Wednesday 15 April 2015

TANAH KAMI DICEROBOH SEINCIPUN KAMI TAK AKAN BERGANJAK WALAUPUN APA TERJADI.......NUNUN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SUGUT:- Seorang penduduk berasal dari  Kampung Benang Sugut  Nunun Ajib 57 (gambar)   selaku ketua pemohon tanah seluas 540 ekar di Kampung Benang  yang membabitkan 37 peserta nombor PT: 88083151-3168 dan PT: 2009081475 yang sudah dikeluarkan geran atas nama Ibu Emas adalah perbuatan sabotaj.

Beliau berkata kedudukan tanah tersebut sudah bertahun-tahun lamanya sejak dizaman nenek moyong mereka lagi sebagai tanah adat warisan turun menurun.

Kata Nunun lagi itu pada mulanya adalah tanah terancang untuk penduduk kampung Benang bercucuk tanam sebagai sumber pendapatan, tapi malangnya disebabkan mantan ADUN Sugut itu telah bersekongkol dengan pemilik Syarikat Ibu Emas  untuk mengeluarkan geran tanpa pengetahuannya.

“Yang amat menghairan kenapa tanah adat (NCR) boleh digerankan atas nama Ibu Emas yang pemiliknya cina daripada Semenanjung” ujar Nunun.

“Saya bagi pihak penduduk Kampung Benang Sugut meminta jasa baik pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) agar campur tangan untuk menyelesaikan penyelewengan ini” tegasnya.

Yang paling kami marah tambah Nunun pihak Syarikat  Ibu Emas selalu menggangu kepada penduduk kampung berkenaan kami mahu diusirkan keluar dari kampung Benang sedang kami sudah berpuluh-puluhan tahun lamanya  kami duduk dikampung ini sejak  dizaman moyang  kami lagi mereka senang-senang hendak mengusir.

“Kami sudah nekad apapun terjadi menimpa kepada diri kami walaupun seinci kami tidak akan berganjak untuk meninggalkan kampung ini yang sudah jadi tanah  warisan kami” tambahnya.

Macam mana kami mahu lari dari kampung tersebut kata Nunun sedangkan tanah perkuburan dari nenek moyang, emak, bapa dan adik beradik kami semuanya dikubur diatas tanah tersebut.

“Saya bagi pihak penduduk Kampung Benang yang merupakan penyokong setia kepimpinan Datuk James Ratib Adun Sugut agar dapat campurtangan menyelesaikan hal tanah ini di mana lagi kami mahu tinggal sekarang  sekirangnya kami diusir oleh penceroboh tanah itu” rayunya


No comments:

Post a Comment