Sunday 5 April 2015

AJK PIBG SK KARAMUNTING BUAT LAWATAN AMAL

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Ahli-Ahli Jawatankusa Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Karamunting yang diketuai oleh Pengerusinya Alidin Adin telah membuat lawatan amal Ke Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOKS) untuk melawat pesakit  Mohd Taib Osman yang kini sedang terlantar di wad berkenaan.

Kata  Alidian tujuan lawatan amal itu adalah sebahagian  daripada aktiviti-aktiviti PIBG SK Karamunting dalam menjalankan  aktiviti kemasyarakatan yang merupakan satu amal ibadah juga yang dituntut agama Islam.

Tambahnya lagi semasa Mohd Taib sihat sebelum lumpuh separuh badan beliau (Taib) orang yang kuat  kerja dalam mengikuti pelbagai program yang dijalankan oleh PIBG SK Karamunting.


“Kami mendoakan agar Osman cepat sembuh dan keluar dari wad hospital berkenaan dengan seberapa segera” ujar Alidin

No comments:

Post a Comment