Friday 9 December 2016

(FST) Free Sandakan Today Online…. MAHU MAIN POLITIK TAPI RAMAI TAK FAHAM POLITIK


( menyentuh kerajaan persekutuan)

OLEH: NURLIYAMA ABDULLAH (FST)
Friday December 09/2016

SLOGAN Parti Lokal terus disuarakan dan di mana-mana ramai menyebut perkataan itu hingga mereka lupa sesuatu yang lebih penting, lupa sejarah masa lalu soal perkembangan politik di Sabah.

Semangat parti lokal memang baik dan ditambah lagi dengan kata Sabah For Sabahan dan itu memang menarik tetapi dalam menarik kata-kata itu selalu saja kita khayal dan lupa kemenangan parti PBS dalam tahun 1985 yang menumbangkan BERJAYA secara lebih teruk dan memalukan.

Slogan parti lokal dan Sabah for Sabahan sebenarnya sudah lama dilaung2kan dan bukan sesuatu yang baru dan teringat slogan Asia For Asia oleh Jepun, Malaysian for Malaysia oleh PAP/DAP awal merdeka dan kemudian dikutip perjuangan itu tercipta Sabah for Sabahan yang nampaknya rasis.

Kenapa saya kata ramai lupa dan tak faham politik nasional terkait kerajaan persekutuan atau WANG DISATUKAN? Soal kuasa2 kerajaan persekutuan disamping wang disatukan, tentera, polis dan sebagai itu tidak saya hurai di sini dan kita sedia maklum.

Hakikat saya tidak menentang semangat partil lokal dan itu ada sebab-sebabnya dan saya cukup faham dan demikian juga slogan Sabah For Sabahan dan itu tidak perlu saya hurai sebalik saya akan sentuh fokas hal PARTI NASIONAL.

Kita tahu PBS pernah tumbangkan BERJAYA secara teruk dalam tahun 1985 dan ketika itu mendekat 3 penggal PBS memerintah dan apa saja yang PBS dapat lakukan?
Sebelum PBS memerintah, hal 20 PERKARA menjadi isu yang selalu diperkatakan tetapi sesudah PBS memerintah yang menjadi jaguhan pejuang 20 PERKARA tidak pula fight isu dibangkit, kenapa?

Sepatut masa memerintah itulah PBS usahakan 20 PERKARA dan PERJANJIAN 63 sebab itulah masa yang terbaik untuk fight tetapi langsung tidak diambil perhatian. Kenapa demikian?

Kesan semasa PBS yang memerintah tidak kuasai WANG DISATUKAN yang dikuasai oleh kerajaan persekutuan kesan gagal menangi lebih 112 kerusi MP maka kuasa PBS terhad dan kesannya PBS susah hingga parti PBS agak NYAWA-NYAWA IKAN akhirnya 2 orang lompat( Rubin dan Lajim) serta Zaini di Labuan. Kesan lompat itu PBS tumbang.

Sesudah tumbang dan PBS agak kesusahan dan akhirnya sertai BN demi keselesaan dan kemudian sesudah sertai BN hingga sekarang, apa yang PBS dapat lakukan untuk mengubah politik Sabah dan membawa kebaikan orang Sabah dan negeri Sabah?

Jelasnya PBS dibayangi oleh oleh Parti Nasional namanya BARISAN NASIONAL yang ditunjangi/kuasai oleh UMNO dan PBS termasuk PBRS, UPKO hanyalah melengkap untuk menyatakan konon ada KDM dalam BN tetapi hanyalah tidak kurang seperti nasi tambah yang tidak berkuasa dan yang untung hanyalah presiden parti yang mendapat habuan jawatan kerusi menteri di persekutuan dan kabinet negeri Sabah.

PBS gagal memainkan peranannya bukan kerana PBS tidak berusaha sebalik PBS memang tidak ada kuasa dan kuasanya di tangan UMNO dan bila disentuh UMNO maka yang MAHA BERKUASA ialah seorang Perdana Menteri dari UMNO bernama Najib Razak. faham itu?

Hal di atas sudah saya jelas dan cukup jelas bahawa sekadar slogan laungkan parti lokal atau Sabah For Sabahan tidak akan ke mana tanpa kerjasama parti nasional sama ada BN atau PH/PR nanti sebab hanya kedua parti sahaja bakal tandingi 222 kerusi MP sedang yang di Sabah hanya tanding 25 kerusi yang belum tentu dimenangi dan jangan lupa untuk kuasai kerajaan persekutuan kena menangi lebih 112 kerusi MP. Faham?

Itu sebab selalu saya katakan tidak boleh tidak parti lokal kena kerjasama dengan parti kebangsaan( bukan parti Malaya) iaitu sama ada BN atau PH/PR dan jika parti lokal gagal berkerjasama maka akan samalah keadaannya seperti kemenangan PBS dalam tahun 1985 itu. Kamu Faham maksud saya ini?

Sekarang meski slogan parti lokal itu begitu hebat diperkatakan tetapi jangan lupa tanpa kerjasama semua parti kejayaan tidak akan dapat dikecapi kesan sekarang ini tidak sama dengan era tahun 1985 itu sebab sekarang ini KDM dan CINA tidak akan bersatu sama seperti tahun2 1985 itu.

Sokongan CINA jelas hanya kepada DAP dan itu tidak akan tergugat, sementara parti Cina lain jangan mengharap kecuali menumpang kasih di parti2 lain jika bertanding di PRU14 akan datang sebab sejarahnya parti Cina lain golong tikar malah rata2 kehilangan deposit di PRU13 lalu. Rujuklah keputusan PRU13 itu!

Soal KDM pula sama sekali tidak akan sama macam tahun 1985 itu sebab KDM sekarang pecah seribu dan di sabah saja ada sekitar 20 buah parti dan ini sebenarnya salah satu usaha BN untuk guna sistem PECAH DAN PERINTAH dan sistem ini berjaya dilakukan di PRU13 lalu bila beberapa kawasan seperti MP Kota Marudu dan Keningau disertai oleh parti SAPP, STAR dan PKR dan kesannya BN menang tipis. Nampak itu? sila kaji keputusan kedua kawasan MP berkenaan.

Kesimpulannya ialah parti lokal tidak boleh tidak kena kerjasama dengan parti nasional sama ada BN atau PH/PR atau parti lokal usaha tandingi 222 kerusi MP dan usaha menangi lebih 112 kerusi MP. Apakah itu mungkin?


No comments:

Post a Comment