Wednesday 21 December 2016

II STRATEGI MENGALAHKAN BN/UMNO PILIHANRAYA UMUM (PRU14) - FST


Dari Rakyat Kembali Kepada Rakyat

OLEH: KUDIEN BULUNGAN
Wednesday  20/16/21 December

1. STRATEGI  untuk mengalahkan UMNO-BN ialah dengan 1 lawan 1. Ia adalah idea yang sangat baik dan sangat menggerunkan UMNO-BN diseluruh negara.

2.UMNO-BN Sabah khususnya, akan memastikan tidak berlaku 1 lawan 1. Bagi mencapai tujuan ini, UMNO-BN Sabah akan menghalalkan pelbagai cara termasuk ''menyusup ke dalam parti-parti pembangkang''...

3.Justeru itu, rakyat Sabah perlu berhati-hati agar sejarah politik Sabah tahun 1994 tidak berulang lagi. Jangan hancurkan harapan rakyat yang inginkan perubahan. Sabah mahukan perubahan ke arah lanskap politik yang lebih dinamik membela rakyat Sabah.
4. Sejarah poltik Sabah memberi inspirasi bahawa parti politik yang dikatakan gah-perkasa boleh ditumbangkan dek kuasa rakyat. UMNO-BN tidak sekuat mana kerana UMNO-BN kini terpalit skandal rasuah, pemimpin-pemimpin yang tidak berintegriti dan gagal memakmurkan rakyat dan negara.

5. Kekalahan USNO-Perikatan dan Parti Berjaya di Sabah bukan pun atas dasar 1 lawan satu. Ia adalah kerana bijaksana rakyat bersatu memilih kerajaan baru. Rakyat pelbagai kaum - Bumiputra Islam, Kaum KDM dan Kaum Cina berganding bahu memilih parti yang akan membela mereka.

6.Pada masa itu tiada 1 lawan 1. Namun di hati rakyat tetap ada 1 lawan 1, Rakyat memilih parti yang punya kredibiliti dan parti yang sudah tentunya boleh menang di kesemua kawasan, sekaligus mampu jadi pemerintah.

7. Untuk PRU14, rakyat sekali lagi memilih parti yang boleh menang di kawasan Bumiputra-Islam, kawasan KDM dan menang di kawasan Cina. Rakyat tidak memilih parti yang hanya akan memenangi kawasan-kawasan tertentu.

8. Perjuangan WARISAN adalah untuk rakyat Sabah tanpa mengira kaum, etnik, kepercayaan dan latar belakang.

SABAH kita UBAH....


No comments:

Post a Comment