Friday 9 December 2016

(FST) Free Sandakan Today Online…..SABAH TERLALU BANYAK PARTI PEMBANGKANG TUMBUH BAGAIKAN CENDAWAN




OLEH: SHAIMON S JUMADI (FST)
Friday December 09/2016

KENAPA di Sabah terlalu banyak parti pembangkang  lepas satu lenyap begitu saja timbul satu lagi apa sebenarnya tujuan mereka menubuhkan parti baru.

Sementara Parti Maju Sabah - SAPP parti pernah menjadi anggota kerajaan negeri pada tahun  1994  hingga 2008  setelah keluar dari Barisan Nasional (BN) terus jadi pembangkang.

Manakala Star sebagai parti pembangkang hanya mempunyai satu kerusi sahaja iaitu yang kini di sandang oleh Datuk Jeffrey Kitingan.

Ada banyak parti yang telah ditubuhkan saya kurang ingat lagi sebelum PRU13 lalu, dan  selepas PRU13 hampir menjelangnya PRU14 yang semakin hampir ada dua parti baru ditubuhkan di Sabah itupun gara-gara seorang pemimpin anak watan Sabah disingkirkan oleh UMNO baru wujud parti baru iaitu Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang dipimpin oleh Datuk Seri Shafie Apdal.

Selang  beberapa hari pengiystiharan Shafie keluar UMNO dan hura-hura ingin menubuhkan parti baru kemudian pula Ahli Parlimen Kawasan Pinampang Darell Leiking  (PKR) dan Junz Wong ADUN DAP Likas Datuk Jaujan Sambakong ADUN  (UMNO) Sulabayan dan Terrence Siambun ADUN Moyak (PKR) mereka juga keluar parti masing-masing termasuk Datuk Lajim Hj Okin keluar meninggalkan parti PKR Beaufort.

Disebabkan  tiga orang ADUN dan 2 Ahli Parlimen itu keluar parti masing-masing sebabnya mereka ingin bersatu membentuk sebuah parti baru yang dipimpin anak-anak watan Sabah anak-anak jati Sabah.

Maka wujudnya parti Warisan Sabah (WARISAN) yang membarisi pemimpin utama Datuk Seri Shafie Apdal Junz Wong-Darell Leking- Jaujan Sambakong dan Terrence Siambung.

Manakala Datuk Lajim Okin keluar dari PAKATAN HARAPAN dia tidak menyertai WARISAN  dan telah menubuhkan parti sendirinya kita tidak tahu apa sebabnya Lajim tidak mahu bersatu jadi ahli WARISAN barangkali takut duduk kerusi nombor dua atau nombor 3 kalau dia tubuhkan partinya sudah tentu Lajim dapat duduk dikerusi nombor satu.

Boleh kah parti-parti  pembangkang tempatan Sabah seperti SAPP-Stae-PCS (USA) WARISAN dab partu baru pimpinan  Lajim  boleh bekersama erat antara satu sama lain semasa PRU14 nanti bagaimana pula pembahagian kerusi-kerusi ADUN dab MP.

Sementara  tiga parti dari Wilayah Persekutuan antaranya PKR-DAP dan AMANAH mereka adalah gabungan atas nama PAKATAN HARAPAN adakah PRU14 nanti mereka juga akan berebut-rebut kerusi DUN atau MP yang parti-parti  tempatan yang  akan  tandingi.

Jika ini berlaku perebutan kerusi  DUN dan MP antara PAKATAN HARAPAN dengan part USA dan WARISAN  sekali lagi Sabah akan menyaksikan bahawa BN.UMNO akan memperoleh kemenangan besar pada  PRU14 nanti.











No comments:

Post a Comment