Friday 23 December 2016

FST ..... MALAYSIA....BEBAS TUBUH PARTI BEBAS BERTANDING


( Malaysia negara demokrasi)

OLEH: ISMAILY BUNGSU –FST
23/2016 Friday December
 
KEDENGARAN suara-suara yang sedikit menyentuh/bukan baru tetapi sudah agak lama. Konon parti Malaya tidak usah bertanding di Sabah dan suara-suara itu sebenarnya tidak seharusnya ada.

Sebenarnya tiada istilah parti Malaya, sebutan yang tepat ialah PARTI NASIONAL.

Baik UMNO, PKR, DAP, PAS, MCA itu disebut sebagai parti Nasional sebab parti berkenaan bertanding di semua negeri, baik DUN atau Parlimen kecuali Sarawak( UMNO) dan kelihatannya mereka diterima dan ada yang mendapat kemenangan itu bermakna parti-parti berkenaan mendapat tempat di hati rakyat.

Perlembagaan tidak melarang parti nasional bertanding di mana-mana saja asal tidak melanggar peraturan yang ditentukan oleh SPR dan lagi pula parti-parti  nasional itu sudah bertahun-tahun  bertapak di Sabah dan pemimpinnya orang Sabah dan yang bertanding juga orang Sabah, lalu kenapa mahu disekat untuk bertanding? kedengarannya agak sumbang tidak masuk akal.

Negara kita ini negara bebas mengamal demokrasi dan semua orang asal Malaysia bebas menubuhkan apa partipun dan bebas bertanding di mana saja asal tidak melanggar syarat yang ditetapkan.

Memang tidak dapat dinafikan di musim lalu PKR/DAP mendapat lebih kurang 11 kerusi DUN dan 3 parlimen sedang STAR hanya mendapat 1 kerusi DUN Bingkor sementara parti-parti  lain kalangan pembangkang langsung tidak mendapat apa2 kerusipun.

Di peringkat Nasional parti Nasional mendapat undi 52% sedang BN hanya mendapat 47% dan diteliti ikut laporan PRU13 lalu ternyata parti Nasional cukup utuh dan kuat boleh bersaing dengan BN di PRU14 akan datang.

Saya melihat parti-parti  lokal kecuali PBS, UPKO memang masih mempunyai kekuatan kesan dibantu oleh UMNO tetapi kehadiran WARISAN yang setiap acara/jelajah WARISAN telah memperlihatkan kekuatan dan ini mengingat saya kebangkitan PBS dalam tahun 1985 dulu yang dapat menimbangkan BERJAYA hingga tersungkur.

Kekuatan SAPP di PRU13 memang agak lembab, sedang Presidennya tumbang di peringkat DUN, sementara rekod STAR di DUN memang tidak memberangsangkan dan kajilah keputusan di PRU13 yang lalu, di situ kita akan tahu dan di musim PRU14 akan datang itu merupakan sesuatu yang diluar jangkaan kita.

Sementara WARISAN sekarang ini memang telah memperlihatkan sambutan yang diluar jangka dan terbukti di setiap perhimpunan yang mereka anjur selalunya disekitar 4-5,000 orang datang dan di Kg Paal Tenom sekitar 16,000 orang hadir dan itu memang diluar jangka.

Di Sabah sekitar 21 parti kesemuanya dan memang Sabahlah yang merupakan terkaya parti politik tetapi rakyatnya TERMISKIN sekali di Malaysia, tetapi yang kita perhatikan kemunculan parti2 berkenaan ada yang meragukan dan sehingga sekarang ada yang tidak dapat dipastikan di mana pejabat mereka dan berapa saja keahlian parti mereka, malah kekadang saya sendiri tidak tahu nama-nama parti yang sudah diluluskan selain parti WARISAN, PCS, PAKAR, PPRS, HARAPAN dan banyak lagi.

Apakah mereka itu yang tak disebut namanya benar-benar mahu bertanding di PRU14 akan datang atau menunggu OFFER dari yang berkenaan untuk cepat kaya dan digelar orang kaya baru nanti pandu King Ninja atau mercedes? Itu memang ada terbukti dan kesannya rakyat yang menyokong mereka kena tipu.

Memang Malaysia ini negara yang bebas dan mengamalkan sistem demokrasi.

Silalah tubuh sebanyak mungkin parti sebab itulah yang BN suka untuk pecah demi perintah dan kemudian bertandinglah di mana-mana saja asal tidak melanggar syarat yang ditentukan oleh SPR.

Larangan jangan bertanding itu seharusnya tidak terjadi atau tidak ada sebab atas nama kebebasan yang dimaksudkan dalam dalam negara yang mengamalkan demokrasi.
Salam bahagia


No comments:

Post a Comment