Tuesday 27 December 2016

FST....ZAKARIA....... RUMAH TERBUKA PERAYAAN KRISMAS RAPATKAN SIRATULRAHIM ANTARA KAUM-KAUM LAIN

Gambar Kelihatan…..Zakaria (lima kiri) menyampaikan hamper kepada keluarga pengerusi JKKK Kg Jaya Bakti Fred Lenshing di rumah mereka sempena sambutan Krismas

 OLEH: AZMIE AZMAN
 MUSTAFFAH MOHD HASSAN-FST
 Selasa Disember 27/2016

GUM-GUM:-  Amalan rumah terbuka sering diadakan terutama sekali pada musim-musim perayaan kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.

Dengan masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia,  amalan kunjung-mengunjung rumah terbuka ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum yang sedia terjalin.

Amalan rumah terbuka juga sinonim sekali untuk menyatupadukan dan mengukuhkan perpaduan rakyat di negara ini, sejajar dengan slogan Perdana Menteri  kita “1Malaysia”, kata Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris selepas mengunjungi rumah terbuka pengerusi JKKK Kg Jaya Bakti Fred Lenshing  sempena sambutan Krismas pada Disember 25.

Kita dapat melihat dan merasai kepalbagaian aneka masakan yang disajikan kepada tetamu selain daripada dapat melihat keunikkan adat dan tradisi yang diamalkan oleh sesuatu kaum, tambah Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum.

Zakaria juga berpendapat  bahawa amalan rumah terbuka memberikan kebaikan kepada masyarakat di negara kita. Justeru amalan rumah tebuka ini haruslah disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Zakaria turut menghadiri rumah terbuka Krismas Ketua Kampung Satura Manuel Nuasin dan Ketua Cawangan PBS Kampung Jaya Bakti Umjin pada hari yang sama.

Hadir bersama ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz serta Ketua Kampung Jaya Bakti Othman Abdullah dan pegawai-pegawai lain UPPM DUN Gum Gum.


No comments:

Post a Comment