Wednesday 14 December 2016

Free Sandakan Today Online (FST) UMNO BAKAL HANCUR RAMAI RAKYAT TERIMA DAP-PKR-AMANAH-PBMB DAN WARISAN



OLEH: WAN FARIDAH WAN AHMAH (FST-KL)
Rabu Desimber 14/2016

Parti DAP-PKR-AMANAH-PBMB DAN WARISAN semakin mendapat tempat di hari raykat berbilang   kaum.






PALING ketara sekali pergolakan politik tanah air di Negara ini  khususnya parti UMNO/BN semakin hari semakin merosot daripada sokongan rakyat yang terdiri berbilang kaum.

Parti  Tindakan Demokratik (DAP) Parti KeAdilan Rakyat (PKR) AMANAH dan Parti Peribumi Malaysia (PPM)  semakin dekat di hati rakyat ramai ahli-ahli UMNO keluar dan kemudian menyertai parti-parti yang disebutkan itu.

Contoh kini bangsa Melayu mulai menerima DAP ramai di kalangan orang-orang Melayu yang beragama Islam menyertai DAP bukan saja di Pulau Pinang atau di tanah Semenanjung bahkan tempiasnya juga di  Sabah.

Begitu juga apabila munculnya parti baru yang dipimpin oleh mantan Naib Presiden UMNO yang telah disingkir oleh UMNO gara-gara menyuarakan 1MDB Datuk Seri Shafie Apdal iaitu Parti Warisan Sabah (WARISAN) semakin mendapat tempat di hati rakyat Sabah tidak kira dari suku Kadazan-Dusun-Murud-Cina dan Bumiputera Islam dari 32 atnik menyertai WARISAN yang 99 peratus dari ahli-ahli UMNO.

Saya telah di fahamkan bahawa UMNO di Sabah sekarang sudah goyah ramai para pemimpin UMNO diperingkat Negeri dan bahagian malam tidurpun tak lena  kerana dibuai mimpin-mimpi ngeri UMNO akan hancur sebelum menjelangnya PRU14 nanti.

Hal ini serupa juga keadaan di Semenanjung wujudnya pari baru PPMB dibawah pimpinan Tan Seri Muhiyiddin Yassin  ramai di kalangan ahli-ahli UMNO keluar dan menyertai PPMB ini lagi dasyat .

KERAJAAN PULAU PINANG Akan bayar bonus 2 bukan gaji Guru--Guru Agama Islam dan Kakitangan Awam pada 22hb Disember ini

Berbalik pasal DAP yang dikatakan anti Islam anti Melayu  kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dan Pakatan Harapan  semakin baik semakin diterima oleh orang-orang Melayu.

Pada 22hb Disember ini kerajaan negeri Pulau Pinang akan membayar 2 bulan Bonus kepada kakitangan awam termasuk Guru-Guru Kelas Agama Islam.

Bukan kah kerajaan DAP di  Pulau Pinang benar-benar menjaga semua kebajikan tidak kira agama Islam-Buddha-Hindu dan Kristian dibuat sama 

No comments:

Post a Comment