Monday 12 December 2016

SOALAN DR JEFFRY KITINGAN SINIS....FST Free Sandakan Today Online


( kita macam kena kasih bodoh-bodoh)

OLEH  ISMAILY BUNGSU- FST
Monday December 12/2016



BARANGKALI perlu saya jelaskan isu MUSA AMAN berhujah dengan DR. JEFREY KITINGAN soal/isu siapa lantik ketua menteri Sabah.

Saya lihat DDJK pun tidak terus ke point dan Musa Aman juga jawab secara lurus dan akhirnya rakyat yang mendengar keliru, makanya perlu saya jelaskan agar jelas dan tepat.

Saya jelaskan di sini dari segi undang-undang  tubuh kerajaan negeri Sabah dan soal undang-undang  tubuh kerajaan negeri ini sama di mana-mana negeri di Malaysia termasuk lantikan jawatan PM yang DYMM diamanahkan.

UMNO itu parti NATIONAL pengerusinya NAJIB RAZAK dan siapa pengerusi perhubungan UMNO Sabah itu hak NAJIB dan Najiblah juga ada hak lantik pengerusi BN Sabah. Ini kena faham dulu.

PRU13 lalu BN menang di Sabah dan majoritinya parti UMNO makna ikut LAW YB-YB UMNO bersama-sama parti lain dalam BN berhak dilantik ke kerusi kabinet dan kesan UMNO Majoriti maka yang lain PBS, PBRS UPKO jangan mimpi ketua menteri kecuali jawatan timbalan ketua menteri atau nanti ada arahan gilir2 ketua menteri.

Oleh sebab kuasa itu di tangan NAJIB maka NAJIBlah yang tentukan siapa dia mahu dan biasa pengerusi perhubungan UMNO yang juga tadi NAJIB mahu iaitu Musa bin Aman kecuali Musa Aman melawan Najib.

Memang betul TYT yang keluarkan surat watikah alias lantik Ketua Menteri dan itu sama seperti di negeri-negeri  lain yang bisanya Sultan/atau TYT masing-masing tapi TYT Sabah untuk Sabah kena akur kehendak parti yang mendapat mandat dan parti yang mendapat mandat ialah UMNO makna di Sabah ialah MUSA dan MUSA pula dikuasai oleh NAJIB. Semua kena akur arahan Najib Razak/kalau tidak kesingkir duduki ketua perhubungan UMNO. Nampak itu?

Nah, maksud yang saya kata sinis tadi yang dilontar oleh DR Jefrey ialah yang melantik memang TYT tetapi kuasa penuh bukan TYT tetapi Najib Razak. Jelas?

Yang saya jelaskan adalah FAKTA dan saya diminta menjelaskan hakikat sebenar dan saya kena jelaskan apa sebenarnya kesan yang DUN itu penjelasan hujah kabur dan rakyat jadi keliru.

Di Sarawak beza sebab di sana tiada parti UMNO dan mereka yang majoriti tidak akan dengar kata-kata  Najib meski di sana Najib lantik ketua BN sebab BN tiada kuasa.

Kita kena Ubah Sabah



No comments:

Post a Comment