Saturday 10 December 2016

(FST) Free Sandakan Today Online….PAU UMNO DAN PA DAP AMAT BERBEZA DALAM BENTANGKAN USUL-USUL……KATA WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI
Saturday December 10/2016

KEDUA-dua parti baru saja selesai mengadakan sidang Perhimpunan Agung   masing-masing antara UMNO dan DAP. 

Topik dan agenda  mahupun usul-usul  UMNO yang telah di bentangkan atau dibangkitkan oleh para perwakilan semasa persidangan berlansgung amat berbeza dengan  DAP.

UMNO terlalu focus mengkritik menghentam DAP dan Tun Mahathir sebagai agenda utama PAU UMNO bukan pula membincangkan soal dan masalah kehidupan rakyat Negara ini yang semakin hari kian dibelenggu dan dihimpit kemiskinahn tegar.

Pengerusi DAP  Negeri Sabah yang juga selaku ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tien Fatt   merungkai sedikit sebanyak tentang perjalanan kedu-kedua  perhimpunan agung DAP dan UMNO telah berlangsung pada minggu lepas, tetapi isu tumpuan kedua-dua parti amat berbeza, dimana mesyuarat agung UMNO fokus menghasut isu perkauman dan membiarkan ucapan yang ekstrem.

Beliau berkata, mesyuarat agung DAP berbincang tentang isu penting negara dan ekonomi, merunding tentang cara meningkatkan pembangunan ekonomi, memperkasakan perpaduan dan keharmonian kaum, mengubah keadaan politik negara, menyelamatkan imej rasuah Malaysia di antarabangsa.

"Manakala bagi mesyuarat agung UMNO yang berlangsung selama 4 hari, kesemua ahli fokus menyerang DAP dan menganggap DAP sebagai musuh, langsung tidak memberi perhatian dan membincang isu negara."

Wong yang juga Pengerusi DAP Sabah berkata demikian selepas mengetuai ahli-ahli menghadiri mesyuarat agung DAP di Kuala Lumpur pada hari Ahad yang lalu.

Selain itu, Wong juga berkata, mesyuarat agung UMNO yang berakhir baru-baru ini,tidak menyentuh tentang isu rasuah di negara kita, isu 1MDB, kejatuhan Ringgit, kos kehidupan yang melambung tinggi, kemerosotan ekonomi dan lain-lain, tetapi hanya fokus untuk menyerang DAP, pemimpin UMNO juga mengeluarkan kata-kata untuk menakutkan orang Melayu.

Kata Wong, UMNO menakutkan orang Melayu dengan mengatakan bahawa Ketua ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Wong menggesa UMNO yang diketuai oleh Perdana Menteri Najib, jangan mempermainkan isu perkauman dan kata-kata ekstrem, menakutkan masyarakat Melayu bahawa seandainya DAP menjadi kerajaan maka hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan, ini adalah tidak benar.

Selain itu, Wong juga menyeru parti komponen BN seperti MCA,Gerakan dan MIC, jangan membiarkan UMNO bermaharajalela menguatkan konsep dan pemikiran yang ekstrem.

Wong berkata, pemimpin parti komponen harus menghalang pemimpin UMNO mengeluarkan kata-kata yang merosakkan keharmonian kaum, mengacau ketenteraman masyarakat.

Wong juga berkata, jika pemimpin parti komponen BN terus membiarkan UMNO berbuat demikian, maka Malaysia akan menjadi kacau-bilau, seterusnya menjadi negara yang semakin lemah.

Wong selanjutnya berkata sedangkan ahli-ahli UMNO/BN sendiri yang tak tidak terpilih ke perwakilan PAU UMNO 2016 itu yang terlalu  mengharapkan  para perwakilan dapat menyuarakan masalah-masalah rakyat seperti kos sara hidup rakyat kes rasuah yang semakin  menjadi-jadi kes selamatan diperairan dan kes 1MDB ini yang sepatutnya di bangkitkan,  ini tiada lain menghentam DAP dan Tun Mahathir yang tiada faedah langsung dengan kehidupan seharian rakyat jelata.

No comments:

Post a Comment