Friday 23 December 2016

FST.. KEGAGALAN JKR-MPS SELENGGARAKAN SALIRAN LONGKANG PUNCA BANJIR KILAT DI JALAN2 RAYA..... DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: PAK ALI
23/2016 December Friday 


SANDAKAN:- Kegagalan  pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan saliran longkang dan parit  dipinggir jalan penuh dengan rumput-rumpai adalah punca dan penyebab utama berlakunya banjir kilat di beberapa batang jalan di kawasan-kawasan tertentu.

Macam pagi tadi jelas Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt  hujan tidak sampai 30 minit Jalan menuju masuk ke kawasan PPR Taman Anggerik mudah dilanda banjir kilat sedalam 1 meter ini adalah berpunca dari saliran longkang yang  semak  dipenuhi  dengan  rumput-rumpai yang tidak dapat menampung perjalanan air mengalir dengan derasnya jadi bertakong akhirnya berlaku banjir kilat yang telah mengendalami  permukaan jalan raya.


Wong berkata lagi perkara ini bukan sekali dua berlaku dan  dua tiga kali  sudah di publish  di portal The Sabah Insider Online- Surat Khabar Cina dan portal Free Sandakan Today Online mengenai perkara yang sama kenapa pihak JKR dan MPS masih lagi berdiam  diri dan tiada reaksi dan tindakan diambil untuk mengatasi banjir kilat tersebut.

“Sepatutnya dimusim hujan yang agak berpanjangan ini pihak JKR dan MPS dapat memainkan peranannya dan bertanggungjawab untuk memantau semua perkara ini di setiap sudut bukan kah pihak JKR dan MPS telah melantik beberapa syarikat yang ikat kontrak untuk membuat  kerja-kerja menyenggelaraan pembersihan longkang dan parit” kata Wong lagi



No comments:

Post a Comment