Friday 16 December 2016

FST.........TUDUHAN TIDAK BERASAS WARISAN BUKAN LANUN PUN BUKAN PARTI PTI


( pemimpin semua Sabahan)

OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Friday 16/2016 December

MULAnya UMNO ke Sabah DS Shafie Afdal yang sama menggerakkan dan merancang melalui belakang Tun Sakaran terus dikatakan anjing Semananjung.

Bila dipecat jawatan kabinet kesan menegur PM terkait hal 1MDB ia digantung keahlian dalam UMNO dan kesannya ia meletakkan jawatan/meninggalkan UMNO dan berjuang bersama WARISAN, maka terus ia dikatakan sebagai "ketua Lanun" dan "ketua perompak" dan sekali gus WARISAN dianggap parti lanun dan parti PTI. Soalnya apa yang mereka lanun dan mereka rompak?

Siapa sebenarnya lanun dan siapa sebenarnya merompak khazanah negara bangsa Malaysia dan apakah PM itu seorang pemimpin yang bersih atau mereka itu yang di atas tidak melanun dan tidak merompak dana 1MDB?

" Warisan bukan parti Lanun dan bukan parti PTI, saya bangsa Bajau asal dan lahir di Semporna. YB Darell Leiking asal Penampang dan demikian juga YB Terrence Siambun. Malah semua naib2 presiden seperti YB Datuk Jaujan, YB Junz Wong dan Ybh Peter Anthony adalah anak Sabah dan mereka bukan Lanun dan bukan PTI" Kata DS Shafie Afdal.

Tidak cukup dikatakan "Anjing" dan "ketua perompak dan ketua lanun", seorang Shafie Afdal mantan Naib Presiden UMNO itu juga dikatakan sama macam binatang yang namanya SAPI. Lembu punya susu sapi dapat nama dan siapa yang pelihara lembu bantai RM250 juta? Itulah sebenarnya perompak dan lanun moden di akhir zaman.

" Biarlah mereka menghina saya dan saya tidak akan menghina mereka dengan kata-kata yang sedemikian dan WARISAN akan terus melakukan jelajah WARISAN ke seluruh Sabah. pekan, kampung akan kami datangi nanti untuk menjelaskan visi dan perjuangan parti WARISAN " katanya lagi.

Ditanya soal gabung dan melalui ucapan ia katakan yang parti warisan tidak kejar jawatan, tidak kejar jadi calon atau YB atau jawatan menteri tetapi yang lebih utama perjuangan untuk rakyat Sabah dan rakyat Sabah merupakan segala-galanya dan merekalah yang menentukan semua perkara melalui undi di PRU14 nanti.

" Sabah memang ramai parti dan kita akan pilih secara hati-hati mana-mana yang sesuai dan pastikan ada harapan untuk menang di PRU14 akan datang " Kata DS Shafie Afdal lagi.

Di acara di kampung Kukut itu DS Shafie menerima borang penyertaan dari pelbagai bangsa sekitar 3,491 orang/borang dari Sipitang dan 3,595 orang/borang dari Beaufort dan kepimpinan di Sipitang dan Beaufort akan terus berusaha mendapatkan lebih ramai keahlian.

SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah


No comments:

Post a Comment