Monday 5 December 2016

Free Sandakan Today Online (FST) KOMEN NASPAZI MASUK AKAL WARISAN LEBIH DIKENALI OLEH KAUM DUSUN-MURUT-KADAZAN DARIPADA USA


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Monday December 05/2016

TERTARIK membaca komen Naspazi Channel di lama sosialnya (FB) yang mengatakan orang kampung tak begitu kenal USA sebalik mereka lebih kenal WARISAN.

USA nama singkatan sahaja nama penuhnya ialah United Sabah Alliance Parti  yang bergabung tiga buah parti SAPP-STAR- Parti Cina Sabah (PCS)  yang diterajui tiga bangsa sahaja Kadazan –Murut dan Cina sahaja  adapun orang Islam iaitu Datuk Mohd Noor Hj Mansor  menganggotai USA sebagai boneka sahaja  tidak boleh buat apa-apa sebagai perhiasan semata-mata  untuk menarik perhatian orang-orang Islam di Sabah sebaliknya  tiada maknanya.

Dari sudut pandangan mata kasar kelihatannya WARISAN  lebih  menonjol daripada USA  dan kerana itu orang berlumba-lumba  cari borang WARISAN dan mahu cepat-cepat  isi borang keahlian.

Hingga sekarang keahlian WARISAN mahu mencecah 50,000 orang dan itu meninggalkan keahlian parti-parti  lain yang lebih awal ditubuhkan.

Tiap perhimpunan WARISAN rakyat berbondong datang dan pulang dikabarkan hanya WARISAN parti boleh dipercaya perjuangkan sabahan kesan menonjol makanya BN gusar dan mula cipta fitnah sesuka hati dan hingga sekarang yang berwajib gagal sabitkan kesalahan sebab memang tak salahpun.
  
" jika benar DS Shafie salah banyak skandal maka apakah BN membiar begitu saja?" Tanya seorang yang mantan ahli parti UMNO di Kimanis kelmarin.
Kerajaan UMNO kuasai polis, mahkamah, peguam negara, sprm dan memang mudah tangkap tapi kesan tuduhan auta maka hingga sekarang dan sampai bila-bila  tidak akan dapat sabitkan kesalahan.

" Semakin mereka fitnah semakin rakyat benci umno bn dan rakyat berbondong datang sokong WARISAN kata ahli UMNO Kimanis itu.

Orang ramai yang mahu jadi ahli warisan boleh isi borang melalui internet search:-

Sebenarnya USA yang dipimpin oleh Datuk Jeffry Kitingan  Star dan Datuk Yong Teck Lee SAPP mereka berdua ini pernah mengecewakan pengundi  orang-orang Kadazan-Dusun-Murut dan Cina semasa PRU13 lalu.

Dua Parti  itu antara SAPP- dan Star yang bertanding dipelusuk Sabah mereka telah di bayar dan-diupah oleh UMNO/BN supaya pecah undi.

Ternyata PRU13 sekali lagi BN/UMNO mencapai kemenangan besar dan memerintah semula, sekiranya Star dan SAPP bukan parti pengacau sudah tentu PAKATAN RAKYAT  yang membarisi DAP-PKR dan PAS jadi kerajaan.

Cerita ini bukan direka-reka tetapi ada realitinya seorang  mantan wartawan  kanan di media portal Sabahkininet Shaimon S Jumadi (SSJ)  pernah membantu calon Star di Tawau kawasan balung iaitu Datuk Mohd Jeffry Rosman pada PRU13 lalu.

Calon berkenaan memberi garis panduan  kalau buat berita tolong jangan  kaitan UMNO/BN boleh hentam calon hentam peribadinya.

Jadi apa maksud sebenar calon Star cakap begitu boleh buat berita tetapi tidak boleh hentam kerajaan BN/UMNO hentam calonnya sahaja ini telah  menperlihatkan Star dan SAPP pada PRU13 lalu adalah benar-benar baruah UMNO/BN untuk memecahkan undi supaya BN/UMNO menang semula.

Inikan pemimpin yang  diagung-agungkan  oleh bangsa Kadazan-Dusun-Murut dan Cina yang pernah mengkhianati pengundi anak jati Sabahm mahu kah kamu berulang sejarah dan peristiwa hitam itu kembali semula PRU14 nanti

Sabahubah
Sabshubah
Sabahubah



No comments:

Post a Comment