Monday 12 December 2016

Free Sandakan Today Online FST …..HINAAN ANGGAP SATU CABARAN


( jalan menuju puncak jaya)

OLEH: ISMAILY BUNGSU (FST)
Monday December 12/2016

" JIKA kamu tidak muncul JUARA, jangan panggil saya guru kamu " itu ayat yang selalu saya kata bisik ke telinga anak murid saya kala dulu ngajar di Matrikulasi Labuan, Universiti Trengganu, Uitm Sabah dan UMS termasuk universiti Kelantan..

" Anak murid saya bukan jenis bodoh tetapi kamu kalangan yang hebat dan TATAP juara " kata saya lagi dan rupanya kata-kata itu menjadi kenyataan bila Matrikulasi Labuan muncul juara Kebangsaan, Uniza ( Universiti Trengganu) muncul juara DEKON antara Universiti, UITM juara Malaysia 3 kali dan UMS berkali-kali.

Sebenarnya ketika sedang mengadakan persiapan untuk perang ada orang lain yang berkata konon anak murid saya tidak akan dapat tempat alias kena hina-hina dan saya dalam diam memang marah tetapi marah dengan tunjuk senyum dengan cara menanam semangat juang di kalangan mereka yang saya ajar untuk lebih kuat dan berani serta yakin diri sendiri.

Bila saya diminta mengajar di Matrikulasi Labuan, lalu Ahmad Staun yang ketika itu duduki kerusi pengarah matrikulasi mengatakan kepada yang menjemput saya soal bayaran sebab ia kata bayaran saya dikatanya ribu ringgit dan saya jawab PERCUMA sebab saya
tidak mahu bayaran. Ahmad Staun terkejut dan ia rasa aneh.

" Cuma bayarannya ialah pelajar mesti akur patuh arahan saya dan mesti JUARA" Kata saya ketika itu. Mereka senang dan happy.

Nah, itu perjuangan dalam kesenian yang memang bidang saya sejak kecil hingga kini disumbang secara PERCUMA sebab yang saya mahu ALLAH membayar dengan pahala.

Dalam PARTI juga saya kira sama kala dihina maki hamun kutuk perli kalangan kita tidak perlu marah-marah  MELENTING dan ucap saja terima kasih kerana hinaan itu bagi sesuatu yang baik untuk menambah semangat kita berjuang dan elak putus asa atau berduka sebalik pembakar semangat untuk bangun menendang.

Janga lupa nabi sejak lahir, hingga dewasa dan hingga wafatnya terus saja kena hina dan tidak pernah dia membalas hinaan malah ketika sobatnya memaki, ia hanya diam dan tinggalkan sobatnya kesan sabdanya ketika ada makian itu malaikat menjauh dan setan datang berbondong dan makanya nabi meninggalkan sobatnya itu.

Saya perhatikan kalangan kita bila ada saja makian, hinaan, kutukan saya perhatikan rata-rata  terus melenting marah bukan main dan sebenarnya sikap amarah melenting itu ialah kesan pengaruh setan yang visinya merosakkan dan kerana itu kita selalu diminta bersabar sebab sabda Nabi sabar itu separuhnya dari iman.

Orang Islam tentu yakin itu dan yakin hanya sabar saja ubat untuk mencapai kejayaan. Faham?

Makanya saya nasihati teman-teman di WARISAN hendaklah sabar selalu, tidak usah melenting dan tidak usah marah-marah  sebab marah-marah itu tidak baik untuk kesihatan cepat mati konyol kesan serangan jantung/tinggi darah dan amalkan sikap cool selalu kata Darell Leiking semalam ketika kami sembang sama.

Inilah nota pertama pagi ini dan pastikan yang di sekitar Beaufort Membakut, Papar, Sipitang datang beramai-ramai hari ini tanggal 10 Disember, 2016 jam 10:00 pagi di KG KUKUT Beaufort kesan ada Jelajah WARISAN di sana.

Salam semua dan doa bahagia dirahmati Allah semuanya.


No comments:

Post a Comment