Saturday 17 December 2016

FST....MP BATU SAPI SAMPAIKAN GENERATOR KEPADA MASJID PULAU SHANGHAI

Gambar Menunjukkan……..Linda (tengah) menyampaikan janakuasa kepada wakil masjid Pulau Shanghai sambil diperhatikan oleh pegawai beliau serta penduduk kampung baru-baru ini



OLEH: MUSTAFFAH MOHD HASSAN-FST
Sabtu Desimber 17/2016

SEKONG:-  Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah menyumbangkan sebuah janakuasa (gen set) baharu untuk kegunaan masjid di Pulau Shanghai di sini.

Seorang wakil masjid telah menerima janakuasa itu dari Linda dalam satu majlis penyerahan yang diadakan baru-baru ini.

Kemudahan yang disumbangkan oleh Linda akan digunakan untuk keselesaan penduduk kampung yang beragama Islam semasa menunaikan solat atau mengadakan aktiviti keagamaan di masjid berkenaan.

Hadir bersama ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk serta beberapa penduduk kampung.

Pulau Shanghai yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan menaiki bot laju dari Sandakan, mempunyai lebih dari 400 penduduk yang kebanyakannya nelayan.


TAMAT


No comments:

Post a Comment