Wednesday 7 December 2016

Free Sandakan Today Online.....MP BATU SAPI LAWAT BALAI RAYA KG GAS BARU

                                                     

Gambar Kelihatan…..Linda bersama pegawainya dan penduduk kampung semasa peninjauan beliau  ke balai raya Kampung Gas Baru kelmarin

OLEH: AZMIE AZMAN
Rabu Desimber 07/2016

BATU SAPI:-   Balai raya Kampung Gas Baru di kawasan Batu Sapi telah dibaikpulih dengan peruntukan yang disalurkan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Linda bersama pegawai beliau membuat tinjauan ke balai raya berkenaan selepas kerja-kerja baikpulih telah siap dilakukan baru-baru ini.

Kelas Tabika KEMAS kampung berkenaan telah dipindahkan ke balai raya selepas struktur asal yang menempatkan tabika musnah dalam satu kebakaran tahun yang lalu.

Linda memberitahu bahawa kerja membaikpulih balai raya telah dilaksanakan setelah menerima permintaan dari pihak tabika demi keselesaan murid-murid yang menghadiri kelas di situ.

Turut hadir dalam lawatan ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk serta pemimpin masyarakat setempat dan wakil penduduk kampung.

Penduduk-penduduk kampung berterima kasih kepada Linda atas keprihatinan beliau dan usaha mencari penyelesaian mengatasi permasalahan mereka.



No comments:

Post a Comment