dan teman saya kata, apakah saya meneruskan hubungan dan saya kata " lori-lorilah" rupanya dia berbohong. Lagi lucu dan raja bohong.

Memang dalam dunia ini macam-macam dan pengalaman yang saya lihat di sekitar kekadang cukup mengerikan kesan banyak sangat lakonan yang kekadang di luar jangka kita.

FST....ZAKARIA....... RUMAH TERBUKA PERAYAAN KRISMAS RAPATKAN SIRATULRAHIM ANTARA KAUM-KAUM LAIN

Gambar Kelihatan…..Zakaria (lima kiri) menyampaikan hamper kepada keluarga pengerusi JKKK Kg Jaya Bakti Fred Lenshing di rumah mereka sempena sambutan Krismas

 OLEH: AZMIE AZMAN
 MUSTAFFAH MOHD HASSAN-FST
 Selasa Disember 27/2016

GUM-GUM:-  Amalan rumah terbuka sering diadakan terutama sekali pada musim-musim perayaan kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.

Dengan masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia,  amalan kunjung-mengunjung rumah terbuka ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum yang sedia terjalin.

Amalan rumah terbuka juga sinonim sekali untuk menyatupadukan dan mengukuhkan perpaduan rakyat di negara ini, sejajar dengan slogan Perdana Menteri  kita “1Malaysia”, kata Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris selepas mengunjungi rumah terbuka pengerusi JKKK Kg Jaya Bakti Fred Lenshing  sempena sambutan Krismas pada Disember 25.

Kita dapat melihat dan merasai kepalbagaian aneka masakan yang disajikan kepada tetamu selain daripada dapat melihat keunikkan adat dan tradisi yang diamalkan oleh sesuatu kaum, tambah Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum.

Zakaria juga berpendapat  bahawa amalan rumah terbuka memberikan kebaikan kepada masyarakat di negara kita. Justeru amalan rumah tebuka ini haruslah disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Zakaria turut menghadiri rumah terbuka Krismas Ketua Kampung Satura Manuel Nuasin dan Ketua Cawangan PBS Kampung Jaya Bakti Umjin pada hari yang sama.

Hadir bersama ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz serta Ketua Kampung Jaya Bakti Othman Abdullah dan pegawai-pegawai lain UPPM DUN Gum Gum.