Wednesday 29 April 2015

MPS CEMARKAN NAMA SANDAKAN NATURE CITY OLEH BAU BUSUK DIMATA PELANCONG LUAR

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Kekotoran yang terdapat di lorong bangunan Blok 16 Bandar sudah sekian lama tidak dibersihkan bau busuk betul-betul mencemarkan  nama baik Bandar Sandakan yang bergelar Nature City dimata pelancong luar yang sering berkunjung ke daerah ini.

Dimana tanggunjawab pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sebagai sebuah badan pertadbir khususnya  dalam menjaga alam sekitar kenapa kekotoran yang melanda dilorong bangunan Blok 16 tidak diselenggarakan.

Mana sudah para kaunsilor yang telah dilantik dalam memainkan peranan  untuk memantau satu-satu kawasan yang dipertanggungjawabkan.
 
Atau mereka sengaja dan membabi buta tuli tidak mendengar aduan orang ramai mengenai fenomena itu sehingga menjijikan pandangan mata bukan saja dikalangan pelancong asing bahkan dimata warga Sandakan sendiri.

Mereka tahu Sandakan adalah nombor 2 bandar terbesar selain Kota Kinabalu, Bandar Sandakan adalah bergelar Nature City (Bandar Semula Jadi) dengan terpampangnya papan-papan tandah (Bill Board) begitu besar di sana sini yang menunjukkan Bandar Sandakan adalah tarikan utama pelancong, akan tetapi sayang sekali bandar Sandakan boleh dikatakan Kabar inda dari rupa tidak sejajar dengan gelaran Sandakan Nature City kerana terdapat kekotoran di sana sini.

Sampai bila Sandakan terus dilanda bau busuk yang boleh mengundang pelbagai penyakit kerana membiak tikus-tikus mondok dan lalat-lalat.


JAMES RATIB BERKATA GANDINGAN MANTA PM DAN KM SABAH BERTAMBAH MAJU

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SUGUT:-  Ketua Bahgian UMNO Beluran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut Datuk James Ratib berkata kita sebagai ahli UMNO sama ada diperingkat Bahagian mahupun di peringkat Cawangan dan akar umbi harus menyokong pucuk pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Malaysia  kerana beliau merupakan pemimpin nombor 1 di Negara ini tiada tolok bandingannya.

Katanya lagi kepimpinan Datuk  Seri Mohd Najib Tun Abd Razak  sudah terbukti  terutama usaha  murninya melalui pendekatan Gagasan 1Malaysia selain menyalurkan pembangunan perdana  kepada semua  rakyat jelata

Pengerusi Sedcovest Holding Sdn Bhd itu, menyifatkan kepimpinan Najib adalah paling terbaik kerana sejak mengambil-alih jawatan pelbagai kemajuan berjaya dilaksanakannya sehingga negara menjadi contoh kepada sesetengah negara di dunia.

"Beliau telah berjaya menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dengan begitu baik sekali khususnya dalam konteks penyatuan kaum bila mana konsep perpaduan yang diperkenalkan dapat diterima semua pihak.

"Sebagaimana prinsip parti Barisan Nasional (BN) Sabah yang menyokong penuh dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, kami juga sebagai wakil rakyat BN daripada Umno ini akan memastikan kepimpinan Najib terus kekal.

"Kami akan berdiri teguh di belakang beliau demi kepentingan bangsa, agama dan negara," tegasnya semasa merasmikan Mesyuarat Umno Cawangan Kampung Tangkarason dan Pemimpin Bersama Rakyat di perkampungan itu, dekat sini, kelmarin.

Menurut James lagi, Perdana Menteri adalah seorang pemimpin prihatin terutama apabila beliau sentiasa mengambil berat apa jua permasalahan yang melibatkan pembangunan di negeri ini.

Dalam tidak sedar, katanya, kerancakan kemajuan yang dikecapi adalah hasil perhatian tidak pernah putus daripada Perdana Menteri kepada Sabah lebih-lebih lagi hubungan baik dengan Ketua Menteri yang disayangi rakyat iaitu Datuk Seri Musa Haji Aman.

"Kita juga menyokong penuh kepimpinan Musa selaku Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang ternyata telah berjaya membangunkan Sabah dalam pelbagai sudut pembangunan.

"Saya percaya gandingan mantap antara Perdana Menteri dan Ketua Menteri maka kemajuan akan bertambah di Sabah.

"Ini kerana, kedua-dua pemimpin ini amat menitikberatkan pembangunan rakyat jelata terutamanya di kawasan luar bandar, dan tidak terkecuali Sugut yang pada masa kini terus mendapat limpahan pelbagai pembangunan.




"Kita akan memberikan sokongan penuh agar Perdana Menteri dan Ketua Menteri terus kekal menerajui negara serta negeri ekoran keikhlasan mereka yang tidak pernah lupa tanggungjawab yang diamanahkan," jelasnya.

KEDUA PEMIMPIN PM DAN KM PERLU DISOKONG TIDAK BERBELAH BAGI.....KATA JAMES RATIB

SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
Freesandakantoday.blogspot.com


SEBAGAI seorang ahli UMNO sama ada diperinkat negeri, Bahagian, Cawangan dan juga diperingkat akar umbi harus menyokong kedua-dua pucuk pimpinan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dan juga kepimpinan  negeri Datuk Seri Musa Hj Aman.

Kerana kedua-dua pucuk pimpinan bukan saja merupakan pemimpin yang berkeliber mereka juga seorang  pemimpin yang berjiwa rakyat banyak membangunkan dalam pelbagai aspek perdana pembangunan asas di dalam Negara dan juga negeri.

Jujur saya katakan  sebagai ahli UMNO kawasan Beluran yang juga selaku Ketua Bahgian UMNO Beluran merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut yang menang bertanding pada PRU13 lalu saya terus memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi terhadap pucuk pimpinan Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Negeri Sabah yang juga selaku Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Musa Hj Aman.
 
Sejak Musa dilantik sebagai Ketua Menteri dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Negeri  Sabah banyak berubah wajah dalam aspek pembangunan asas sama ada di kawasan luar Bandar,kawasan Bandar juga kawasan dipersisiran pantai.

Biarlah saya berterus terang saja saya  memberi kenyataan  terbuka di Portal The Borneo Sabah Insider.Net ini bukan bertujuan untuk membodek  atau nak angkat kaki kepada Ketua Menteri Sabah akan tetapi apa yang saya perkatakan ini dengan hati yang telus dan ikhlas memang menjadi realitinya kepimpinan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri sabah harus dikekalkan sehingga beliau sendiri mengundur diri, kerana beliau sebagai pemipin negeri memang tiada tolok bandingan jika dibandingkan dengan lain-lain pemimpinian6ya  sukar untuk dicari ganti
 
Disini saya ingin mengajak rakan-rakan seperjuangan dalam UMNO mahupun Komponen BN marilah kita sama-sama  memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi terhadap pucuk pimpinan Datuk Musa untuk terus menerajui kepimpinan sebagai pemimpin nombor 1 dalam Sabah untuk terus mentadbir kerajaan BN sebagai wadah perjuangan politiknya dipersada politik tanah air.

James Ratib berkata panjang lebar  kepada Editor The Borneo Sabah Insider.Net semasa  menjamu selera makan tengahari  selepas upacara merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 22/2015 Persatuan Nelayan Sandakan (PNK) di Dewan Masyarakat Sandakan pagi tadi.


WANITA UMNO SOKONG PM DAN TUN MAHATHIR...KATA RAHIMAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI


KOTA KINABALU:-  Ketua Bahagian Wanita UMNO Batu Sapi Rahimah Arsah menyifatkan perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti Wanita UMNO diperingkat Bahagian yang telah dipengerusikan oleh Ketua Wanita UMNO Negeri Datuk Hajah Armani Datuk Hj Mahiruddin  merangkap Ketua Wanita Bahagian UMNO Libaran yang diadakan di  Pejabat Perhubungan UMNO Negeri  Kota Kinabalu kelmarin banyak menfaatnya untuk Wanita UMNO Sabah.
  
Kata Rahimah banyak perkara-perkara yang telah dibincangkan itu antaranya  mengenai Mesyuarat Cawangan-Cawangan Wanita UMNO disemua peringkat Bahagian  yang kini sedang berjalan sehinga 2hb Mei ini.

Mengadakan program-program dan aktiviti-aktiviti Wanita ini sejajar wanita UMNO adalah sebagai tulang belakang  Parti.

Wanita UMNO juga menyokong kepimpinan Perdana  Menteri yang juga selaku Presiden UMNO Malaysia  dan dalam masa yang sama perlu juga menghormati mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammed ada hikmah disabilknya  isu-isu yang berlaku sekarang dapat  diselesaikan  dengan   sebaik-baiknya.
 
Sambil itu tambah Rahimah dalam mesyuarat itu juga tidak ketinggalan membincangkan mengenai jadual lawatan rasmi ke Sabah Datuk Seri Peduka Shahrizat Abdul Jalil pada bulan Ogos ini.

Katanya  lawatan itu Shahrizat itu nanti ia dapat menjalinkan dan mengukuhkan perpaduan di kalangan Wanita-Wanita UMNO diperingkat Persekutuan, Negeri dan juga Bahagian serta keakar umbi.
  
Salah satu alternative Wanita UMNO hendaklah  sentiasa bersiap sedia berdepan dengan isu-isu semasa dan gerak kerja  harus dilaksanakan untuk mencapai sasaran dan objektif parti untuk mengekakalkan mandate terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) khusus bagi  menghadapi PRU14 nanti

Jelas Rahimah  hubungan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga masyarakat sekeliling  harus dipupuk demi menjalinkan keharmonian untuk mewujudkan semangat setia kawan antara satu sama lain.

Turut hadir sama dalam perbincangan itu ialah Naib Ketua UMNO Negeri yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab  Ayid.




Monday 27 April 2015

KUMPULAN MARHABAN KG GAS DITUBUHKAN TINGKATKAN SYIAR DAKWAH ISLAM......KATA RAHIMAH

OLEH:- SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:- Ketua Bahagian Wanita UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah berkata penubuhan kumpulan Marhaban Kampung Gas yang diusahakan oleh Pengerusi Kumpulan Marhaban ini menjurus jalan kejayaan.

“Saya selaku Ketua Wanita UMNO Batu Sapi  amat penyokong usaha murni ini agar meneruskan menubuhkan kumpulan Marhaban ia sejajar dengan perkembangan syiar dakwah Islamiah di Negara ini” ujarnya.

Rahimah berkata  sebagai wanita yang bergelar ibu kita tidak semata-mata menumpuhkan pengurusan rumah tangga itu adalah wajib tetapi juga wanita juga mempunyai peranan yang lain selain menjaga rumah tangga ia juga perlu berkecimpung dalam apa jua aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan juga aktivi-aktiviti keagamaan.

“Saya percaya dengan penglibatan kaum ibu khususnya wanita dalam perbagai persatuan NGO atau bidang arena politik  banyak menimba ilmu yang diperoleh hasil  perkongsian maklumat daripada kawan-kawan seangkatan” katanya.

Rahima berkata selanjutnya dengan penubuhan Kumpulan Marhaban di Kampung Gas sekaligus  dapat  mengharumkan  nama Kg Gas sisih masyarakat di kawasan Batu Sapi dalam meningkatkan  syiar dakwah  Agama Islam.



23 CHINESE SCHOOL BOARD AND SCHOOL ASSOCIATION RECEIVED CASH FROM MP BATU SAPI


BY AZMI AZMAN

PICTURE SHOW……Linda (sixth right) with principals of Chinese schools and representatives of school management boards during the cash aid presentation ceremony
 


BATU SAPI:-   Twenty three Chinese school management boards, schools and school associations received cash aid from Batu Sapi Member of Parliament Datuk Linda Tsen Thau Lin here on Saturday.

Linda presented the cash aid to representatives of the various school management boards, schools and school associations in Sandakan during the yearly dinner with school officials, Parents-Teachers Association and school management in Batu Sapi Parliamentary constituency at a leading seafood restaurant on April 25.

She also handed over cheques from the Education Ministry to six Chinese primary schools at the function attended by more than 200 representatives of Chinese school management board committees, principals, teachers and other officials in Sandakan.

“The Barisan Nasional Government will continue to provide aid to Chinese schools which is part of the education system in the country,” Linda said.

On another development, Linda called on school management board committees, Chinese school associations and principals in Sandakan to form a sub-committee to review the performance of Chinese schools in UPSR examination.

“Chinese schools in Kota Kinabalu fared better than the Chinese schools here in UPSR, we must look into ways on how we can best improve our performance to achieve better results,” she said.

Linda also announced she would be giving 1,000 plastic chairs to the 20 Chinese primary schools and kindergartens in Sandakan.




JAMES RATIB BUAT LAWATAN KE ZON LINGKABAU TEMUI PENDUDUK

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SUGUT:- Sebagai wakil rakyat yang telah dipilih kita seharus tidak boleh mengabaikan permasalahan rakyat disetiap sudut  ia perlu dibantu agar sesatu masalah kecil mahu besar dapat diberekan.

Membantu rakyat disetiap kampung masalah masalah tanah,pembangunan dan juga masalah pribadi  itu sudah jadi tanggunjawab kita sebagai wakil rakyat dan perkara ini sukar dielakan.

Datuk James Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sugut berkata ketika mengadakan pertemuan dari hati kehati dengan para pemimpin Zon Lingkabau  di Kampung  Pomotodon baru-baru ini. 
Banyak aduan diterima daripada penduduk setempat antaranya masalah kemudahan asas, tanah dan juga lain-lain perkara akan diatasi segara.

“Saya harap penduduk Kampung Pomotodon agar bersabar apapun semua bentuk aduan yang saya terima pastinya saya akan selesaikan dengan sebebarap segera” ujar James Ratib.

Katanya sokongan padu terhadap kepimpinannya sabagai Ketua Bahagian UMNO Beluran dan juga Wakil Rakyat Sugut perlu disemai dihati sanubari mereka agar segala projek dengan mudah disalurkan disetiap sudut kampung khususnya di kawasan DUN Sugut agar dapat sama-sama menikmati kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
  
Ini ternyata  semenjak Datuk James Ratib menjadi wakil Rakyat bermula pada taun 2013 kawasan Sugut banyak berubah wajah dalam arus perdana pembangunan ini jelas James memang seorang berjiwa rakyat tanpa mengira siapa mereka.









7 ORANG ASING PEROMPAK BERSIRI DIBURU POLIS DI SEMUA LADANG SAWIT



OLEH: CHARLES P ANDIANG

KOTA KINABALU:- Orang ramai diseru supaya berwaspada dengan tujuh warga asing yang diburu polis kerana disyaki terlibat dalam dua rompakan bersenjata di pantai timur Sabah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Datuk Salehuddin Abdul Rahman berkata, tujuh lelaki terbabit dikehendaki bagi membantu siasatan dua kejadian tembakan merangkap rompakan di pantai timur Kinabatangan minggu lepas.

Suspek, dipercayai terlibat dalam rompakan yang menyaksikan pengurus ladang berusia 50 tahun Yuen Wing Wah ditembak mati dan pemilik ladang Danny Wong, 30, cedera di daerah yang sama pada 13 April.
Satu kejadian yang sama berlaku beberapa hari kemudian pada 17 April apabila pemilik kedai runcit berusia 50 tahun iaitu Mohd Tahir Mamong telah ditembak di dada dalam kejadian yang berlaku pada waktu siang.


Dia kehilangan dua jam tangan dan telefon bimbit, tetapi berjaya melarikan diri dengan memandu laju selepas ditembak.

Free Sandakan Today  difahamkan   mereka tidak akan terlepas begitu saja kerana   pihak ESSCOM sedang giat memburu ke 7 orang asing disemua kawasan ladang sawit di Kinabatangan dan ladang-ladang sawit yang lain.


SAMPAI BILA KES PENCEROBOHAN TANAH-TANAH ADAT NCR AKAN BERAKHIR



SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
Freesandakantoday.blogspot.com
 

BERMULA  sejak daripada tahun  1995 lagi kalau Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) yang berketurunan suku Sungai, Kadazan, Murut dan Dusun dari awal-awal lagi mengambil perhatian penuh dalam menjaga hak-hak asasi orang Sabah khususnya anak jati tulen Sabah agar tidak jatuh ketangan orang-orang luar dari Semenanjung yang kini telah menepoli tanah-tanah adat NRC di beberapa kawasan tertentu sudah pasti perkara pencerobohan tanah-tanah adat tadi dapat dibendung.

Sekarang agak terlambat sudah dan sukar untuk  membendung atau memantau terhadap tanah-tanah adat NCR kerana 80 peratus tanah-tanah  tadi banyak diceroboh dengan membuka ladang-ladang sawit di sana sini oleh orang-orang luar.
  
Kadang-kadang bila kita mengetahui dan mendengar kes-kes tanah adat dirampas dan ceroboh oleh orang-orang daripada  Semenanjung begitu mudah membuka ladang-ladang sawit di berapa tempat seperti di Kuamut, Kinabatangan, Beluran dan di kawasan-kawasan pedalaman agak menyedihkan juga orang-orang Sungai, Murut dan Dusun yang sudah mendiami tanah-tanah adat NCR begitu lama sehingga ke empat generasi telah hilang begitu juga hak-hak asasi mereka tanpa ada rasa belas kesihan.

Ada juga kes pencerobohan tanah-taah adat ini hingga di bawa kemahkamah Tinggi selalunya yang kendalikan kes ini ialah Datuk Kong Hong Ming Syabas  Datuk Kong kerana membela nasib orang-orang kampung yang semakin hari kian tertindas hilang segala hak asasi mereka.

Sementara Jabatan Perhutanan bertindak ganas macam askar rejim Israel tanpa ada rasa simpati rasa belas kesihan rasa peri kemanusian tergamak membakar rumah-rumah mereka meradu segala tananam sawit yang sudah bertahun-tahun mengeluarkan hasil sebagai sumber pendapatan menjana ekonomi rakyat diluar Bandar.

Dengan khabarnya dengan tindakan kakitangan Jabatan Hutan membakar rumah-rumah diatas tanah adat NCR ada sekeluarga yang rentung tetapi tidak dimbil tindakan sehingga kes itu hilang begitu sahaja.

Kenapa dan mengapa para ADUN di Sabah yang berbangsa Sungai, Kadazan, Murud dan Dusun  terus diam seribu bahasa membisu tidak pernah menyuarakan hal-hal yang berlaku sebegini rupa di persidangan Dewan Undangan Negeri untuk mempertahankan hak-hak asasi orang Sabah anak tulen Sabah.

Semasa kerajaan USNO, BERJAYA dan PBS kita tidak pernah mendengar kes-kes orang Malaya mengambil atau menceroboh tanah-tanah adat NCR tetapi setelah kerajaan BN mengambil alih pemerintahan dari PBS disini mulanya kes-kes percerobohan tanah-tanah adat semakin hari semakin menjadi-jadi macam sudah jadi satu trend dan budaya orang-orang Semenanjung monopoli  tanah-tanah adat di Sabah.

Yang menjengkelkan sudah mereka ceroboh tanah-tanah orang kampung mereka usir  suruh keluar  daripada kawasan tanah itu yang juga menjadi sesebuah kampung sambil membawa polis taukey  polis suruh tembak satu-persatu penduduk yang enggan berganjak atau berpindah sungguh malang sekali nasib orang-orang   asal Sabah  yang menduduki tanah bumi sendiri akan jadi pelarian ditempat sendiri
  
Sebagai kesimpulannya sampai bila kes pencerobohan tanah-tanah adat ini boleh selesai hanya satu jalan saja kalau ADUN-ADUN berbangsa Sungai, Kadazan Murut dan Dusun bersatu hati menentang sudah pasti perkara pengambilan tanah-tanah adat  NCR boleh diatasi.

Orang-orang asing PATI yang mempunyai kad pengenalan nombor H033XXXX H.024XXXX dan H.0505XXX begitu mudah membina rumah-rumah diatas tanah kerajaan sehingga menjadi satu kampung jangan jauh-jauh pergi ke Kampung Paris 1 Paris 2 dan Paris 3 dan pergi ke Kampung Gari Nunoh siapa penghuninya kerajaan tak berani ganggu mereka tetapi kalau bangsa Sungai, Kadazan, Dusun dan Murut sudah menjadi mangsa keadaan buat selama-lamanya.

 Sungguh malang sekali nasib penduduk asal sabah berbanding dengan  penduduk warga penyu PATI  yang banyak mendapat keistimewaan daripada kerajaan BN.

Sedarlah  wahai ADUN-ADUN sabah yang berbangsa Sungai, Murut, Dusun dan Kadazan jangan mudah diperkotak katikan bantulah mereka  bagi mempertahankan tanah-tanah adat walaupun tidak mempunyai geran tapi tanah yang mereka duduki  sudah 4 generasi kuburan  nenek moyang mereka banyak dikubur atas tanah adat itu.
Kalau sikap dasar kerajaan BN di Sabah terus menerus menindas orang-orang asal Sabah terutama sekali Jabatan Perhutanan Sabah sudah tentu akan menjejaskan sokongan rakyat daripada suku-suku yang disebutkan itu terhadap Barisan Nasional (BN) menjelang PRU14 nanti.

Selain GST jadi topik dan propaganda dan agenda utama  pembang kang untuk menggulingkan kerajaan BN ditambah lagi isu panas iaitu pencerobohan tanah-tanah adat NCR oleh orang-orang luar yang membuka ladang dengan sewenang wenangnya diatas bumi Sabah.
  
Ini sudah jelas kerajaan BN di Sabah akan tumbang kerana 100 peratus suku Kadazan,Dusun, Murut dan Sungai marah disebakan kes pencerobohan tanah adat sukar diselesaikan.