Thursday 22 December 2016

FST......SOKONG INDIVIDU TAK SAMA MAKSUDSOKONG PERJUANGAN.


OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Khamis 2016-22 Disember


KALAU saya polis dan anak saya mencuri, tetap saya tangkap dan minta diadili. Itu makna bukan sokong individu dan jika anak saya betul tidak mencuri, maka itu tetap saya perjuangkan dan pertahan dengan hujah-hujah  yang benar dan berfakta dan inilah yang dikatakan sokong pejuangan bukan individu.
Sokong indivudu tak sama maksud sokong perjuangan.
DS Shafie prinsipnya sokong perjuangan tetapi tidak sokong individu dan bila dia merasakan individu Najib salah, lalu ia tanya/sekadar bertanya kasus 1MDB tidak dijawab dan jawabanya bersilat kata, maka ia katakan di luar, lalu ia dipecat.
Sistem kabinet kita ialah sistem suara majoriti dan apa saja yang diputuskan secara majoriti, maka yang minoriti kena akur dan tidak boleh berkata di luar isu yang dia tidak disetuju dan jika berkata di luar sistem kabinet kena meletakkan jawatan atau dipecat.
Memecat itu kuasa PM sebagai pengerusi kabinet dan tidak boleh dipertikaikan sebab itu kuasanya sebagai pengerusi kabinet. Fakta!
Nah, sekali lagi saya katakan DS Shafie tidak menyokong individu tetapi menyokong perjuangan dan jika perjuangan salah, maka ia tentu tidak bersetuju sebab jika perbuatan mungkar dan jika dia diam makna DS Shafie sama dapat dosa di akhirat akan kena tanya kesan subahat. Ini fakta bukan auta.
Setiap yang salah kena tegur malah Imam yang salah bacaan atau salah macam-macam hal juga boleh ditegur dan kalau salah imam harus mundur atau berhenti jadi imam.
Tidak ada salah menyuruh orang letak jawatan jika tidak benar dan di sini sama konsep bahawa kita tidak harus menyokong individu tetapi harus menyokong perjuangan yang benar. Itu jelas kosepnya islam yang diajarkan dan agama lain juga rasanya sama.
Nah, sesuai dengan kenyataan di atas ada yang mengatakan kenapa saja saya tidak menyokong Anwar dan kenapa menyokong DS Shafie?
jelas soalan ini tidak memahami kosep perjuangan dan hal ini sudah saya jelaskan dua minggu lalu melalui satu status yang saya menyokong perjuangan dan bukan individu.
Perlu saya jelaskan meski saya sudah meletakkan jawatan ketua penerangan PKR Sabah dan kemudian meletakkan jawatan Pengarah Komunikasi PKR Sabah sebelum DSL meninggalkan parti tetapi saya masih ahli PKR sejak 12 tahun lalu. Ini fakta.
Seperti yang saya katakan saya tidak menyokong individu seorang Anwar sebalik saya sokong apa yang Anwar perjuangkan.
Saya tidak bersetuju DNA dijadikan bahan bukti sebab DNA boleh diambil di mana-mana dan diletakkan dalam dubur sebagai bukti. Makna apa yang berlaku terhadap Anwar itu saya tidak setuju dan itu harus kita perjuangkan, sebalik jika memang Anwar benar-benar meliwat itu saya tidak setuju dan tetap bantai dan itu sebab saya berpegang konsep perjuangan bukan individu.
Perjuangan individu ada yang kita tak setuju dan ada yang kita setuju dan kalau Anwar kata bantai RASUAH dan itu saya sokong, sebalik jika ia mengambil rasuah dan menipu, itu saya bantai dan itu sebab saya berpegang kepada konsep pejuangan bukan individu.
DS Shafie Afdal dulu dalam UMNO dan dia perjuangkan perjuangan Najib dan meski salah terus juga dia menegur di kabinet hingga berkali-kali dan sudahnya dipecat dan digantung keahlian atas cadangan MUSA AMAN dan kemudian ia meninggalkan UMNO dan menubuhkan WARISAN dan berjuang menentang BN.
Meruntuhkan kepimpinan BN yang ahli kabinet ramai korup, itu juga perjuangan dan visi PKR/PH dan saya berterima kasih sebab DSSA ke lokasi pejuang melawan BN atau pembangkang dan bila dia di pembangkang maka makna itu saya dan dia satu perahu satu perjuangan dan pejuangan itu ialah demi rakyat Sabah tumbangkan BN. Apakah ini salah? apalah saya menngkhianat Anwar kalau misalnya plan A tak dapat maka BN saya lalui asal visinya sama perjuangkan kebenaran yang saya anggap benar. Benar atau tidak terserah tafsiran yang lain.
Orang yang bukan Islam agamanya(contoh) dan tiba2 sertai/memeluk agama islam, adakah kita caci maki dan hamun? adakah Islam ajar begitu? tentunya kita kasih tarbiyah dan ajar jelaskan hukum2 islam bukan maki hamun. benar?
Jadi, DS Shafie berjuang bersama pembangkang, maka itu saya sokong tetapi bukan sokong individu DS Shafie tetapi sokong perjuangannya itu yang sama dengan apa yang saya perjuangkan dan sama apa yang PKR perjuangkan. Ini prinsip saja cukup jelas.
Seterusnya saya tidak duduki kerusi Majlis tertinggi, malah kerusi Majlis tertinggi di PKR dulun sebagai ketua penerangan PKR Sabah dan pengarah Komunikasi PKR Sabah saya tinggalkan sebelum DSP Lajim menubuhkan parti HARAPAN makna saya bukan gila jawatan dan bukan gila mahu melobi sesuatu. Visi saya jelas seperti saya perkatakan yang di atas.
Ada yang kata saya ini sudah kaya mendapat duit berjuta dan mendapat upah kesan menulis dan perlu saya jelaskan saya bukan GILA DUIT dan tidak gila pangkat, tidak gila nama dan tidak gila jawatan malah jawatan yang ada saya tinggalkan lebih kurang sama macam DS Shafie sendiri, malah susuk tubuh kami juga sama. Sama tapi tidak serupa.
Kebetulan saya ini penulis sejak 40 tahun lalu dan sudah menulis 40 buku dan bukan menulis untuk kaya atau mendapat upah atau kesan jualan buku tetapi sekadar menulis kesan minat dan jika saya berhenti menulis maka sebahagian hidup saya lumpuh dan jika saya tidak menulis bermakna hidup saya tidak bermakna, maka saya untuk hidup harus menulis dan menulis serta membaca dan membaca sebab sudah terbiasa.
Jadi, harus difahami definasi atau maksud PENULIS dan POLITIKUS itu sendiri.
Saya aktivis penulisan dan bukan politikus. Biasanya politikus inginkan kerusi MT untuk nanti syarat mudah menjadi calon sedang aktivis penulis seperti saya hanya menulis dan menulis tidak menginginkan apa-apa, malah HARAM kalau saya diupah atau mendapat upah selama ini kesan menulis. Jadi, saya jangan disamakan dengan yang lain dan jangan sesukahatinya memfitnah kutuk saya tetapi jika ada fitnah dan kutuk aibkan saya, itu saya ucap terima kasih sebab mengambil dosa-dosa  saya.


No comments:

Post a Comment