Tuesday 13 December 2016

Free Sandakan Today Online (FST) SIAPA KETUA MENTERI SABAH YANG CURI DUIT JAS?


( cepatkan laporan curi duit JAS)

OLEH: ISMAILY BUBGSU –FST
13/2016 December Tuesday

KERAJAAN  Sabah di bawah pimpinan seorang ketua menteri.

Ketua Menteri Sabah sekarang ialah Musa bin Aman. Bawah Musa ada banyak kementerian termasuk kementerian bawah Pairin, Masidi, Hajiji, Yahya Hussin dan banyak lagi.

Di Kerajaan persekutuan juga banyak sangat Kementerian bawah pimpinan Najib Razak dan seorang DS Shafie Afdal hanyalah duduki kerusi Menteri Kementerian Kemajuan Luar Wilayah selama lebih empat tahun.

Apakah kerana Sabah gagal, lalu seorang yang namanya DS Shafie terus disalahkan?

Apakah DS Shafie itu Perdana Menteri Malaysia yang merangkap ketua menteri Sabah?

Apakah DS Shafie Afdal yang ketuai kabinet negeri dan meluluskan pengunaan peruntukan?

Apakah DS Shafie Afdal yang meluluskan projek berjuta-juta untuk Sabah dan tidakkah disedari yang kuasai dan meluluskan projek NEGO itu hanyalah Perdana Menteri dan Ketua menteri Sabah?

Kenapa seorang DS Shafie Afdal yang disalahkan?

Apakah hanya setiap orang saja duduki kerusi KKLW di persekutuan dapat sepenuhnya majukan Sabah dengan peruntukan yang tidak seberapa untuk Sabah/Sarawak yang sama luas dengan Malaya?

Peruntukan-peruntukan  yang kerajaan pusat beri terus kepada kerajaan negeri apa sudahnya dan bukankah kerajaan pusat juga ada kementerian perumahan, kementerian pendidikan/pelajaran dan kenapa Sabah terus menerima pendidikan asas tersorot dan apa saja yang dilakukan oleh Kementerian Tenaga, teknologi Hijau & AIR yang Dr. Maximus dapat majukan Sabah?

Jangan kerana seorang DS Shafie ketuai KKLW selama empat tahun lebih terus disalahkan, sedang kerajaan negeri di bawah MUSA AMAN bertahun-tahun dan DS Shafie tidak terlibat langsung urusan kerajaan negeri Sabah.

Sebenarnya kenyataan seorang yang namanya DZULKARNAIN MAHDAR yang akui diri pengerusi Pakatan NGO Pro Barisan Nasional secara tidak langsung menghentam kerajaan negeri bawah pimpinan Musa Aman kerana gagal memajukan Sabah.

Kemajuan Sabah itu bukan saja diukur dari segi pembangunan fizikal tetapi harus dilihat pembangunan rohaniah termasuk pendidikan, luang kerja dan basmi penggangguran dan lebih penting sara hidup rakyat di Sabah.

Sepatut seorang Dzulkarnain selaku pengerusi Pakatan NGO PRO Barisan Nasional persoalkan terus duit ratusan juta di rumah dan di pejabat milik pengarah/ timbalan Jabatan Air Sabah dan minta SPRM dedahkan secepat mungkin agar rakyat segera tahu kedudukan sebenarnya.

" Duit ratus juta di rumah dan pejabat, yang korup sudah diketahui dan sudah ditangkap tetapi bebas dan mereka yang makan dan simpan, saya pula dituduh terlibat. bukan main mereka tuduh saya " Kata DS Shafie dan inilah yang harus diutamakan banding hal-hal lain sebelum menyalahkan orang lain.

Sabah tetap ubah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah



No comments:

Post a Comment