Thursday 8 December 2016

(FST) Free Sandakan Today Online……GAMBAR FORUM BUKAN GABUNGAN


( Warisan asyik difitnah)

OLEH: ISMAILY BUNGSU (FST)
Thursday 08/2015 December

YANG BERHORMAT (YB) Darell Leiking berbicara dan menghubungi saya dan pertama katanya dia tahu yang saya ini jadi sasaran amarah dan asyik kena fitnah dan dituduh yang bukan-bukan  dan kerana itu dia
mengatakan begini " salam uncle dan saya doa uncle selalu dalam keadaan sihat dan COOL as usual"

Bila disebut "COOL as usul" jelas dia memang banyak membaca dan ikut sembang di whatsapp yang panglima-panglima  perang warisan selalu saja kena fitnah tak henti-henti dan saya katakan semakin orang fitnah semakin warisan mendapat tempat di hati rakyat.

" cuma selalu saya nasihatkan orang-orang  warisan biarlah mereka yang di luar menghina maki kita tetapi kita jangan maki hina mereka dan ucap saja terima kasih dan doa mereka terbuka hati dan sertai warisan sama berjuang demi sabahan" Kata saya dan Darell yang baik ketawa sikit dan faham.

Darell Leiking mengirim satu gambar kesan forum yang diadakan di Kuala Lumpur dan ketika itu Darell menjelaskan yang dia ada di parlimen ketika itu.

Forum itu ialah forum yang maksudnya memberikan sokongan padu kepada ahli parlimen yang disiasat kesan akta hasutan kala berbahas di parlimen.

" Mereka yang dimaksudkan ialah MP Semporna, MP Pagoh dan MP Tampin dan Tun Mahathir dijemput oleh whip-whip ahli parlimen pihak pembangkang untuk memberikan pandangan tentang hak-hak ahli parlimen yang membangkit isu rakyat.." jelas Darell dan katanya forum atau gambar itu tiada kaitan dengan gabung dan bukan memperkatakan tentang gabungan parti.

Darell kelihatannya membaca komen/fitnah pihak parti lain di Sabah tentang gambar berkenaan dan mereka katanya usaha mempermainkan dan mengada-adakan cerita yang tidak benar.

" Mereka memang begitu tak henti-henti asyik memfitnah dan memburuk-burukan warisan dan kita kena jelaskan dengan baik dan sopan tidak perlu marah-marah  yang mungkin mereka tersalah tafsir " Kata saya dan kami sama ketawa.

" Kita harap ramai akan mengerti setelah kita jelaskan dan serentak ini saya bagi pihak WARISAN sama menjemput orang ramai datang ke jelajah Warisan di Kg Kukut Beaufort pada 10 Disember, 2016 jam 10:00 pagi. Kita jumpa di sana sabtu nanti" Kata Darell dan mudah-mudahan yang di sekitar Beaufort akan datang beramai-ramai tanda sokongan padu kepada parti WARISAN yang jelas cukup mendapat sambutan kalangan rakyat Sabah.

UbahSabah
UbahSabah
UbahSabah
UbahSabah


No comments:

Post a Comment