Wednesday 1 March 2017

FST....DAP TG PAPAT SUMBANG PASANG PINTU TIANG GOAL PADANG FUTSAL


OLEH: SHAIMON  S JUMADI- FST
Wednesday March 01/2017

TANJUNG PAPAT:-  Gotong Royong boleh menjalinkan hubungan mesra antara satu sama lain ini harus dikekalkan hingga ke generasi akan datang.

Walaupun Parti Tindakan Demokratik (DAP) hanya merupakan parti pembangkang namun tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyatnya tidak pernah terabai ini memang sudah menjadi dasar dan perjuangan asal DAP sentiasa membela rakyat yang memerlukannya.

DAP Tanjung Papat yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi  DAP Sandakan Frankie Poon telah mengadakan Gotong Royong bersama-sama penduduk untuk memasang pintu  tiang  Goal padang Futsal di  Taman Permainan Perumahan Sedarhana Sim-Sim kelmarin.


Menurut Poon projek pemasangan pintu tiang  Goal padang Futsal sumbangan DAP itu adalah bertujuan untuk kemudahan kepada para belia setempat untuk menjalankan kegiatan sukan setiap hari.

Kata Pon lagi para belia haruslah digalakan mengambil  pelbagai aktiviti agar mereka (belia) tidak mudah terjebak dengan kegiatan-kegiatan nagatif yang bisa memudaratkan diri mereka.



No comments:

Post a Comment