Saturday 11 March 2017

FST.....PATRCIK SINDU HENTAM SHAFIE MANA SUDAH CASH

PATRICK HENTAM DSSA? 
( jelas ia tak guna otak secara benar)

OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Saturday March 11/2016

SEORANG Patrick Sindu  seharusnya tidak perlu membandingkan Sabah dan Negara Amerika yang sudah merdeka/maju berabad-abad lamanya.

Jelasnya si Patrick ini tidak menggunakan otak yang baik untuk membandingkan kemajuan Sabah dengan negara yang lebih maju di dunia. rasa kepingin juga saya berdebat dengan dia ini secara terbuka.

Kalaupun dikau baru saja balik dari Amerika seperti orang "kebaru-baruan an" tak perlulah dikau bandingkan Sabah negeri termiskin dengan negara Amerika yang terkenal itu.

Kenapa saja tidak kau bandingkan Sabah yang kaya sumber alam dengan negara Singapura, Jepun yang dan lain-lain yang miskin sumber alam?

Kemudian Patrick guna otaknya yang kurang bijak mengatakan yang Shafie mahu jadi ketua menteri. Bila saja seorang  Shafie mengatakan dia mahu jadi ketua menteri?

Kalaupun ada ia katakan demikian, apakah itu satu kesalahan demi selamatkan rakyat Sabah yang menerima anugerah termiskin sekali di Malaysia dan pendidikan asas tersorot serta paling ramai memohon bantuan termiskin?

Memang KKLW itu menerima bilion peruntukan tetapi peruntukan itu untuk Sabah dan Sarawak yang sama luasnya dengan Semananjung Malaysia dan lagi  Shafie hanya duduki kerusi menteri itu sekitar 4.5 tahun dan apakah dengan setahun dua boleh merubah keadaan Sabah Sarawak yang memang mundur?

Patrick harus tahu bahawa peruntukan KKLW itu bukan semata untuk Sabah tetapi juga untuk bangunkan FELCRA, MARA dan banyak lagi agensi di bawah kawalannya dan jangan lupa bila peruntukan itu disalurkan ke Sabah maka itu tanggungjawab seorang Ketua Menteri yang mengaturnya dan bukan semata Shafie.

Shafie sebagai menteri KKLW untuk semua negeri bukan untuk Sabah semata dan Sabah dikuasai oleh Musa Aman selaku ketua menteri dan ada menteri2 kabinet yang bertanggungjawab dan jangan lupa di kerajaan pusat ada sekitar 30 kementerian dan bukan KKLW semata.

Apakah Patrick sengaja membutakan mata dan menulikan telinga?

Kenapa Patricik menyalahkan seorang Shafie semata seolah tidak majunya Sabah kesan  Shafie seorang?

Kalau mengulas komen biarlah dilihat semua aspek dan siapa yang berkuasa penuh dan jangan lupa Kabinet Malaysia dikuasai oleh Najib sementara kabinet Negeri dikuasai oleh Musa yang punya ramai Menteri dan ramai ahli parlimen yang kuasai parlimen serta DUN-DUN di Sabah.

Kalaupun Patrick mahu minta dicalon, terus saja ke laman pilihanraya nanti atau bisik ketua menteri untuk calon BARISAN NASIONAL atau nanti menjadi calon Bebas.

Tentu rakyat mahukan Patrick Sidu menjadi wakil rakyat suarakan masalah rakyat nanti. Kita menunggu untuk nanti lawan calon-calon parti Warisan Sabah.

Saya ingatkan Patricik kalau komen, lihat dengan mata hati bukan mata kepala semata atau membabi buta hentam keromo seperti orang kehilangan akal tidak waras.
CASH di mana kau?


No comments:

Post a Comment