Wednesday 7 December 2016

Free Sandakan Today Online (FST) PENDUDUK TAMAN PO HING DAPAT GELANGGANG FUTSAL DARI MP BATU SAPI....

Gambar Menunjukkan…..Linda (tengah) meninjau kerja-kerja pembinaan gelanggang Futsal yang baharu di Taman Po Hing

OLEH: AZMIE AZMAN
Rabu Desember 07/2016


SEKONG:- Penduduk di Taman Po Hing , Batu Sapi, khususnya para belia akan dapat memanfaat dari pembinaan gelanggang Futsal baharu yang kini hampir siap dibina.

Pembinaan gelanggang Futsal yang baharu atas permintaan penduduk perumahan berkenaan telah dilaksanakan dengan peruntukan dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Linda telah meninjau kerja-kerja pembinaan projek tersebut yang dalam fasa terakhir dan dijangka akan siap sepenuh tidak lama lagi.

Hadir bersama ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou serta pemimpin masyarakat setempat termasuk pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) Taman Po Hing, Haji Jainal.

Dalam pada itu, Haji Jainal telah mengucapkan terima kasih kepada Linda atas keprihatinan beliau dalam mencari penyelesaiaan mengatasi masalah-masalah penduduk taman perumahan.

Anak-anak muda kita akan dapat melibatkan diri dalam aktiviti sihat seperti bermain Futsal di gelanggang baharu itu ketika masa lapang mereka, apabila kemudahan itu siap dibina kelak.




No comments:

Post a Comment