Tuesday 13 December 2016

Free Sandakan Today Onlime FST..... KEROSAKAN LAMPU JALAN TAMAN INDAH JAYA PERLU DIBAIKI SEGERA....GESA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI
December 13/2016  Tuesday

SANDAKAN:- Kebanyakan lanpu jalan rosak dan akan mendatangkan pelbagai masalah  dan bahaya terhadap penduduk  rumah pangsa (Flat) Taman Indah Jaya  diwaktu  malam.
Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt  yang banyak menerima  aduan dari penduduk setempat  kemudian berjumpa dengan pihak pemaju-pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan juga pihak pengurusan untuk mengemukakan  masalah berkenaan
Menurut Wong  pihak MPS, pihak pemaju mengutip fee  pengurusan daripada penghuni, oleh itu masalah infrastruktur asas di kawasan perumahan tersebut adalah di bawah kuasa pihak pemaju.
Wong juga bertemu dengan pihak pemaju dan pengurusan, dan diberitahu bahawa kawasan rumah pangsa tersebut terdapat kira-kira 600 penghuni, di antaranya hanya 20% yang membayar fi pengurusan RM15 sebulan, menyebabkan pihak pengurusan kekurangan dana untuk kerja penyelenggaraan.
Menurut pihak pemaju, setelah sekian lama tidak dapat mengutip fi pengurusan, pihak pemaju telah mengalami kerugian sebanyak RM800 ribu. Pihak pengurusan cuba mengutip tetapi gagal dan dimarahi penghuni.
Wong berkata, menurut pihak pengurusan, walaupun kebanyakan penghuni tidak membayar fi pengurusan, tetapi sebelum ini pihak pengurusan tetap membantu untuk memperbaiki lampu jalan yang rosak, tetapi tidak lama kemudian dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Setelah bertemu dan berbincang dengan pihak MPS dan pihak pemaju, Wong berkata akan terus mengikuti perkembangan isu tersebut, dan membantu untuk mendapatkan cara penyelesaian win-win.

No comments:

Post a Comment