Thursday 15 December 2016

Free Sandakan Today Online KERAJAAN PINANG AKAN BAYAR BONUS 50 PERATUS KEPADA KAKITANGAN AWAM DAN GURU-GURU AGAMA AKHIR TAHUN INI ....KATA WONG

OLEH:  SHAIMON S JUMADI
Thursday December 15/2016


TERBAIK...Kerajaan Pinang akan bayar bonus 50 peratus daripada gaji pokok RM700.00 kepada kakitangan awam dan Guru-Guru Agama

KERAJAAN Negeri Pulau Pinang adalah  terbaik selain kerajaan Negeri Selangor yang diperintah dan ditadbir oleh kerajaan PAKATAN HARAPAN yang membabitkan DAP-PKR dan AMANAH.


Walaupun kerajaan negeri PAKATAN HARAPAN yang tidak bergantung dengan kerajaan Persekutuan di bawah pemerintahan Barisan NasionalUMNO  tetapi negeri rakyatnya hidup dalam keadaan selesa.


Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt  ketika mengulas beberapa kenyataan daripada pihak-pihak tententu yang mendakwa parti DAP adalah parti anti Islam parti anti orang-orang Melayu tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali dan tuduhan liar agar orang-orang Islam Melayu membenci DAP.

Wong berkata kerajaan Pulau Pinang yang didukung dan diperintah oleh DAP melalu kerajaan PAKATAN HARAPAN benar-benar ikhlas memelihara kebajikan rakyatnya tidak kira bangsa Cina-Melayu dan India mendapat hasil yang sama rata.

Wong menjelaskan pada 22hb Desember ini kerajaan Pulau Pinang  yang dipimpin oleh Lim Guan Eng akan membayar  bonus  50 peratus tahun akhir ini  daripada gaji pokok atau RM700.00  kepada kakitangan awam dan Guru-Guru Agama Islam ini satu usaha murni  kerajaan Pulau Pinang yang menjaga kebajikan semua kaum  agama tidak kira Islam-Buddha-Kristian dan Hindu adil dan saksama.

“Saya kesal  tuduhan-tuduhan daripada beberapa pemimpin UMNO yang sering melontarkan tomahan kepada DAP yang DAP parti Cina  Parti anti orang Melayu parti anti Islam itu tidak benar DAP adalah parti milik semua kaum dan rakyat Malaysia”.

Kata Wong sejak akhir-ahkir bukan sahaja di Pulau Pinang ramai di kalangan orang-orang Melayu menyertai parti DAP bahkan di sebahagian tanah Semenanjung dan juga di Sabah.


Wong berkata kesedaran orang-orang melayu kepada DAP parti berbilang kaum  maka ramai bangsa Melayu sudah menjadi ahli DAP.




No comments:

Post a Comment